Wednesday 19 September 2012

kerjaya

~assalamualaikum~
dah lama x update blog + on9 muka buku membuatkan ramai kawan-kawan mula bertanya ke mana hilangnya minah sengal sorang ni... ok, alhamdulillah ada lagi yg concern pasal aku.. TQ kawan-kawan...
lepas habis sesi 15 minggu berpraktikal di shangri-la golden sand resort dan beraya sepuas ati, akhirnya aku memengang jawatan baru iaitu PENGANGGUR...ahahaha
setelah cukup sebulan aku menanam anggur yg aku sendiri tau xkan berbuah, aku akhirnya apply kerja...
jadi, aku sekarang tengah tunggu dapat kerja...
kawan-kawan, doakan aku cepat dapat kerja tau... TQ...




Saturday 11 August 2012

tips cantik

~assalamualaikum~

ehem, ehem, ehem.. tetiba rasa nk terbatuk pulak baca tajuk entri sendiri.. tips cantik???? cantikkah aku sampai nk share2 tips cantik kalah selibriti2.. ahahaha... anyway, everybody is beautiful in their own ways.. agree?? tahniah utk diri sendiri sbb kita semua sememangnya CANTIK..( big clap) ...  ALLAH swt dah ciptakan manusia ni sebaik-baik kejadian dan cukup sempurna.. jadi tak perlu lah nk suntik sana, suntik sini utk nampak lebih cantik.. bila kita bersyukur dengan segala nikmat yg ALLAH bg, hati kita akan rasa bahagia dan tenang.. yang membuatkan manusia x tenang + bahagia ialah sebab KUFUR NIKMAT = tak BERSYUKUR.. bila timbulnya rasa x puas hati dengan rupa paras, sifat fizikal dan lain2, mula la nk melakukan benda yg ALLAH larang.. PLEASE STOP DOING THAT!!!!
come, I share some tips to make you beauty + gorgeous... lets try it, yeahhh

1. jangan malas cuci muka, lebih2 lagi yang suka make-up. lepas make-up, sila cuci muka anda sbb bahan kimia yg wujud dalam alat kosmetik akan merosakkan muka anda dan blh mempercepatkn proses penuaan..

2. jangan malas pakai masker. klau malas jugak at least seminggu sekali kena pakai masker, bkn lama pon, 15-20 minit je..

3. jangan malas pakai sunblock bila keluar rumah. lebih-lebih lagi, kita yg tinggal kat negara yg iklim agak panas dan lembap sepanjang tahun + cuaca sekarang agak panas.  So utk mengelakkan dari sinar UVA + UVB, pakai lah sunblock. tak kisah la brand apa sekali pon. janji dapat menghindarkan kulit dari sinaran UV..

4. jangan malas pakai losyen.. losyen ni banyak kelebihan selain daripada dapat melembutkan kulit.. pakai, jangan tak pakai... the best losyen skrg,losyen vaselline..

5. jangan malas menjaga kebersihan rambut, walaupon anda berhijab. rambut tu mahkota wanita.. so, jaga rambut baik2 dengan  rajin mencuci rambut seminggu 3 kali dan pakai jugak conditioner utk lembutkan rambut.. klau terlebih rajin, pakai la hair leave on pulak.. ^_^

6. jangan malas solat.. sebab wajah orang yang solat dan tak solat berbeza. wajah orang yang solat lebih berseri-seri dengan cahaya iman terpancar di wajah. muka orang tak solat ni, akan nampak kusam + tak bermaya..

yang paling penting, jangan malas menjaga akhlak dan peribadi. hiasi diri anda dengan melakukan perkara-perkara positif dan tak melanggar suruhan ALLAH.. kecantikkan sebenar lahir dari dalaman. bila hati + akhlak cantik, secara automatiknya wajah yang tak cantik pon akan nampak cantik..





Friday 10 August 2012

masalah

~assalamualaikum~

masalah, masalah, masalah....
masalah adalah satu benda yg common dalam hidup. manusia juga memang tak kan dapat lari daripada menghadapi masalah.. cuma jenis masalah yang dihadapi mungkin berbeza, samada masalah besar atau masalah kecikkk... some says that, dengan masalah ia dapat mematangkan manusia.. betul ke???
samada betul ataupon tidak, sebenarnya yang membuatkan manusia itu matang adalah dari segi cara seseorang individu mengatasi masalah yang dihadapi. just like this simple example, you forgot to do your assignment and today have to pass up. so, what should you do????
either copy your friends assignment @ try to finish up by your own and it submit late?? that your choice..
walau apa2 pon thinks first before you do something.. think the effect in future and present.

macam situasi yang aku hadapi semalam (PERINGATAN: JGN TIRU AKSI INI), esok lect nak datang visit,tapi slide presentation aku x siap lagi. balik keja memang kelam kabut siapkan jugak mlm tu sbb kena print slide untuk dijadikan handout lect refer.. berbekalkan pepatah yg selalu aku remind diri "hendak seribu daya, tak nak seribu dalih" dan aku memang nak markah yg bagus untuk presentation, aku kerahkan saraf2 otak untuk mengeluarkan buah fikiran yg maha bernas utk presentation aku. alhamdulillah, it work!!!
tapi, masalah lain pulak datang bila aku dh siap sekitar jam 10.30 mlm, aku xda PRINTER!!! waaaaaaaaaaaaa... tambahan pulak kaki aku yg excident x brapa baik elok + aku fobia bwk mtr jauh2 dah + abg aku x bg bwk mtr dia lagi keluar jauh2, so aku TERPAKSA mintak tolong abg hantar g batu feringgi utk print... so, selesai sudah masalah aku.. hari ni, aku dh berjaya present projek paraktikal aku dengan jayanya.. markah?? hanya lect + ALLAH yg tahu.. apa2 pon, aku dh try my bestt. aku hanya berdoa + redha dengan markah yg bakal aku dpt.. tapi, jauh disudut hati, "kalau lah aku prepare lebih awal, mungkin aku boleh buat yg lebih baikk". so, moral of story, JANGAN TANGGUH KERJA!!!..

meh layan video matlutfi jap.. serius lawak tp ada hidden message yg sgt berguna.. take note pleaseee...



Monday 23 July 2012

about heart

because i know that no body perfect,
and i don't know what will coming in future,
i willing to accept all your weaknesses,
i willing to forget all your past story,
i willing to accept the way you are,
every day i pray for our happiness
i pray and hope one day we can stay together until jannah..
but then, ALLAH know better than me and us
ALLAH give what i need not what i want.
so, now i have to stay strong and redha with all ALLAH give
i believe in ALLAH..
ALLAH will not take the thing we love instead of replace it with better than before..


pray & hope for better life ahead

Monday 16 July 2012

aku nakal.. teknik lek lau

~assalamualaikum~
bila tengok muka aku mesti orang-orang akan beranggapan bahawa aku ni budak yang BAIK + SKEMA + PANDAI +AYU + COMEL ++++++.... macam-macam lagi tanggapan baik untuk aku..
tapi sory to say, 1st impression korang2 sangat salah... ahakkzz... lebih-lebih lagi bila tengok bahan bukti ini!!!!



aku dapat surat cinta dari encik pengetua sek teknik lek lau.. ahahhaha.... ko ade?? 
so, lepas ni dah xda la nak panggil aku budak skema or apa2 panggilan yang menggambarkan aku ni budak baik lagi... sek pon dah habis...
cerita di sebalik tabir aku dapat surat cinta-cinta bermula di suatu malam yang agak menyeramkan dan suram di daerah yang paling dalam... ayat tak boleh blah.. ahakz
cerita ni dah basi pon.. yelah dh 5@ 6 tahun lepas.. masa seronok dapat title SENIOR... ahahaha
bila dah senior ni mula la nak tunjuk taring yang dah lama di simpan.. so, malam tu masing-masing punya taring dah ter KELUAR dengan TAK DI SENGAJAKAN...
24/1 besday kawan baik aku, nadia anis.. so, aku dengan kawan-kawan yang lain pon pakat la nak kenakan nadia anis ni.. lepas prep dan makan malam kat dewan makan, aku dengan geng bersiap barang untuk  mandikan nadia anis.. barang yang simple2 ja iaitu air nila + sabun +++ apa lagi aku pon x ingat...
5 minit lagi pukul 12 malam, aku dengan geng dah ready dalam toilet nak mandikan nadia, sementara tu kwn sorg lagi kena pujuk nadia ajak g toilet.. so, masa dia masuk toilet tu, apa lagi.............
misi meMANDIkan nadia anis ni dijalankan dengan JAYANYA!!!
aaaaaaaaaaaaaaaaa.......... hiiiiiiiiiiiiiiiii.............. huuuuuuuuuuuuuuuuu.............
macam2 versi suara jerit aku dan kawan2 keluarkan... hahahahhaha
memang happening gila... ada yang baling bedak bagai...
so, kami pon dengan suka hatinya berSUKA RIA dalam toilet sambut besday walaupon xda kek...
tapi kegembiraan kami hanya bertahan untuk beberapa minit... adoiii, potong stimm!!!!!!!!!!
ok, ketua blok aka dayah dah panggil...
so, dengan lencun-lencunnya kami turun bawah berkumpul... tapi bukan kami ja kena panggil tapi semua warga blok 6... alamakkk... 
so, kami kena lecture dengan warden asrama.. dan blablabla... ( aku x ingat)
bila warden berjaya menyumbangkan lecture free kat kami, akhirnya kami di benarkan balik dorm masing-masing untuk tido.. ( esok sekolah).........
ku sangkakan cerita gangster semalam habis dah.. rupa-rupa bersambung kat sekolah pulak... adoiiii
dalam kelas, biasa la aku duduk dengan sopannya, buat keja sekolah dan pura-pura baca buku.. konon nak cover muka sebab cerita lepas di pandang slack oleh kawan-kawan yang tak puas hati kena panggil dengan warden sedangkan waktu tu diorg dh enak tidorrr..... siannya kat hampa... soryyyy wei...
1st kelas kalau x silap subjek matematik subjek feverit tu.. cikgu salina tanya, " apa yang awak buat semalam azimah?" aku hanya mampu tanyang muka terkejut kat cikgu salina tanpa menjawab soalan dia..
then, dia pon mulakan kelas macam biasa.. lepas beberapa minit kemudian, aku kena panggil dengan PENGETUA!!!... ok, bukan aku sorang ja, tapi kawan2 yang join party MANDIKAN NADIA ANIS termasuk nadia anis... kesian, tuan punya besday pon kena jgak..
kena dengar lecture free lagi dari pengetua tapi + rotan kat tangan.. sakittttt oooo
pengetua cakap dia akan bagitau kat parent masing2 pasal kejadia semalam..
buktinya, semua org dh dapat surat CINTA dari pengetua...
itulah ceritanya..
apa-apa pon aku berpuas hati meninggalkan JEJAK NAKAL dan SEJARAH NAKAL kat sekolah teknik lek lau.. sekolahku TERCINTA....
rasa nak buat lagiiiiiiiiiiiii.............
~the end~








OLD TIME~

~assalamualaikum~





seriusly jauh di sudut hati yg paling dalam aku :

rindu nak p sekolah...
rindu nak pakai baju sekolah..
rindu nak tido dalam bas sementara tggu bas sampai sekolah..
rindu nk kena sakat dgn sepupu masa sama-sama dlm bas g sekolah...
rindu nak jerit kat kawan2 dalam kelas suruh diam..
rindu nak tiru lukisan kejuruteraan eliza dlm bilik prep...
rindu nak makan maggie dgn kwn2 sambil tgk hindustan dlm surau asrama...
rindu nak kena marah dgn Pak jo sbb aku bengap bab lukisan...
rindu nak g roll call n cover ayu g dpn hantar attendance bdk2 yg ada kat dorm...
rindu nak pakai beg sek pink yg cute tu g sek...
rindu nak kena puji dgn cikgu sbb aku rajinn buat keja sek...
rindu nak g lawatan sambil x belajar dgn kwn2...
rindu nak ponteng g persatuan & kelab kat sekolah...
rindu nak gosip2 nak pakai baju apa utk dinner asrama teknik lek lau... ahakzz...
rindu loker kat Dorm 6 asrama teknik lek lau...
OK, SEMUANYA AKU RINDUUUU........................
andai dapatku putar masa lalu, akanku manfaatkan setiap detik dan ketika...
akanku lakar lebih banyak detik indah bersama kawan-kawanku...



Saturday 14 July 2012

J.O.D.O.H

Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.

Jika takdir ALLAH menentukan yg kita bukan dgn dirinya,
Kita tidak akan bersama dgnnya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dgnnya,
Kita tetap akan bersama dirinya.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya, insyaALLAH.
Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan yg sebaik-baik merancang itu adalah ALLAH S.W.T ♥ 


~akhirnya, jodoh aku bersama dia berhenti setakat ini...
mungkin dia bukan untuk aku dan aku bukan untuk dia..
walau apa pon, aku doakan dia bahagia...
terima kasih awak kerana penah hadir dalam hidup saya, terima kasih kerana membahagiakan saya,
terima kasih kerana banyak mengajar saya tentang realiti hidup yang sebenar...
terima kasih untuk segala-galanya...



AZAM~

~assalamualaikum~
tak lama lagi kita akan menyambut bulan ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan.. insyaallah..
jadi, aku nak buat azam baru, azam baru tak semestinya bila masuk tahun baru masihi ja baru boleh buat azam.. ulang sekali lagi, TAK SEMESTINYA.... ok? ahakz...
insyaallah semoga aku dapat penuhi azam yang aku buat.. aminnn
ya ALLAH, bantulah aku untuk memperbaiki akhlak dan peribadi supaya aku jadi muslimah yang sebenar-benarnya.. insyaallah..
tetiba aku teringat satu ayat yang aku baca kat FB..

" apabila kita hendak berubah ke jalan ALLAH, insyaallah ALLAH akan menghadirkan seseorang yang baik akhlaknya juga untuk turut membantu kita ke jalanNYA"...

1) CUKUPKAN SOLAT 5 WAKTU
2) TAK NAK TINGGAL SOLAT SUNAT TERAWIH.. selagi boleh..
3) LUPAKAN CINTA LAMA
4) MENJADI ANAK/KAKAK/KAWAN YANG BAIK UNTUK SEMUA~
5) UBAH AKHLAK & PERIBADI








#please pray for my changes to become a good muslimah... thanks, may ALLAH bless you#


Friday 13 July 2012

GIRL SECRET~

~assalamualaikum~
datang bulan, period, haid, bendera merah, bulan mengambang dan sewaktu dengannya adalah membawa maksud yang sama...
tapi, bila si PERIOD ni datang, dia datang dengan package yang bestt sgt... period + period pain..
sapa yang penah rasa sakit senggugut mesti faham kan rasa sakit tu...
ada yang sakit sampai tak boleh bangun, muntah-muntah, dan macam-macam lagi..
alhamdulillah, aku tak mengalami period pain yang teruk sampai kena telan ubat bagai...  syukur
tapi hari ni lain sikit tetiba senggugut yang datang memang buatkan aku rasa nak menjerit satu dunia...
nasib baik masa senggugut tu aku tengah membusy-kan diri update file untuk BOSS g meeting dengan GM dan BOSS pulak tak da dalam office.. so, terbantut kejap kerja... alahaiiiiiii, x cool nya aku.. terus rasa macam budak-budak yang baru 1st day datang bulan.. oh, damm!!
selalunya bila datang senggugut ni, aku memang TAK AKAN buat kerja langsung.. duduk diam-diam ala2 budak skema.. hahhaha
kat office pulak hari ni banyak kerja dan membuatkan aku banyak mengguna anggota kaki + tangan + otak + mulut ++++++ korg plus la sendiri... hahaha
bila banyak kerja ni tak rasa masa jalan macam siput... sedar-sedar dah nak balik... yehaaaaa
5 minit nak balik, aku pon cepat-cepat shutdown komputer, tukar pakai selipar dan angkut beg comel + cabut la balik...


ok, ni nak kongsi tips mengurangkan sakit senggugut :
1) berzikir, cuba bertenang dan jangan terlalu fokus kepada sakit.
2) makan makanan yang mengandungi vitamin B1 seperti daging, bijirin sarapan, daging
3) rendam hirisan air halia dalam air panas dan biarkan sejuk. kemudian, minum.
4) urut di bahagian perut, belakang, dan pinggang.
5) amalkan minum air sejuk setaip pagi selepas bangun tidur
#selamat mencuba#




saja uplaod gambar masa kat perth tanda aku RINDUU sgt nk g lagiii


 



 
 
 

Wednesday 11 July 2012

Jaga Muka

~assalamualaikum~
angin tak da ribut tak da tetiba datang mood rajin nak manjakan muka..
termasuk hari ni dah 2 minggu tak manja2, gedik2kan muka sendiri..
so, ari ni dengan rajinnya, aku majakan muka dengan masker buatan sendiri yang ekonomi, tak payah beli kat watson or guardian.. kat kedai mamak pon boleh beli...
kedai mamak ada jual masker?????
hahahaha... kedai mamak ada jual telur, magie, beras, blablablabla...
oh yes.. sebab umah jauh nak g guardian or watson bagai, aku pon g kedai mamak untuk beli TELUR...
buat masker pakai telur ja ok?... JIMATT duit~
lagipon guna masker yang diperbuat daripada telur ni banyak khasiat.. tapi guna yang PUTIH ja tau..
khasiat masker putih telur ni ia boleh menghilangkan black & whitehead, mengurangkan kesan parut, mengecilkan liang-liang roma, dan menegangkan kulit muka..
caranya senang ja, tempek putih telur kat muka dengan menggunakan kapas muka, then biar sampai 30 minit.. lepas 30 minit, silalah basuh muka anda dengan air..
#selamat mencuba#
kalau zaman sekolah dulu rajin ja nak manja-manja muka...
tapi guna barang tradisional ja..
tempek mask daripada buah tomato, tenyeh @ tempek lendir daun lidah buaya...
seriusly, memang banyak khasiat guna daun aloe vera ni.. yang penting dia boleh hilangkan parut2...

feverit mask sebab ada bau lemon..

Monday 9 July 2012

REUNION TIME

~assalamualaikum~
pada sabtu lepas bersamaan dengan 7.7.2012 aku dengan kawan2 kelas sek teknik buat gathering aka reunion bertempat di pantai batu feringgi...
so, ari jumaat tu semua dah sibuk cari barang untuk event esok..
memandangkan jumaat aku bercuti-cuti, maka dengan itu si BAD si kwn baik + jahatku pon mesej ajak temankan dia & mekna (amalina) memborong kat tesco..
lepas smbhyg jumaat dia pon datang umah ambik aku + mekna utk memborong barang...
lebih kurang 2 jam lebih memborong ayam + barang perap + sosej +++ kat tesco seri pinang, si basri (ketua kelas) pon datang buat muka penat + lapar..
jadi, kami semua pon g makan kat McD basri belanja.. TQ encik ketua kelas~
keesokkannya, pagi2 hujan turun dengan lebatnya...
dalam hati dah cakap jangan la hujan smpai pukul 10.30...
last2 dalam pukul 8 lbh, bad pon mesej.. apalagi, mengadu la kat dia pasal hujan.. hahahha
lepas berkonflik kejap pasal cuaca x menentu, pkul 11 lbh bad pon sampai utk ambik aku...
dia datang ditemani naim.. so, kami bertiga sampai awal dan siap2 barang yang patut..
lebih kurang setengah jam, kawan2 yang lain pon sampai...
so, layan gambar2 la pulak.. malas nak bercerita panjang... layannnnnnnnnnnnn

bad pasang khemah


barang-barang ber BBQ






hidupkan api pulak


wani bakar ayam


makan time




mekna 

aku membuli kibob yg comel




basri

eliza (aku slalu tiru lukisan dia)

sebenarnya  byk lagi nk uplaod gambar, tapi berukband dh slowww... awww
cukup la kot byk ni ja..
okbai~

Thursday 5 July 2012

1st S.T.E.P

~assalamualaikum~
kali ni nak buat sesi luahan rasa hati, jantung, perut, asofagus (betul ke ejaan ni???), limfa, usus kecik, usus besar dan macam2 lagi organ dalaman yang ada.. hahaahaha
tetiba cakap pasal benda dalam pulak.... erm.....
kadang2 apa yang kita tengok secara luaran x semestinya lahir dari dalaman..
contohnya kita tengok orang tu happy ja walaupon sebenarnya dalam hati, hanya ALLAH yang tahu makna  tersirat di sebalik wajah nan ceria tu..
walaupon hati ni agak2 terluka tapi sampai bila nak layan rasa hati yang terluka ni?
hidup harus diteruskan meskipon pelbagai dugaan datang..
bukan namanya manusia kalau hidup x ditimpa masalah..
yang penting cara nak handle masalah tu sendiri....
setiap penyakit ada ubatnya, begitu jugak masalah pasti ada jalan penyelesaian..
jadi, penyelesaian yang diambil bukan untuk kepentingan diri sendiri tapi untuk kepentingan semua...
sebenarnya perit nak memulakan langkah baru tapi setiap perjalanan memerlukan langkah pertama..
LANGKAH PERTAMA!!!






biar hati yang SATU itu retak menjadi dua untuk seketika kerana apabila sudah sampai JODOH, dua hati akan bertemu dan menjadi satu....

ALLAH menitipkan KELEBIHAN disetiap KEKURANGAN,
menitipkan KEKUATAN disetiap KELEMAHAN,
menitipkan SUKACITA di setiap DUKACITA,
menitipkan HARAPAN disetiap KERAGUAN,
ALLAH berjanji semua itu akan INDAH PADA WAKTUNYA....
#janji ALLAH itu PASTI~



Saturday 30 June 2012

bawang oh bawang...

~assalamualaikum~
aik, apesal plak buat tajuk entri pasal bawang ni??
walaupon sebenarnya banyak yg nak dikongsi dalam belog kesayangan ni, tapi bila dah buka terus idea nak menulis entri hilang..
so, entri kali ni nak share ilmu di dapur pulak..
sapa suka kopek bawang? mesti ramai tak suka kan? yelah setiap kali kopek bawang mesti menangis2..
menangis bukan sebab sebak @ sedih tapi sebab bawang tu sendiri..
ada yang nak kopek bawang siap pakai cermin mata la, macam2 lagi..
sama jugak masa kena tumbuk bawang, mesti bawak senjata untuk mata..
senjata2 termasuk jugak la, cermin mata hitam, tudung periuk la... lalallalala
ok, stop mengarut lebih2...
sekarang nk share ilmu macam mana untuk hilangkan pedih mata masa handle bawang2 ni..
sebelum nk kopek bawang, bawang kena rendam dengan air dalam besen untuk beberapa minit..
lepas, sila la kopek bawang-bawang anda untuk dimasak....
#selamat mencuba#


bawang besar yang buatkan mataku pedih taip kali nak kopek

Friday 1 June 2012

bad day

~assalamualaikum~
ari ni boleh di kategorikan sebagai "bad day" aku...
ya ALLAH, stress gila ari ni.. start dari pagi td sampai.............. tak tau sampai bila
mula2 macam biasa pagi pagi bancuh air susu, tapi xleh minum plak sebab panas sangat..
lepas bersiap, terus tunggu bas nak g training.. last2 bas plak xda.. tambah plak hujan lebat basah kaki seluar..
disebabkan bas lambat, so masuk ofis pon lambat... waaaaaaaaaaaaa

kat ofis/ golden sand resort
buat kerja-kerja macam biasa
break time, g cafe staff makan.. tapi maybe chef ari ni bad mood, so masak pon x sedap..
jadi, aku pon x habis makan.. cuma ratah ayam + minum air anggur..
sambung buat kerja.. tetiba mr wong aka HR manager suh tolong fotostat tapi suh buat 2 kertas jd 1 copy..
alamak, mana reti buat!!! tapi test jgak buat, last2 jadi tapi lambat sikit smpai la mr wong kena cari aku kat bilik fotostat.. adoiiii, stresssssssssss
15 minit nak balik, miss lee aka HR director plak mintak tolong fax dan scan document union meeting..
unfortunately, mesin fax meragam.. time nak guna la dia meragam..
last2 scan dulu baru try fax balik.. nasib baik dh ok.. tapi kertas terkonyot sikit sbb mesin fax meragam..
waaaaaaaaaaaaaaa.. :(

balik kerja:
tunggu bas punya lama sampai 45 minit tercongok macam org gila.........
siap tepon abg, adik mai ambik...
tapi bila abg nk datang ambik, terus bas ada...
dalam bas, terus mesej abg cakap xyah datang ambik...

#ujian ALLAH swt#



Sunday 27 May 2012

my weekend

~assalamualaikum~
weekend datang lagi.. yahoo, dh lama x keluar g berjimba-jimba..
so, this weekend dh plan nk g hiking plus joging dengan adik, sepupu dan kawan sek..
tapi bila dah sampai hari ahad yang di janjikan, semua xnak g plak..
adoii, spoil mood~
last2, pagi2 dah bawak anak buah aka sofea g market beli barang nak masak...
masak popia goreng ja..

sapa reti masak popia?? meh nak share resepi popia goreng ala2 azimah aziz...
bahan-bahan:
taugeh ( ikut suka nak buh banyak mana)
daun kucai ( beli dalam 50 sen)
udang ( boleh guna udang segar @ udang kering)
kulit popia 1 peket
garam
ajinamoto
tepung gandum (sebagai pelekat kulit popia)

cara-cara;
panaskan kuali... masukkan minyak masak sikit
tumiskan semua sayur2 tadi ( taugeh + daun kucai) dan jugak udang..
masukkan sikit ja air dan kacau bahan-bahan tadi... masukkan juga garam dan ajinamoto..
bila agak2 bahan-bahan dah masak, padamkan api dan masukkan bahan-bahan tadi ke dalam mangkuk dan asingkan letak sebelah..( bahan A)
ok, ambik tepung gandum, masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk yang berisi air sikit, kacau bancuhan tepung dan air.. (bahan B)
sekarang, ambik sekeping kulit popia dan letakkan di atas pinggan besar yang rata...
selepas itu, cedukkan sikit bahan2 yang telah di masak tadi iaitu bahan A ke atas kulit popia..
lipat kulit popia dengan bahan-bahan tadi dan gunakan bancuhan tepung + air tadi sebagai pelekat kulit popia supaya kulit popia tidak terbuka...
ulang langkah lipatan kulit popia dengan bahan-bahan tadi sehingga habis..
akhir sekali, panaskan kuali yang berisi minyak masak dan goreng popia yang telah di lipat..
hidangkan popia tadi bersama sos...

hasilnya: popia gorengku


selamat mencuba~



Sunday 20 May 2012

aku dan susu

~assalamualaikum~
ni nak cerita pasal susu.. sapa suka minum susu?? sedapp ke susu??
adoii, minuman paling nak dielakkan sekali ialah susu..
seriusly, azie x suka susu..
mungkin sebab masa kecik2 dulu, putus minum susu badan mama awal. so sampai sekarang fobia susu..
sejak berpraktikal ni, azie cepat letih.. balik pukul 5 petang dan malam dalam pukul 9 lebih @ 10 mlm dah ghaib tido..
so, lepas tu tiap ari selalu tengok adik minum susu dan agak terpengaruh sikit la dengan iklan susu anleane kat tv.. last2 g tesco, cari jugak susu tapi bukan susu yang warna putih tapi susu macam ni ja

ni la susu perisa coklat yg x berkesempatan nak minum

yess, oleh sebab x suka susu tapi cari susu yang ada perisa coklat.. hahaha
tapi, bila sampai rumah kena marah sebab susu yang ada tak habis minum tapi beli baru pulak..
last2 mama bancuh jugak susu untuk azie tapi bukan susu coklat.. kuang3..
terpaksa la minum dengan hati yang tak rela.. maaaaaaaa
#harap2 lepas minum susu hari2 badan dah tak letih dan boleh tido lewat sikit.. #

jiwang lagi~


Berikan ku peluang terakhir sekali lagi
Untuk membukti kasih sejujurnya di hati
Maafkan seandainya cintaku tidak sempurna
Kaulah insan pertama berpacaran dengan ku
Dan bersama ku mahu masa depan yang kukuh
Maafkan seandainya ku masih amatur cinta
Luahkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik
Bukan dengan sengaja tidak cukup prihatin
Ku harap kau bersabar dan rasa lebih yakin
Maafkan seandainya masih amatur cinta
Luahkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik
Maafkan seandainya masih amatur cinta
Luahkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta oo pencinta terbaik



Friday 18 May 2012

Gelagat family golden sand

~assalamulaikum~
wah2 dah lama x update belog.. maklum la sekarang dah jadi wanita bekerjaya..
walaupon hanya kerjaya practical student.. hahaha
sangat la sibuk, balik umah dah penat dan tak ada masa nak belek2 belog ni..
alolo, siannya... ari ni, walaupon dah berazam nk tido awal tapi nak jgak update 1 entri...
ok, kat tempat praktikal azie ada close family.. abg no 3, sepupu aka abg junaidi, mak sedara aka mak tam..
walaupon dh 2 minggu pijak lantai dan mhirup air cond free kat golden sand, azie x penah lagi jumpa abg & mak sedara.. tapi sepupu aka abg junaidi memang selalu jumpa sebab dia rajin masuk ofis comel azie.. ( bajet kunun2 ofis sendiri plak)..
abg junaidi ni memang jenis peramah and mostly ramai jgak staff kenal dia.. termasuklah jgak staff kat HR department.. nak di jadikan cerita, 1st time dia masuk ofis azie, dia cakap dengan HR officer kat situ @ kak som.. "kak som, ni sepupu saya (tangan menunjuk ke arah azie) jangan wat leceh dengan dia kak som"
macam tu la ayat abg junaidi memberi peringatan utk kak som supaya jaga azie elok2 & jangan buat masalah kat azie.. ( dalam hati dah kembang2) haha.. caringnya sepupu-ku sorg ni..
kak som gelak2 je bila abg junaidi cakap macam tu sebab dia dah tahu abg junaidi ni memang suka menyakat.. kak som pon menambah " kalau wat leceh jugak, awat?".. abg junaidi hanya gelak ja.. hahahaha.. nasib baik x gelak guling2..


part 2
kali ni pasal manager HR kesayangan azie plak..
nama dia mr wong, org cina dari sarawak( dah nama pon wong, mesti la cina)... hahaha
seriusly azie tabik dengan mr wong ni..sebab dia sangat la menjaga staff bawahan.
yang tak boleh blah, mr wong panggil azie ADIK.. adoii, segan siutt...
kalau dia lalu kat meja azie dia mesti tanya, " adik, adik ok ka? ada masalah ka?"
wah2, kalah abg sendiri.. boleh buat abg angkat la.. untung2 dapat ikut balik sarawak.. (dasar suka berjalan)
mr wong ni sangat peramah dan suka buat joke.. lagi-lagi kalau ada kak som, memang meriah la ofis..
kelmarin miss lee aka HR director cakap ari ni semua xyah makan kat staff cafe, kita keluar makan ramai2 kat luar.. nasib baik miss fiona @ training manager bawak keta besar, so muat la staff HR 6 org..
sebenarnya lunch kali ni big boss nak belanja tapi mr wong jadi hero menggantikan miss lee..
mungkin sebab ari ni dia nak balik kampung @sarawak, so dia yang belanja..
kenyang makan free mr wong belanja.. miss lee cakap, tunggu mr wong penang kita keluar makan lagi nak celebrate mr wong balik.. hahhaha...
macam2 la gelagat diorg ni.. sebelum nak g makan, miss lee dah cakap " azimah, you have to adopt our culture, we always like this"
means, diorg memang jenis gila2.. terbaikkk la.. azie memang suka macam tu, kalau tak, stress ja keja & tak best plak keja dengan environment yang kaku..

*entri akan bersambung bila free lagi*
thanks for reading
I LOVE GOLDEN SAND FAMILY <3 <3 <3

Wednesday 2 May 2012

tabiat turun temurun

~assalamualaikum~
hye3... jom kongsi tabiat korg yg jadi turun temurun..
cth, tabiat suka gigit kuku, isap ibu jari kaki ke ( ade ke?? ), ect..
mcm azie dari kecik suka usung @ bawak bantal busuk..
walaupon bantal busuk tu sebesar2 bantal yg ada, mmg pegi mana akan bawak.. hhahaha
kalau xda la bantal tu memang x senang duduk la..
bila teringat mama cerita yang masa tu azie baru umur 3 thn kot, arwah abah bwk jalan naik mtr, tapi bantal busuk pon kena bawak sekali, dah la besar bantal busuk azie time tu.. memang sabar banyak la abah layan anak perempuan dia sorg ni.. hahaha.. thanks abah~
bukan tu je, tapi lagi teruk azie suka gigit hujung bantal..
bajet hisap susu ducth lady coklat plak.. padahal, xda rasa apa pon.. kuang3..
bila dh besar, habit tu still xleh buang..
tp yg gigit2 hujung bantal dh xda la.. tp buat habit baru.. suka menangis2 kat bantal.. hahaha

byk kenangan dgn bantal busuk ni.. :p

tabiat ber-bantal busuk ni turun @ berjangkit kat anak buah yg hensem... adam..
blh plak berjangkit2 eh?? hahaha...
tp seriusly, mmg betul berjangkit... tergelak azie tgk adam.. lagi terok dari mak cik dia...
lagi besar, lagi busuk.. hahahha... mmg gelak guling3...
dh tu fotostat sebijik macam azie, ala yg suka gigit hujung bantal..
bila tgk adam dgn bantal busuk dia, memang terkenang diri sendiri..
macam mana la azie masa kecik dulu?? nasib baik anak perempuan..
tp adam lelaki, hilang darjah kehenseman dia bila bawak bantal busuk.. adoiii...
kalau dtg umah kdg2 dia akan bawak bantal busuk dia, so azie akan usik la.. buat2 sembunyi kejap bantal dia, bila dia sedar bantal turun temurun dia dh xda mula mcm org hilang anak.. hahhaha..
menangis 1 rumah.. adoii, nasib baik la turun tabiat bantal busuk ni..
kalau turun @ ikut perangai mak cik dia yg suka berjalan ni, memang botak la abang azie~

adam hensem



Tuesday 1 May 2012

manusia makluk ciptaanNYA yg unik

~assalamualaikum~
sapa manusia kat sini?? sila angkat kaki... hahhaha
manusia?? sapa manusia??

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. [13] Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. [14] Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.. ( AL MUKMINUN 12)..







bila bercakap mengenai manusia, manusia ni sebenarnya makluk yang paling unik dan sebaik-baik makluk ciptaanNYA.. manusia dianugerahkan dengan akal untuk berfikir tetapi haiwan, tumbuhan x diberikan akal..
so, gunakan anugerah berharga yang ALLAH bagi dengan sebaiknya...
manusia yang di ciptakan ALLAH juga berbeza-beza.. tarikh lahir kita sendiri pon berbeza..
walaupon sama hari, tetapi minit & saat tetap berbeza.. even kembar pon ada yang beza...
ALLAH maha besar...
kesimpulannya semua ciptaanNYA adalah berbeza & xda 1 pon yg sama...
bila wujudnya variasi, kita sebagai manusia kena terapkan nilai2 murni cthnya tolak ansur, hormat menghormati, dan lain2...
contohnya bila berhadapan dengan orang yg lbh tua, kita kena salam.. sbg tanda kita hormat walaupon sebenarnya peribadi kita tak brapa baik.. tapi, ini tak bermakna kita hipokrit!!!
macam tu jgak bila bergaul dengan kawan2...
lagi2 kawan baik.. sebab kita dah kenal dia lama, jadi kita dah masak dengan perangai dia..
contohnya, kwn kita seorg yg panas baran, suka marah.. klau nak nasihat orang mcm ni, kita kena guna psikologi @ cara yang lembut.. baru dia boleh terima nasihat
bkn dengan marah2, mmg x la dia nak dengar.. last, ada jgak yg mkn penampar.. hahaha...
kadang2 bila berhadapan dengan manusia spesis mcm tu kita banyak kena bersabar, tolak ansur..
baru la blh hidup dengan aman.. peace yooo...
tapi ni tak bermaksud kita hipokrit.. cuma x nak bergadoh.. wat pe nak gado2?? xda pekdah pon!!!
mcm tu jgak dengan org lain, dia dh tahu kita perangai mcm sekian2, so dia kena la bijak dengan treat kita sekian2.. hahha...
tengok cth mcm ni.. manusia ni ada 4 unsur iaitu tanah, api, angin, air...
kalau A api, kita x boleh treat dia dgn jd api.. tapi jadilah air atau tanah..
kalau api + api = terbakar.. hahhaha...
so, conclusion, use our brain to treat people not emotion...
emotion will burn you~































Monday 30 April 2012

impian wanita

~assalamualaikum~
bajet hot je tajuk entri kali ni.. hahaha..
tapi xda la hot sgt pon..
ok, apa yg korg impikan bila dah kawen??
of course la nak sebuah keluarga yg bahagia..
sama jgak mcm azie...
peristiwa kat umah pak teh semalam mmg menusuk hati..
nak tahu kenape? sepanjang azie hidup ni la 1st time merasa mcm hidup yg bahagia sgt...
sbb azie x pernah walau sekali pon solat berjemaah 1 keluarga...
tapi, smlm azie experience it.. sangat terharu..
solat berjemaah  ramai2 dalam rumah..
yg paling tacing, masa salam & cium tangan pak teh & mak teh.. rasa mcm cium tangan mama & abah sndri..
ya ALLAH , rindu kat arwah abah...
lepas dh selasai solat magrib sambung plak solat sunat..

impian bila berkeluarga nanti

ya ALLAH, syukur alhamdulillah walau pon pak teh & family tinggal kat perth tapi ajaran Islam tetap diamalkn.. mcm tu jgak dgn kita, walau ke mana sekali pon pegi, jgn pernah tinggalkan ISLAM..
insyaallah, kita akan peroleh kebahagiaan & keberkatan hidup...
dah kawen nanti nak mcm pak teh family..
solat berjemaah bersama anak2 & suami..
 + azie nak ajar sendiri anak2 baca al-quran dari kecik..
#meluntur buluh, biar dari rebung#

insyaallah dh berkeluarga nanti~









Thursday 26 April 2012

welcome perth

~assalamualaikum~
pejam celik, pejam celik dh hmpir seminggu azie kat perth..
sebenarnya dtg perth, bkn holiday 100%
tp melawat pak teh family + family yg ada kat bumi aussie..
walaupon melawat family kat sini, tp ada jgak g jln2..
dh smpai tempat org, x sah la klau x berjalan... hihihi
tepat 5.30pg flight pon slmt mendarat di perth airport..
flight dr lcct pkul 11.50 mlm..
sepanjang dalam flight, tido je..
bosan + letih.. walaupon azie dok kat tepi tingkap, tapi x nmpk ape..
bila dh dekat nk sampai perth, mula la nmpk lampu2..
lgpon perth org ckp bandar cahaya..
that so true.. there many light here even early in the morning!!!
sepanjang seminggu kat perth, azie mmg terperanjat...
so many differences among malaysia & australia..
1st, highway no toll...
bus no use petrol..
parking free at any shopping complex..
no traffic jam..
some shopping complex no cashier but have machine to pay what you buy..means doing purchasing by yourself.. go to the machine, scan the item, insert the money, if got change they will return your change inside the box.. put your item in the plastic bag, then go.. hahaha.. so amazing!!!
actually there many more but i can't remember all...
let see the picture that me & my cousin taken.. enjoy~

with alisha at whiteman park


alolo comelnya koala ni.. curik bwk balik malaysia kang :p


pilih3 nk mkn ape.. fremantle best fish & chip


jinak burung kat sini smpai jari azie pon nk gigit.. ish3..



Thursday 19 April 2012

1st time naik flight

~assalamualaikum~
ok, skrg nk kongsi pengalaman 1st time naik flight...
sbb 1st time naik flight, mmg jakun kuasa 2 la..
tp sbb perasan comel, so azie pon cover2 jakun tu..
buat mcm penah... hahhahaha... ( sila gelak jauh2)
1st, xtau mcm mn nk check in..
dh la rabun xnk mgaku, last2 pakai jgak spek mata...
jadi la budak skema ayam kejap... kui3...
nk check in, azie tgk je org buat mcm mn, lpas tu try buat sndri...
finally bjaya... mama azie pesan, klau xtau tgk org buat, klau xtau jgak p tnya...
lpas dh stage check in, mama, abg & adik pon balik...
sblm kena tinggal jauh, mama, abg & adik pesan mcm2 tmasuk pesan coklat.. hahaha
ok, hbs part tu.. azie dh masuk balai menunggu kat gate B3...
tggu announcement utk blepas lg 45 minit mcm tu...
azie tggu kat kerusi menunggu yg disediakan..
tggu lg...
bosan tggu azie pon tengok je org lalu lalang depan azie...
tgk peramugari/peramugara cantik & hensem.. pilot yg blh thn segak... hahahaha
dlm byk2 tu, blh plak sorg peramugari MAS ni pakai pnya la pelik...
ni bkn nk kutuk, tp sekadar nk tegur...
apa yg pelik?? ok, dia pakai tudung, tp xleh tahannya, pakai baju kebaya ketat + kain terbelah nmpk betis...
adoiii... klau dh pakai tudung, xyah la pkai kain smpai tbelah nmpk betis.. at least pkai la seluar pnjg kat dlm @ legging... blh cover sikit kaki tu...


hbs part tggu menunggu...
masuk pulak dlm kapal terbang..
ok kapal terbang ni x berapa nk besar, 3 kerusi kiri, 3 kerusi kanan..
mcm ni je...

dalam flight

azie pnya site 9D.. tp bkn tepi tingkap.. adoii, baru nk dok tepi tingkap nk tgk awan dania...
tp azie bjaya jgak snap pic awan2... cantikk sangat ciptaan ALLAH...

awan  di pagi hari

awan dri sayap flight

cantikkan?? excited tgk permandangan di awan biru waktu pagi.. cantik sangat...
sblm kapten kapal memulakan tugasnya, anak2 kapal aka pramugari/pramugara buat demo mcm mn nk pakai seatbelt, pintu kecemasan, etc...
bila lampu dh padam, kapal pon dh mula nk terbang, azie mula takutt 1 mcm
mcm2 ayat suci al-quran baca.. semoga selamat perjalanan..
bila kapal kembali stabil, alhamdulillah, syukur sgt...
tp azie pening kepala, telinga rasa bengang...
dlm kapal, bosan lg.. walaupon pjalanan dari penang ke kl cuma sejam...
azie mula rasa bosan dok dlm kapal... bila nk smpai...
dlm bosan2, sempat plak snap pic kn?? hahahha
tp sekali kapal langgar awan, n bergoyang2 sikit...
mula la takutt + seramm....nasib baik kejap je...
tepat pkul 7.50pg.. kapal pon slmt landing dgn jayanya.. yehaaa..................
next, bermula episod bosan tggu 15jam utk next flight...

bosan kuasa 15

tajuk mcm x bestt je...
yup, mmg x beshhh pon!!!!!!!
sbb tersadai sorg2 kat KLIA nk tggu next flight ke perth 11.50 mlm
bayangkan dri pkul 4 pg kuar umah,naik flight pkul 6.50pg ke KLIA..
now, mcm org gila bosan tggu mlm...
bg org yg x reti dok diam mcm azie ni, mula la rasa mcm org gila bila xtau nk buat apa..
walaupon dh bawak bekalan peneman di kala bosan, tp bosan tu tetap ada... benciiii
so, utk elakkn btambah gila, lpas ni blog ni akan dipenuhkan dgn post2 budak bosan ni...
harap sabar la ye~



Wednesday 18 April 2012

perpisahan

~assalamualaikum~
memandangakn bakal meninggalkan bumi shah alam tercinta, azie & kwn2 umah aka fullhouse family
decide nk spend time sama2 kat i-city..
tp sebelum tu kitorg pekena nasi ayam penyet which is 1 of my feverit.. sedapp ooo
sbb kat penang xde nasi ayam penyet ni, azie pon merengek2 kat kwn umah nk mkn nasi ayam penyet ni..
last2, dapat jgak.. thanks korg... luv u... muaahhhhh

nasi ayam penyet wong solo

lepas mkn nasi ayam penyet, kitorg beramai2 jalan kaki ke i-city..
spend time kat i-city smpai lewat malam..
lepas ni dah susah nk spend time bersama-sama kawan2...
layan je gambar2 kitorg ni...



style full house
family full house~



Tuesday 17 April 2012

when the dream come true

~assalamualaikum~
bila cerita pasal angan, mesti dalam kepala dh mcm2 benda yg di angankan..
sama mcm azie, azie suka berangan nk g negara 4 musim
dari kecik lagi dh pasang angan2 mcm tu...
bila dh besar panjangkan lagi angan2 tu nk migrate ke luar negara pulak..
tapi x tahu la blh capai ke tak angan2 nk migrate tu..
apa2 pon, angan2 nk ke luar negara akan tercapai esokk........ yahooooooooo
thanks to my mak teh khadijah & cousin kak nuraini 4 the sponsor...
azie seronok sangat dapat g perth sbb ni la peluang nk tgk tmpt org..
lgpon azie bkn dr keluarga yg berada sampai mampu nk g bercuti ke luar negara..
bila mak teh call tanya bila cuti pnjg & nk sponsor tiket g perth, terus azie teruja sgt..
ya ALLAH, rasa mcm mimpi ja..
alhamdulillah, syukurr sangat bila impian jd kenyataan..
#doakan impian azie nk migrate jd kenyataan ok#

buku merah jgn lupa bawa  :P






Thursday 12 April 2012

not the end

assalamualaikum
dengan ini azie nk isytiharkan merdeka utk diri sendiri
bsempena dengan tamatnya pengajian ijazah sarjana muda pengurusan sumber manusia.......
yahoo.... dh boleh lompat2!!!!!!!!!!!
tp xleh nak seronok sangat...
lepas ni kena masuk praktikal pulak...
adoiii.... semak otak pulak~
at least dh merdeka dari exam, test, assignment...
alhamdulillah, syukurr...........
walaupon dh habis blajar, tp ini bukan la penamat sebuah kehidupan sebagai pelajar
sebab hidup merupakan satu proses pembelajaran yang x formal..
dan ilmu kehidupan jugak xda dalam silibus kuliah di universiti atau kolej..
jadi,selagi diberi nafas untuk meneruskan hidup di muka bumi ALLAH ni, 
teruskan belajar..
belajar untuk menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat..
belajar untuk menjadi anak yang solehah/soleh
belajar untuk memperbaiki diri sendiri
belajar untuk berubah menjadi lebih baik
insyaallah..........

perjalanan hidupku masih panjang~

Wednesday 11 April 2012

membina keluarga idaman

~assalamualaikum~
memandangkan x lama lagi dh nak habis belajar, so kena la mula memikirkan perancangan masa depan...
perancangan yang azie maksudkan ialah perancangan utk mbina sebuah keluarga yang bahagia
kenapa baru sekarang??? sebenarnya dh lama fikir pasal ni
cuma x berkesempatan nk fikir secara terbuka..
lagipon tengah belajar & family azie nk azie fokus blajar..
family xnak azie terlalu hanyut dengan cinta dunia/ cinta alam kampus...
lama oo pendam perasaan... nasib baik dh nak habis belajar...
yahooo........... dh last sem!!!!
x sabar nak lompat2... hahhahaha... ( mcm budak tadika plak rasa)
dalam nk membina sebuah keluarga bahagia, pelbagai onak dan duri perlu di lalui
bak kata pepatah: HENDAKKAN PELANGI, PERLU BERHUJAN DAHULU~
bagi azie, dalam hidup berkeluarga biar la hidup dalam keadaan yang sedrhana tetapi bahagia
apa guna hidup kaya tapi x bahagia bersama keluarga/ pasangan..


nak suami mcm ni...

ni azie nak kongsi antara tips membina keluarga bahagia dari Dr Fazilah Kamsah:
1. bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup
2. pastikan anda sebagai suami ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari
3. hiburkan hati isteri dengan buat lawak, bercerita atau gurauan mesra
4.  amalkan makan bersama setiap hari
5. amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin
6. bantu isteri melakukan kerja rumah
7. didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara yang berhemah
8. sentiasa taat kepada semua perintah tuhan dan pastikan semua ahli keluarga patuh kepada tuhan
9. bentuk sifat cemburu yang positif
10. gunakan nabi Muhammad saw sebagai model
11. sentiasa berubah secara positif
12. mempamerkan keprihatinan yang tinggi tehadap keluarga
banyak lagi tips berguna untuk membina sebuah keluarga yang bahagia..
sila baca kat blog ni... http://farishishak.blogspot.com/2012/04/50-tips-terbaik-membina-keluarga.html

keluarga idaman hati




Tuesday 10 April 2012

tentang rasa

jom layan lagu dlm cerita vanila coklat................


nk tumpang nyanyi sikit...
dapatkah selamanya kita bersama, menyatukan perasaan.. kau dan aku... lalallalalaala
suka sgt tgk izara aisyah... cute3....

Monday 9 April 2012

cinta

ada apa dengan cinta? yang pastinya cinta memang hebatt...
macam ada kuasa luar biasa.. dengan cinta, manusia boleh jadi kuat, lemah, putus asa, semangat, n paling hebat dengan cinta jugak boleh buat manusia mati.. dasyat3...
kita hidup pon sebenarnya hasil benih cinta dari mak ayah...
perasaan cinta tu memang unik...lahirnya tanpa dipaksa...
bila dah jatuh cinta, mula la angau... ada yg sampai makan x lalu, mandi x basah, tido x lena..
yelah, asyik teringat sang cinta hati...  tapi, azie xla mcm tu.. bab mkn mmg laju... hahahhaaha


apa itu cinta???
bff azie ckp CINTA BUKAN PENGORBANAN
klau kita menganggap cinta satu pengorbanan, kita akan rasa mcm di paksa utk bercinta dgn si dia..
tp CINTA ITU SATU KEJUJURAN, KEIKHLASAN...
sbb kalau kita jujur n ikhlas dgn si dia, xkn wujud org ketiga.. kita akan belajar terima semua kelebihan n kekurangan si dia...
so, itukah maksud CINTA yg sebenarnya???
last cuti sem, azie g MPH bookstore kat gurney plaza,
masa dok cari2 buku ternampak 1 buku yg tajuknya DIARI CINTA 2012
nk beli tp rasa mcm x terbaloi plak sbb harga RM14.90, saiz mcm buku tulis masa sek rendah..
baik beli buku hardcover @ note book yg harga x smpai RM14.90 n decorate sndri diari...
apa yg menarik dlm buku DIARI CINTA 2012, ayat2 cinta dia mmg bestt...



jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupon dia
tidak berada di sisi kita'

'tuhan memberikan kita 2 kaki untuk berjalan, 2 tangan untuk memegang, 2 telinga untuk mendengar dan 2 mata untuk melihat. Tetapi mengapa tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita? Kerana tuhan telah memberikan sekeping lagi kepada seseorang...tetapi kita perlu mencarinya...
itulah CINTA.....


 hidup bukan untuk mencari cinta yang sempurna... 
tetapi hidup untuk menyempurnakan cinta itu...

jom layan lagu ni...