Friday 22 August 2014

Petua: Menghilangkan Parut Di Muka

assalamualaikum

Hari ni aku nak share petua untuk menghilangkan parut-parut degil kat muka. Aku memang menci tengok parut-parut ni yang suka sangat bertenggek kat muka dan tak pandai-pandai nak hilangkan diri. Dengan adanya parut, maka confident level aku akan menurun dengan mendadaknya sehinggakan aku jadi malu nak berhadapan dengan masyarakat luar sana. Cukup la mukadimah aku untuk post  kali ini. Lets check it out the tips.
  1. Kisar timun dan tapiskan airnya. tampalkan hampas timun pada muka. biarkan setenegah jam. kemudian cuci bersih muka anda dengan air bersih.
  2. Tumbuk sehelai daun sirih muda. tempekkan pada muka terutama pada bekas bekas jerawat. setelah kering, cuci muka dengan air bersih. amalkan 3 kali seminggu. 
  3. Cuci bersih daun pegaga bersama akarnya sekali. giling hingga lumat. campurkan dengan bedak sejuk dan sedikit air. lumurkan ke bahagian berparut.

Selamat mencuba dan mencantikkan kembali wajah korang. Bagi aku, lebih baik guna barang-barang yang organik macam ni sebab dah terbukti tiada bahan kimia yang kita tak tahu mungkin membawa mudarat di hari kemudian. Malah, barang-barang organik ni lebih murah & jimat.

*Terima kasih sudi membaca.

                                                                  PESANAN PENAJA



Thursday 21 August 2014

MH17

~assalamualaikum~

Seperti yang semua tahu, hari ni merupakan hari berkabung untuk negara Malaysia  sempena tragedi pesawat MH 17. Jadi, marilah kita bersama-sama berdoa dan sedekahkan al-fatihah kepada arwah mangsa. Walaupon kita tiada kena mengena atau saling tidak mengenali mangsa, tetapi sebagai ikatan saudara seISLAM, adalah baik untuk kita sedekahkan al-fatihah untuk arwah. Semoga keluarga mangsa tabah & sabar.

"Sesungguhnya kami milik ALLAH swt dan kepadaNYA kami kembali. Ya ALLAH, aku pasrah kepadaMU atas musibah ini, maka berilah kami pahala dan gantilah dengan yang lebih baik. Amin..



Ingatlah bahawa mati itu pasti tetapi kita yang tak tahu bila dan bagaimana kita akan kembali menghadap DIA yang maha Pencipta. .

Monday 18 August 2014

KERJA AMAL/ QURBAN 2014



~assalamualaikum~


Ok, aku memang tak pandai nak bermukadimah bagai. Apa yang aku nak share ialah tentang macam mana aku nak buat dengan baju aku yang banyak dalam almari. eh, cerita pasal baju pulak? amboi sangat... pernah juga aku terfikir nak buka online shop jual baju-baju yang aku dah tak nak pakai walaupon masih elok. Tapi, ada ke yang nak membeli walaupon dengan harga yang murah? Then, idea tu tergantung setakat tu ja....
Second plan ialah nak bagi je kat orang dengan cara mengiklankan baju-baju dekat blog @ fb tetapi mereka kena bagi alamat, baju apa yang mereka nak dan bayar duit pos. On the spot aku poskan. (kira macam nak bagi free tapi kos pos sendiri yg bayar ) tapi macam biasa  idea tu tergantung-gantung & melayang-layang dalam kepala je. The third plan ialah menderma kepada rumah anak yatim tetapi aku pulak tak reti nak &  tak tahu macam mana prosedur nak menderma baju-baju tu. Baju aku pulak bukannya banyak mana sangat. The fourth is aku nak bagi kat sedara-sedara but the sad thing is, my cousin ni tak nak. 


Hari ni aku buka blog, terkejut aku tengok blog FATIN LIYANA. salute & tabik springg kat fatin liyana & the gang kerana berjaya menyalurkan baju-baju beliau ke arah yang lebih baik. Kalau nak tahu ceritanya, sila ke blog http://honeykoyuki.blogspot.com/2014/08/drop-shop-at-fl-carboot-sale-for-gaza.html. So inspired aku baca cerita beliau & aku pon tak terfikir sampai macam tu sekali. Kira macam buat charity work la. Entah bila la aku pon nak melibatkan diri dalam kerja-kerja amal macam tu. May ALLAH swt bless you and your friends always.


Ok, tak nak sedih -sedih sebab tak dapat nak buat charity work yang vogue macam tu. Meh aku nak share satu benda yang korang boleh buat untuk menebus kembali kesedihan korang yang tak dapat mencharitykan diri. Sempena raya Quran yang tak lama lagi kian menghampir ni, korang boleh juga membantu golongan yang memerlukan melalui program qorban sebegini. semoga bermanfaat.


anjuran AQSA SYARIF


klik gambar untuk lebih jelas





~wasalam and thanks for reading~