Friday 19 December 2014

Girls Relationship Rules

~assalamualaikum~

Hai!  Have you ever heard about girls relationship rules? amboi, amboi.. sejak dah fall in love again and hati kering dah jadi basah sikit ni asyik cakap pasal cintan cintun je kan? ahahha... but, well this is life.. bila sedih, haruslah cakap benda-benda yang sedih, dan bila happy kenalah bercerita benda yang buatkan kita happy.. That human nature. hey, I'm still normal human being you know even some people call me HEARTLESS or HATI KERING/KAYU.. So, here I just want to share from my reading about this girls relationship rules. Well, I ever try to adopt this rules but still I can't!!! ini semua kerana nafsu (gelak sindir untuk diri sendiri).

THIS ARE THE RULES:

1. Never Say I LOVE YOU
- Why? 1st it for your husband. 2nd men love to chase you just to hear this and will left you once they get it. 3rd, when you say love, they will claim how much you love them. so don't say it at 1st place. if they are true enough, they will wait.

2. skin ship is utterly wrong. this will make you utterly cheap. leave the guy if they don't respect you. a respected women are don't easily be touched and let people touched them.

3. Don't Date. never go out for dating!
- once you date, rules no 1 and 2 akan ranap.

Hold this 3 rules until ada lelaki cakap aku terima nikahnya.



I read this from blog everlyn rose. I really adore this kakak Iman. I love their writting so much and been inspired from it too. May ALLAH swt bless you kak.

Thursday 18 December 2014

Favourite Song

Tajuk: Penghujung Cintaku
Artis: Pasha Ungu



Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini telah ada yang miliki
Tiba diriku di penghujung mencari cinta

Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri
Aku akan menikahimu

Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
Aku akan menyayangimu

Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
Tiba diriku di penghujung mencari cinta

Hati ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri
Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu




# aku tak tahu kenapa aku suka lagu ni, tp it sounds nice to my ear. ahahaha.
# readers, I want to apologize if my previous post offended you.#

Friday 5 December 2014

BFF Berlainan Jantina. Perlukah?

~assalamualaikum~

BFF atau maksud sebenarnya Best Friend Forever a.k.a. kawan baik selamanya. Setiap individu pasti mempunyai BFF tak kira jantinanya perempuan atau lelaki. Malah, ada  kaum perempuan mempunyai BFF lelaki dan sebaliknya.

BFF kebiasaannya berperanan sebagai tempat meluahkan perasaan tak puas hati, berkongsi cerita, masalah, tempat mengadu nasib dan sebangainya. dengan BFF ni, kita rasa bebas laku & bebas meluahkan apa saja yang kita rasa. Kadang-kadang ada masalah sikit, kita mula cari BFF untuk meluahkan masalah tu.

Dalam erti kata yang lain juga, BFF ni turut memainkan peranan sebagai penasihat, pembimbing, guru kehidupan, pengkritik dan seangkatan dengannya.

Tetapi, yang menjadi isunya di sini : perlukah BFF berlainan jantina? sejauh manakah BFF berlainan jantina ini memainkan peranan sebagai BFF sebenar-benar BFF & tanpa adanya niat tersirat? (you know what I mean, right?)

Ok, let me share about my experience before with my BFF.yang berlainan jantina. My BFF name is BAD in short. We start ber-BFF since form 4 as we in same class dan tempat duduk kami: aku duduk depan dan dia duduk belakang aku. So, senanglah kami chit-chat dalam kelas. ahahaha

Perhubungan BFF kami berjalan dengan jayanya. as i mean we really main peranan sebagai BFF sejati. Tetapi, lumrah manusia di mana lelaki pasti akan tertarik dengan perempuan dan sebaliknya. bukan setakat tertarik, tetapi kami pernah tukarkan istilah BFF kepada "Couple" for quite sometimes. Funny!

Jadi, apa yang aku nak cerita di sini ialah (it my personal opinion) tak perlu kot BFF berlainan jantina. Sebab human nature di mana lelaki pasti tertarik dengan perempuan dan sebaliknya. walaupon tak ramai yang mengalaminya, tetapi kebarangkalian terjadinya fenomena ini adalah sangat tinggi. Ok, berapa ramai yang kawin dengan BFF sendiri? atau BFF itu adalah buah hati sendiri?  kenapa jadi macam ni? of kos la sebab BFF ni sangat dekat dengan kita dan dia juga yang banyak memahami diri kita atau senang cakap dia boleh terima keadaan kita seandanya.

"at the end of the you akan kawin dengan your best friend sebab bagi you boy friend never last and not designed to understand you while best friend last forever" - quote from evelyn rose

Ok, back to my story with BFF si Bad. Now, he has buah hati. So, since dia dah ada buah hati, our relationship berjalan agak slow. which is not like before and i know what really happen & understand his situation. As for me, aku sanggup undur diri untuk melihat my BFF bahagia. Your happiness is my happiness too!

To make you all understand, Bad buah hati not allow us berhubung sangat sebab dia cemburu. SMS pon jarang dah sekarang. If not mistaken, last SMS was on Hari Raya. sedih habaq hang! Mungkin si buah hati risau hubungan BFF kami akan melencong ke lain. So the idea is "tak perlu kot BFF berlainan jantina" sebab ini lah. Hope you all understand regarding my story with my BFF.

"Kenapa nak risau @ kongkong buah hati? selagi belum ada ikatan yang sah, your buah hati is not yours yet. If he your JODOH yang ALLAH swt dah tentukan untuk you, wherever he goes, whatever happen, he will forever yours. let him be & go" - my own quote

Like last few days before, i merajuk dengan buah hati sebab cemburu dia dengan BFF berlainan jantina. Then, when I think back, it really immatured! I tak sepatutnya nak merajuk lebih-lebih, Over react. Malu la, hilang macho I. Lepas dah cool down, I realised that  he was not mine yet. (bazir air mata ja menangis that night) dia bebas berkawan dengan siapa saja yang dia nak & buat apa saja yang dia suka (selagi tak bercanggah dengan agama). I takkan halang. But when he become my hubby, I have the right to do so. hahahha



But, somehow, BFF berlainan jantina ni depend on individu. sejauh mana BFF tu mainkan peranannya. Selagi BFF tu betul peranannya sebagai BFF sejati, so tiada masalah. Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata.. “nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah dia bersungguh-sungguh.”.

Oklah, I should hand off my writing. Thanks for reading guys!
#entry ni dh seminggu terperap dlm drafbox. Quite busy lately sampai xda masa nak check grammar & spelling utk dipublish#





Thursday 20 November 2014

NO TITLE

~assalamualaikum~

Hari ni aku sangat "touched' dengan anak buah aku yang sorang ni. Muhammad Adam bin Azizan.




Bangun pagi hari ni sekitar jam 6.30 pagi dan kalut-kalut bersiap diri dan anak yang sorang ni untuk ke sekolah.  Nak dijadikan cerita, aku termarah si adam sebab perangai dia suka buat lambat. like example mandi lambat, pakai baju lambat, etc. So, dia pon tarik muka buat muka sedih.

Then, siap-siap terus la aku hantar dia g sekolah n shot to office. Yang buatkan aku "touched" ialah selama 2 tahun aku hantar & ambil dia balik sekolah (if my brother not on morning shif working) dia tak pernah pon nak salam & cium tangan aku. So, today he break the history la by doing it in front of school gate. Terharu gila baq hang! rasa nak menangis pon ada. It actually like appreciation & respect to me as his acik mah'. 

Maybe some people akan cakap 'poyo la, benda tu pon nak tacing' Tapi as for me, it like history for my son improvement in his behavior. Kalau anak sendiri maybe i'll do one calender & jot down any of my child new learning@ improvement. like 1.2.2017 my daughter start calling me ummi., 3.5.2017, my daughter dah pandai berjalan and so on. Happy & proud la kan? 

#thanks for reading#



Wednesday 19 November 2014

Life from my eyes: Decison making..

~assalamualaikum~

In life, every single thing required us to make a decision. Even in small thing also we need to make a decision such as what shirt to wear for office today and so on.

in a confusing mood to make decision
BUT in decision making there is no right or wrong. Just to remember, in every decision that we take its comes with a risk. Sebagai contoh, dalam membuat keputusan membeli kenderaan; apa jenis kenderaan yang kita nak beli? either car, motorcycle or mpv? So, when we choose to buy car, the more money we need to use for petrol expenses (bad side) BUT, when we bought a car, kita dapat mengelak dari panas dan hujan juga risiko kecelakaan (good side).



And same with decision that we take when we need to choose our life partner. What are you going to do? some will said do istikharah. So, kenapa perlunya kita buat istikharah? Bila keadaan yang memerlukan kita menunaikan istikharah? Selalunya those people will do istikharah apabila keliru dalam membuat pilihan jodoh. Just so you know that, ISTIKHARAH IS NOT ONLY FOR JODOH. Like example, istikharah juga boleh dilakukan apabila kita mendapat 2 atau lebih tawaran kerja, jadi, buatla istikharah. Insya ALLAH, akan dapat petunjuk dalam memilih yang terbaik.




As for me, up until now 25 years old, so many big decision that i have to make my own self. Like example, lepas habis belajar, kat mana I nak kerja as I mean state: Penang or KL? So I'm in confusing tetapi I pilih untuk kerja di Penang atas sebab yang bagi saya good for me. But on the other side I can't go anywhere in my career because of dasar pilih warna kulit in Penang (i mean in certain organization). Yeah, it really big risk for me. But i don't take it it as a 'halangan' untuk I go further. So, I plan to learn English & mandarin if I could one day. Hope so. Then, I can bet with others in Penang as I mean in career line. The good side about my decision that I take is  I have plenty of time with my family members & Penang friends. It good for me ha... If lets say, I work in KL, maybe I don't have much time for family (bad side) but I can focus on career (good side).

So, the conclusion is, dalam membuat sebarang keputusan tiada istilah good decision or bad decision. it because some people may seen like it is bad decision (bagi pandangan dia lah) tetapi bagi kita, keputusan yang kita ambil tu dah betul. So, just stand on your own opinion. Selalunya orang akan sentiasa bercakap tak kita la kita buat baik atau buruk. But, who's care? right. Its your life, you your self yang akan lalui hidup ini, bukan your mom, sibling or jiran tetangga. But, not to forget dalam membuat keputusan kita memerlukan 2 benda ni iaitu, Al-Quran dan As-Sunnah juga ALLAH swt. sebagai pembimbing.  Mohonlah kepada ALLAH, insya ALLAH, akan dipermudahkan segalanya. Amin. Not agreed with my opinion? It up to you ha...



-PESANAN PENAJA-

hey, look at me. i still survive even though i can't swim. pakai pelampung la.


#thanks for reading my membebel#
PS: Ketahuilah bahawa setiap keputusan yang diambil ada baik & buruknya. So, we just try our best & stay survive & put more effort in decision that we take. All the best ha.

Friday 31 October 2014

KERANA RM25

~assalamualaikum~

Walaupon aku malas & agak sibuk dengan kerja umah & kerja di tempat kerja, tetapi aku nak juga update at least 1 bulan 1 entri. and kali ni entry ala-ala nasihat sikit. kan nak jadi baik? hehhehe

Ok, aku nak share satu story ni. Sebenarnya kejadian ni berlaku 2 minggu lepas. Satu hari tu, aku g beli lunch kat kedai mamak ni, then masa nak balik lunch tu aku pon nk start enjin motor & cabut la balik ofis. Nak jadikan cerita, masa aku nk start motor, ada la sorang hamba ALLAH ni datang tegur aku. Dia bagitau dia tengah ada masalah : sekarang ayah dia sakit kat hospital n motor dia rosak. Dia pulak memang ondaway nak gi tengok ayah dia sakit kat hospital & tetiba motor rosak. So, dia tengah tak cukup duit lagi RM25. So, dia mintak la pinjam kat aku & janji akan ganti balik. Dia pon beria-ia tanya kat mana tempat kerja aku supaya senang dia nak pulangkan balik duit yang di pinjam dari aku. Then aku pon bagi la RM10 sebab dalam walet ada RM15 & RM5 aku nak isi minyak motor. Aku bagitau kat pak cik tu nah RM10 ni, saya ikhlas sedekah kat pak cik. Tak payah la nak ganti-ganti pulak. Saya ikhlas ni, tapi saya mintak maaf sebab tak dapat nak bagi RM25. Semoga cepat sembuh ayah pak cik tu. Then, aku mintak diri & cabut balik ofis.

Pada keesokkannya, ofismate aku ni india & on that time esoknya raya deepavali. oleh disebabkan aku lately rajin tolong dia wat paperwork & siapkan dokumen tender dia, so dia bagi DUIT RAYA RM50 kat aku. ahahhaha.. happpyy!!!

So, moral of the story here, walaupon kita susah tapi niat kita ikhlas nak tolong orang semampu kita, ALLAH akan gantikan kebaikan kita dengan kebaikan juga. Jadi, jangan kedekut untuk berbuat baik dengan semua orang tak kira apa bangsa sekali pon.


gambar hiasan

Friday 26 September 2014

exclusive: BAHAYA KULIT KAYU MANIS

~assalamualaikum~

Hai korang! hari ni aku nak share tentang petua orang tua-tua mengenai kulit kayu manis. Rasanya mesti ramai pernah baca @ terdengar @ bergosip pasal cara untuk hilangkan parut-parut degil yang susah nak hilang. especially di muka! Ok, sebenarnya aku adalah TERbaca satu buku ni. Nak tahu buku apa?



Buku PETUA! belek punya belek, sekali tertengok satu petua untuk menghilangkan parut di muka.



Apa lagi, dengan excitednya terus rasa nak cuba dengan harapan dapat la muka secantik artis Nur Fathia. ahahhaha.. Tetapi, malang sekali sebab kat dapur memang takda kulit kayu manis! Sigh. Malam tu tidur pon tak lena sebab memikirkan kat mana nak cari serbuk kulit kayu manis ni. (ok, yg ni aku tipu, sbb nak panjangkn entri). Tak da sampai tidur tak lena! Tidur tetap tidur walaupon sekarang aku dah reduce waktu tidur cuma 7 jam, Kurang sejam kau! Aku ni sejak azali lagi tidur memang kena cukupkan 8 jam, kalau tak memang sawan la esok pagi (yg sawan tu aku tipu)

Memandangkan sekarang aku dah keja area town, so balik kerja boleh la nak singgah shopping complex. Then, aku pon menyimpangkan laluan motor aku ke Tesco Tanjung Pinang semata-mata untuk mencari serbuk kulit kayu manis. ahhaha. Nampak tak betapa aku excitednya aku? aku ni kalau dah datang penyakit excited, memang tak boleh nak tunggu-tunggu dah.

ok, sekarang dah dapat beli serbuk kulit kayu manis. malam tu, terus masuk bilik siap kunci pintu lagi sebab nak test petua. nasib turut menyebelahi aku bila abang tak hantar anak dia kat umah. so, lone ranger la tanpa anak-anak di sisi (pembetulan: bukan anak sendiri tetapi abg aku). sekali lagi pembetulan: bukan lone ranger sangat sebab mak, adik & abang masih ada kat umah cuma tak ada di sisi macam selalu si nonet suka buat iaitu berkepit dengan mak cik dia dan mak cik dia pon suka kepit dia!

Maaf, cerita asal telah jauh menyimpang. Back to the topic again. Setelah mencuba petua tersebut setakat 3 HARI, terus muka aku bertukar menjadi tompok-tompok merah. Tompok-tompok tersebut terbentuk sebab aku cuma calit serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan air di bahagian berparut. Memandangkan muka aku berparut kecil di pipi 3 biji, di dagu 1 biji dan di tepi hidung 1 bijik, maka terjadilah 5 bijik tompok di muka. Kemudian, aku pon sedih & menangis tengok muka yang bertukar jadi macam tu! Tambah sedih lagi apabila aku kena marah dengan mak, abang, adik, saudara-saudari cikebum-cikebum. huhuhu.....

si klik utk lihat tompok2 di mukaku


Lepas kena marah, aku pon terus buang serbuk kulit kayu manis tersebut Mak suruh bubuh lidah buaya. and now the lidah buaya become my new buayafriend & i was so happy! Happy sebab kesan tompok - tompok tersebut semakin berkurangan. Harapan aku biarla terus hilang dari muka aku. I hate u tompok!!!

So, moral of the story: jangan la sebarang-sebarang amalkan petua yang kita tak tahu kemujarabannya. Sebaiknya, bertanyalah kepada yang pakar atau mak-mak kita. Kadang-kadang petua tersebut bagus untuk di amalkan tetapi mungkin badan & kulit kita yang kurang sesuai menyebabkan keradangan kulit. (contohnya: kulit-kulit muka aku dah meradang, itu yg jadi tompok-tompok).

Untuk lebih info, boleh rajinkan baca di sini: http://ckuntum.blogspot.com/2014/07/menghadapi-dan-cara-merawat-muka-yang.html dan di sini jugak ye kawan-kawan.http://www.vemale.com/topik/tanaman-obat/42002-inilah-efek-samping-kayu-manis.html

Last but not least, terima kasih banyak-banyak kepada yang concern pasal diri aku especially bila si tompok mula bertenggek di muka. sampaikan mamak kedai pak din pon boleh perasan perubahan mukaku yg sangat obvious tu. TQ la mamak. Lupa, TQ jugak kat mamak roti canai & kedai makan yg selalu senyum2 bila aku datang kedai. TQ lagi untuk mak aku yg selalu marah-marah, marah tu tanda sayang. Me heart you mama!!!


Nah, ni hadiah untuk korang sebab sudi baca entri aku yg panjang lebar & agak merapu sikit. I salute you all.

tabikk spring!!!





Friday 19 September 2014

people who inspired me: Jamie Oliver

assalamualaikum


siapa minat memasak? sila angkat tangan.... siapa kenal chef handsome jamie oliver? sila duduk diam-diam sebab dia merupakan my idol in cooking line.haahhaha... (kenal yang hensem & hot je kan, memang tak boleh belah langsung)

mula-mula aku pon memang tak kenal siapa la mamat yang bernama jamie oliver ni. bila baca novel the wedding breaker a.k.a novel yang di adaptasi menjadi cerita ariana rose yang super duper fames pon ada sebut nama si jamie ni, aku pon mula datang perangai insist nak tahu yang memang tak boleh tunggu esok-esok, terus g tanya pak cik google kau!

aku tak kenal kau, tp kau kenal aku.. so peliks!
sekali pak cik google tu jawab, memang terkejut la tengok mr handsome ni. dah la hensem, pandai masak pulak tu. masakan dia memang awesome la kan. menangis tengok dia masak. sangat relax dan main campak-campak je dah siap. kalau aku masak tak da nak campak-campak, siap timbang-timbang bagai. sangat perfectionist! bukan apa, takut silap sukat jadi lain pulak dan membazir je.

style tak aku masak? ko ade?
dan sekarang mula la nak rajin-rajinkan diri ke dapur main masak-masak dan campak-campak. ahahaha. kalau mak tanya, chef jamie la ajar. kalau dulu dan sekarang dan selama-lamanya, aku suka tengok masterchef, tak kisah la masterchef malaysia, australia, canada @ the latest is masterchef professional, sekarang boleh tambah satu lagi chanel jamie oliver 15 minute cook. hahhaha...nanti-nanti aku update resepi-resepi versi jamie oliver.

yang buatkan aku tambah kagum dengan dia ni, setiap masakan dia ada diberitahu jumlah kalori. so, it good untuk yang berdiet. bukan setakat si jamie je aku kagum, tapi most of the omputih people la aku suka cara diorang fikir. contohnya, setiap apa yang dimasak diorang tahu jumlah protein, sugar, fat and so on. kalau kita tengok carta diet harian, contohnya, setiap hari badan memerlukan xxxx protein, xx karbohidrate, dan dari situ kita boleh rancang pemakanan harian kita. 

tambah satu lagi info, si jamie ni juga ada fight case dengan mc donald (ala-ala lawyer pulak) yang menyatakan hamburger yang dihasilkan sebenarnya dari low quality. si rujuk http://www.realfarmacy.com/chef-jamie-oliver-proves-mcdonalds-burgers-unfit-for-human-consumption/ atau http://jezkemp.blogspot.com/2014/05/hamburger-chef-jamie-oliver-proves.html


PESANAN PENAJA

why eat outside food while we can cook in just 15 minute!

Friday 22 August 2014

Petua: Menghilangkan Parut Di Muka

assalamualaikum

Hari ni aku nak share petua untuk menghilangkan parut-parut degil kat muka. Aku memang menci tengok parut-parut ni yang suka sangat bertenggek kat muka dan tak pandai-pandai nak hilangkan diri. Dengan adanya parut, maka confident level aku akan menurun dengan mendadaknya sehinggakan aku jadi malu nak berhadapan dengan masyarakat luar sana. Cukup la mukadimah aku untuk post  kali ini. Lets check it out the tips.
  1. Kisar timun dan tapiskan airnya. tampalkan hampas timun pada muka. biarkan setenegah jam. kemudian cuci bersih muka anda dengan air bersih.
  2. Tumbuk sehelai daun sirih muda. tempekkan pada muka terutama pada bekas bekas jerawat. setelah kering, cuci muka dengan air bersih. amalkan 3 kali seminggu. 
  3. Cuci bersih daun pegaga bersama akarnya sekali. giling hingga lumat. campurkan dengan bedak sejuk dan sedikit air. lumurkan ke bahagian berparut.

Selamat mencuba dan mencantikkan kembali wajah korang. Bagi aku, lebih baik guna barang-barang yang organik macam ni sebab dah terbukti tiada bahan kimia yang kita tak tahu mungkin membawa mudarat di hari kemudian. Malah, barang-barang organik ni lebih murah & jimat.

*Terima kasih sudi membaca.

                                                                  PESANAN PENAJA



Thursday 21 August 2014

MH17

~assalamualaikum~

Seperti yang semua tahu, hari ni merupakan hari berkabung untuk negara Malaysia  sempena tragedi pesawat MH 17. Jadi, marilah kita bersama-sama berdoa dan sedekahkan al-fatihah kepada arwah mangsa. Walaupon kita tiada kena mengena atau saling tidak mengenali mangsa, tetapi sebagai ikatan saudara seISLAM, adalah baik untuk kita sedekahkan al-fatihah untuk arwah. Semoga keluarga mangsa tabah & sabar.

"Sesungguhnya kami milik ALLAH swt dan kepadaNYA kami kembali. Ya ALLAH, aku pasrah kepadaMU atas musibah ini, maka berilah kami pahala dan gantilah dengan yang lebih baik. Amin..



Ingatlah bahawa mati itu pasti tetapi kita yang tak tahu bila dan bagaimana kita akan kembali menghadap DIA yang maha Pencipta. .

Monday 18 August 2014

KERJA AMAL/ QURBAN 2014



~assalamualaikum~


Ok, aku memang tak pandai nak bermukadimah bagai. Apa yang aku nak share ialah tentang macam mana aku nak buat dengan baju aku yang banyak dalam almari. eh, cerita pasal baju pulak? amboi sangat... pernah juga aku terfikir nak buka online shop jual baju-baju yang aku dah tak nak pakai walaupon masih elok. Tapi, ada ke yang nak membeli walaupon dengan harga yang murah? Then, idea tu tergantung setakat tu ja....
Second plan ialah nak bagi je kat orang dengan cara mengiklankan baju-baju dekat blog @ fb tetapi mereka kena bagi alamat, baju apa yang mereka nak dan bayar duit pos. On the spot aku poskan. (kira macam nak bagi free tapi kos pos sendiri yg bayar ) tapi macam biasa  idea tu tergantung-gantung & melayang-layang dalam kepala je. The third plan ialah menderma kepada rumah anak yatim tetapi aku pulak tak reti nak &  tak tahu macam mana prosedur nak menderma baju-baju tu. Baju aku pulak bukannya banyak mana sangat. The fourth is aku nak bagi kat sedara-sedara but the sad thing is, my cousin ni tak nak. 


Hari ni aku buka blog, terkejut aku tengok blog FATIN LIYANA. salute & tabik springg kat fatin liyana & the gang kerana berjaya menyalurkan baju-baju beliau ke arah yang lebih baik. Kalau nak tahu ceritanya, sila ke blog http://honeykoyuki.blogspot.com/2014/08/drop-shop-at-fl-carboot-sale-for-gaza.html. So inspired aku baca cerita beliau & aku pon tak terfikir sampai macam tu sekali. Kira macam buat charity work la. Entah bila la aku pon nak melibatkan diri dalam kerja-kerja amal macam tu. May ALLAH swt bless you and your friends always.


Ok, tak nak sedih -sedih sebab tak dapat nak buat charity work yang vogue macam tu. Meh aku nak share satu benda yang korang boleh buat untuk menebus kembali kesedihan korang yang tak dapat mencharitykan diri. Sempena raya Quran yang tak lama lagi kian menghampir ni, korang boleh juga membantu golongan yang memerlukan melalui program qorban sebegini. semoga bermanfaat.


anjuran AQSA SYARIF


klik gambar untuk lebih jelas





~wasalam and thanks for reading~


Wednesday 2 July 2014

MAAF

~assalamulaikum~

maaf... kerana agak lama menyepikan diri dari kawan-kawan sekelian terutamanya kawan se-unisel.
maaf... kerana jarang update blog picisan ini..
maaf... kerana tak rajin nak update facebook n komen facebook kawan-kawan/saudara mara
maaf.. kerana tak kirim berita mengenai diri ini, bukan niat di hati
maaf... sudah lama tak upload gambar-gambar di facebook & blog ini.
maaf, maaf, maaf..............

kesibukan dengan kerja, masalah yang tiada berpenghujung, kekangan masa dan ruang menyebabkan aku tidak mempunyai kesempatan membuat ini semua..


MAAF




Saturday 26 April 2014

D.I.Y: Bunga Tisu

~assalamualaikum~

aku suka merapu atau try benda baru yang bagi aku agak menarik.. walaupon kadang2aku agak lembap sikit nk belajar buat tp di sebabkn ke-obses-an aku terhadap sesuatu benda membuatkan aku menggagahkn diri utk buat.. contohnya, aku suka tengok cupcake comel2, lpas tu aku akn google resepi dan akn cuba buat se kreatif yg mungkin walaupn kdg2 x mjd.. ahahhaha..
berbalik kepada cerita bunga tisu, sebenarnya aku x tau pon wujudnya bunga tisu di bumi..  tetapi kat tempat kerja aku, ada sorg kakak ni yg rajin buat bunga tisu, aku pon dengan muka x malu g tengok kakak tu buat dan bertanya cara-cara buat... bunga kakak ziana buat kecik dan comel.. aku punya yg tak  menjd comel sebab aku buat saiz besar..

nak tau cara-cara buat bunga tisu??

SILA GOOGLE... hikhik... jgn marah   -_^

bahan2: gunting, kertas crepe, dawai bunga, usaha, minat dan seumpama dgnnya..

bahan-bahan  




cara2: lipat kertas crepe mcm kipas,dan ikat kertas crepe pd bahagian tengah macam ni:



kembang2kan kertas crepe tu sehelai demi sehelai dan siap..
hias bunga anda mengikut cita rasa anda sendiri..

bunga tisu saya dah siap!

bunga tisu ini juga boleh digunakan untuk menggubah hantaran.
#Selamat Mencuba#








Wednesday 23 April 2014

RESEPI: HOMEMADE ICE CREAM

~assalamualaikum~

semenjak adik aku accident bulan lepas, dia selalu mintak aku beli ais krim. So, sapa larat kan nak g beli ais krim tiap-tiap hari? Solutionnya, aku google resepi homemade ais krim n try buat sendiri & it work! Thanks to blog cik epal for the resepi. Resepi ni boleh dapat 2 bekas. Kalau beli satu bekas dah RM6. Baik buat sendiri, berbaloi-baloi. Boleh makan ramai-ramai, eratkan hubungan kekeluargaan.

Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1/4 tin susu pekat
1 biji telur
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanila
* perisa ikut kesukaan sendiri: coklat, strawbery,

Cara-cara
campurkan semua bahan tadi kecuali perisa.
pukul bahan sehingga sebati dalam 10 minit.
masukkan adunan yang telah dipukul kedalam bekas dan tambahkan perisa. kacau.
simpan adunan tersebut semalaman di dalam peti ais sejuk beku.

bekas biru: perisa milo. bekas putih: perisa coklat


aiskrim coklat

#selamat mencuba#

Monday 17 March 2014

Resepi: Garlic Bread & Mushroom Soup

~Assalamualaikum~

Hai semua. hari ni saya nak share resepi yang paling senang di dunia! iaitu roti bawang putih dengan sup cendawan. resepi ni boleh di sediakan untuk menjamu encik somi @ anak2, @ sesiapa sahaja ketika sarapan pagi. Sangat senang dan cepat. Almaklumlah, wanita bekerja sekarang semua nak cepat dan ringkas dan juga sedapp!

Bahan-bahan:
1. roti tak tau nama. tapi beli kat tesco yang panjang tu.
2. bawang putih (kuantiti ikut suka) tapi saya letak 3 biji ja
3. sup cendawan dalam tin cap campbell.
4. mentega

cara-cara:
1. Tumbuk bawang putih @ blend ja.



2. Campurkan bawang putih tadi dengan mentega dan salutkan roti yang telah dipotong dengan campuran mentega bawang putih.



3. Bakarkan roti tadi di atas non-stick pan. Lepas dah bakar, asingkan kejap roti.

4. Panaskan periuk. Masukkan sup cendawan campbell dan air 1 cawan.



5. Biarkan ia mendidih dan tutup api.

6. Hidangkan roti bawang putih anda bersama sup cendawan. Roti ni sedap dimakan apabila anda mencicah bersama sup cendawan tersebut.

garlic bread & mushroom soup saya.

# SELAMAT MENCUBA#
~Lets pray for the safety of passanger MH370. Please come back!!!~


Sunday 16 March 2014

Disebalik Tanggal 15.3...

~assalamualaikum~

sapa tahu apa jadi pada tarikh 15.3?? of course la tuan belog ni punya besday! terima kasih banyak-banyak kepada yang wish besday tak kira di FB @ msj.. kita terharu tau sampai nak nangis cuma tak terkeluar ja air mata ni... tak lupa jugak untuk family yang sambut besday kita yang dah besar ni.. walaupon besday kek kita yang buat sendiri.. (dah besar punya pasal, kek kena buat sendiri T_ T).. nanti kita bagi resepi kek besday kita ok? cantik & sedapp tau.. opss, terpuji diri sendiri pulak.

Selain itu, pada tarikh ni juga lah doa rakyat jelata tanah melayu telah dimakbulkan ALLAH swt.. alhamdulillah, bumi telah basah dengan hujan rahmat ALLAH.. hampir 3 bulan (kalau tak silap) hujan tak turun-turun hingga sesetengah kawasan mengalami kekurangan air & terpaksa di catu air. Alhamdulillah penang tak kena catu air. (that why i susah nak tinggalkan penang ni) kuikuikui

Malah, misteri kehilangan kapal terbang MH370 akhir terungai sedikit demi sedikit apabila pegawai Amerika Syarikat berkata beliau tidak menolak kemungkinan pesawat MH370 diterbangkan ke satu kawasan tempat rahsia supaya ia boleh digunakansemula kemudian hari. Agensi berita AP turut melaporkan pesawat MH370 dirampas oleh seseorang yang berpengalaman dalam bidang penerbangan. Sekian berita dipetik dari Metro Ahad.

kita tak sebar berita palsu. sumber: Metro Ahad
Pada 15.3 jugak la kita kena ceramah free dari paksu kita yang baru sampai dari Ipoh. Oleh di sebabkan esok mak tam buat kenduri doa selamat, maka paksusekeluarga datang tido kat rumah. Tengah sembang-sembang, paksu tanya kenapa berhenti keja. Jawapan aku:  stress la paksu, boss suka tekan sangat, staff pulak macam-macam punya perangai. Dah la kita baru ja habis belajar, pengalaman nak handle staff pun tak banyak n blablablabla..... setelah penerangan yang maha panjang aku bagi, akhirnya paksu aku tak dapat terima! Paksu mula mukadimahnya, semua tempat keja banyak tekanan. tengok maksu keja gaji RM3000 pon tekanan banyak jugak sampai maksu pon nak behenti. tapi dia sabar n blablablabla.... ternyata alasan aku behenti keja memang tak boleh di terima oleh semua ahli keluarga bila keesokkan harinya aku kena ceramah lagi dengan saudara yang lain. aku pasrah dan sangat tertekan! Tetapi, pada 17.3 akhirnya aku nekad apply keja kat SPA. hampir 7 tahun aku tak apply SPA, akhirnya aku kena apply jugak.. korang-korang sekelian, silalah mintak doa supaya aku cepat dapat kerja.. tekanan sangat dah ni dok rumah tanam anggur tak berbuah-buah pon! kalau tak, boleh aku jadi pengusaha tanaman anggur yang berjaya.

akhirnya 17.3.2014 aku hantar permohonan SPA
#15.3.2014 pukul 10 malam awak telah selamat menjadi ayah. Tahniah, anak awak share besday dengan kita pulak. ish3 kita tak suka la macam ni awak sebab kita nak lupakan awak sungguh2 ni. Benci sungguh kita kat awak macam ni #

Sunday 9 March 2014

TIPS KERJAYA: CONTOH COVER LETTER

~assalamualaikum~

hi! hari ni aku nak share contoh cover letter yang aku gunakan untuk mintak kerja. Cover letter ini sebenarnya agak penting dan selalunya digunakan untuk apply kerja melalui e-mel. Sebelum kita nak hantar resume, of course kena ada mukadimah atau pengenalan mengapa kita hantar resume. So, ni la gunanya cover letter! cover letter ni aku google dan ubah mana-mana yang perlu.

Dear Mr/Ms

RE: APPLICATION FOR HR ASSISTANT POSITION

With reference to the above, I have great pleasure in submitting this application letter to your organization to asking about HR Assistant in your organization.

For your information, I am graduated from University Selangor (UNISEL) Shah Alam Selangor in Bachelor of Human Resource Management and having experience in HR for a few month since i just graduated.

My resume which is enclosed contains additional information on my experience and skills. I would appreciate the opportunity to discuss with you and to provide further information about this application. i can be reached any time via cell phone 014-xxxxxx.

I look forward to hearing from you in near future about this application at your convenience.

sincerely
Azimah Binti Aziz

lepas dah letak cover letter ni, korang kena attach sekali resume. cover letter ni boleh juga digunakan untuk apply latihan industri @ praktikal.


#last but not least, let's pray for MH370#

Thursday 6 March 2014

Ceriteraku di LANGKAWI

~assalamualaikum~

Bulan lepas azam 2014 untuk pi jalan-jalan akhirnya termakbul dengan destinasi percutian di Langkawi selama 4 hari 3 malam. Percutian ni dah lama plan sejak bulan 11 lagi dengan officemate tapi disebabkan aku selalu sibuk & susah dapat cuti, maka terjadilah percutian ni di bulan febuari 2014 selepas aku dah selamat berhenti keja. oh, finally!

Kami ke Langkawi dengan flight firefly sebab officemate aku ni mabuk laut, naik flight cuma 35 minit berbanding bot yang mengambil masa 3 jam kau! yang bestnya, naik firefly ada disediakan refreshment iaitu air oren..  sampai ja di Langkawi airport, terus sepupu officemate aku ambik dan kami bermalam ni rumah dia di kawasan Pantai Cenang. Oleh di sebabkan sepupi si officemate ada ramai anak kecik & agak menyukarkan percutian kami, maka officemate pon ajak aku sewa hotel. Pilihan kami ialah AB Motel. AB MOTEL ni terletak di Pantai Cenang, tapi bukan seaview sebab seaview agak mahal & kami nak save bajet, so ambik la at the roadside punya dengan harga RM80 semalam.

ni la bilik kami di AB Motel

Sebenarnya tak banyak tempat sangat yang kami p sebab officemate aku ni dah selalu sangat mai Langkawi kecuali aku ni yang 1st time pijak tanah Langkawi. 1 tips aku nak share: kalau nak bercuti, jangan pi dengan kawan yang dah pernah ke tempat yang kita nak pi sebab si kawan akan boring & the worst thing, dia tak akan pi tempat yang dia dah pernah pi! waaaaa............. ok, tempat yang aku tak pijak di langkawi ialah Dataran Lang, Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa, Makam Mahsuri, Air Terjun yang 7 tingkat tu! (lupa nama) dan beberapa tempat lain. so, most of the time banyak di habiskan di pantai cenang! OMG!!!! menangis aku balik Penang~

Tapi untuk mengelakkan aku rasa worst sangat, aku ajak si officemate ni gi jalan2 jugak & we decided to rent a motorcycle. Then, aku la drivernya dan kami gi jalan2.. sewa motor: RM35 sehari. Aku ingat nak naik public transport ja tapi, Langkawi ni susah kita nak tengok public transport. that why kena sewa car @ motor. save budget, motor jadi pilihan!.

motor yang disewa di kedai berdekatan motel kami


2nd tips: Langkawi agak terkenal dengan coklat murah, so kalau nak murah dan banyak pilihan, kedai Haji Ismail Group menjadi pilihan. tapi kedai ni terletak di Pekan Kuah. Memandangkan kami stay di Pantai Cenang, so perjalanan ke pekan Kuah mengambil masa lebih kurang 45 minit memang jauh tu!!  tapi, demi coklat, sanggup ku redah jugak... ahahhaha. Pantai Cenang ada jugak jual coklat iaitu di Padang Mat Sirat tapi tak sebest di kedai Haji Ismail. memang femes la kedai Haji Ismail di Langkawi ni sampai aku pon dah 3 kali taip nama Haji Ismail!

satu-satunya kedai di padang mat sirat yang menjual coklat
3rd tips: pada sesiapa yang stay di Pantai Cenang, suasana malam di sini agak boring! tak ada aktiviti menarik pon yang boleh di buat melainkan MAKAN! di Pantai Cenang, suasana malamnya lebih kurang macam batu feringghi di malam hari. deretan kedai-kedai bersepah kiri kanan jalan. dah macam pasar malam batu feringhi. So, sapa yang tak berapa minat nak jalan macam tu, boleh la cari hotel yang menawarkan FREE WIFI. at least boleh relak di hotel/motel sambil surf internet.

sedih, AB Motel takda WI-FI!
ok, sekarang layan jelah gambar-gambar di tempat aku dah pijak di Langkawi ni~

1. Cable car- bila aku tengok cable car ni, terus aku gayat dan takut nak naik, punya tinggi mak kau! ni kalau jatuh, sure-sure takkan jumpa mayat dah ni. tapi rasa rugi pulak kalau dah sampai Langkawi tak naik cable car. so, aku pon tawakal ja naik cable car. entry fee cuma RM15 tapi kena tunjuk mykad.

see, takut aku tengok cable car ni


tasik tak ingat nama yang boleh kita tengok dari dalam cable car

ok, dah selamat sampai 1st station


permandangan yg cantik & menggerunkan dari atas 1st station
ni pulak jambatan fresh air kot (aku lupa nama). tapi aku nak naik pon. takut mak!
2. Padang Mat Sirat & Beras Terbakar - kami sampai di padang mat sirat sebelah tengah hari. cuaca di Langkawi ni agak panas sekitar 30'c. Memang tak best shopping dengan berpeluh-peluh ni.

pintu gerbang yang menyambut kedatangan kami. 

ni dia shoplot. shopping time. serius murah
muka penat & berpeluh shopping
ni la kawasan beras terbakar tu
3. Tanjung Rhu - dari Pantai Cenang ke Tanjung rhu mengambil masa lebih kurang 45 minit. as usual, kami naik motor ke sana. walaupon perjalanannya jauh, tapi Tanjung Rhu memang tak menghampakan kami sebab di sambut dengan permandangan yang cantik sangat. Subhanallah!

cantikkan? rasa takmau balik~
ada rumah api lagi kat tanjung rhu. awesome~


4. Pantai Cenang - Pantai yang cantik tapi tak secantik pantai di tanjung rhu.. ahhahaha..

siap pkai topi, panass!
pantai cenang. Langkawi
sunset at pantai cenang
5. Pearl Habour- nothing interesting sangat. tengok kapal layar ja.

kapal yang tunggu untuk belayar

setakat ini saja cerita aku di Langkawi. next time, inshaAllah ada rezeki, boleh mai lagi.. Bye~