Monday 26 January 2015

Resepi Apom Polka Dot

~assalamualaikum~

Last Sunday sepupu aku jemput g umah. dia buat majlis hari jadi anak dia. Tapi, dia bagitau lambat. So, malas nak g tesco cari hadiah. Segan la g umah sedara dengan tangan kosong. Kalau g tesco sekali pon, aku tak tau nak beli apa as gift. En pakwe cakap, beli je hadiah patung frozen. Malangnya, anak sepupu aku ni lelaki, takkan nak main patung frozen kott?? Last last aku ambik keputusan untuk buat apom polka dot. boleh makan ramai-ramai. So, aku bagi 1 tupperware apom polka dot untuk majlis hari jadi anak dia. Balance adunan, aku buat untuk family makan. Malangnya, anak buah kesayangan tak sempat makan. dah habis! sedihhh....

sofea: 'cik mah ooo cik mah'.......
aku: 'awat adik?'
sofea: 'cik mah, apom habis dah ka?'
aku: "ala, adik mai lambat.... xpalah, nanti cik buat lain kat adik na... sorry... (sambil cium sofea)

So, meh nak share resepi apom polka dot aku yang sedap dan mudah untuk dibuat.

Bahan-bahan:

2.5 cawan tepung gandum *
1.5 cawan gula halus *
3/4 cawan susu segar *
3 sudu kecik baking powder *
1 sudu kecil ovallette *
3 biji telur
1 sudu esen vanila
pewarna
papercup

Cara-Cara

1. Masukkan semua bahan- bahan yang bertanda * ke dalam mixer. pukul sebati sehingga 5-6 minit.
2. Bahagikan adunan kepada 2 adunan dan masukkan pewarna yang di sukai
3. Pipekan adunan kedalam papercup dan buat dot dot.
4. Kukus adunan hingga masak
5. Siap untuk di makan.

preparation sebelum di pipekan kedalam papercup

proses nak buat dot-dot

apom yang gemuk & gebu.. sedappp

dot dot yang dah berkedot...

#Selamat Hari Jadi Razif & adik#
#Sedihh my motor excident kelmarin#
#Dugaan Tahun baru 2015#

Wednesday 21 January 2015

MATI itu PASTI!

~assalamualaikum~

Bergerun tak dengar tajuk yang kemain tu? Takut tak? Anyway, aku baru je kehilangan insan-insan (bukan kesayangan la) yang tak tau nak cakap macam mana. 2 kehilangan dalam 1 minggu. haruslah terkejut kan! 1st kawan sekolah teknik balik pulau. Namanya Mohamad Jefri dan kami kat sekolah panggil dia JJ. Aku pulak bukan rapat sangat pon dengan dia. cuma school mate omputih kata. Well, aku baru perasan yang dia penah wish selamat hari raya & maaf zahir dan batin kat aku. (motiff sangat nak bagitau korang).So, xda benda pun yang harus di minta maaf sebab aku tak penah pulak gaduh-gaduh @ gaduh manja sekali pon dengan dia. Menurut kawan-kawan yang lain, arwah menghidap barah darah & di masukkan ke icu kangar & menghembuskan nafas yang terakhir di sana. Berita ini sangat mengejutkan aku & kawan-kawan yang lain sebab dia sebelum ni sihat walafiat. Tapi, ajal tak mengenal sakit atau sihat kerana Mati itu pasti!!! Semoga Allah merahmati , dan mencucuri rahmat ke atas roh kau jeff! Ya Allah, Engkau ampunkan segala dosa-dosa kawanku ini, Engkau jauhkanlah azab siksa kuburnya. Amin... Al-Fatihah!


Ahad lalu adik lelaki aku tetiba kalut mintak kunci motor sebab nak pi tengok kawan dia yang kemalangan di hujung batu ( jalan nak masuk ke telok bahang). Kemalangan yang agak teruk jugak. Motor berlanggar motor. Kawan adik aku nama dia Hafis akhirnya menghembus nafas terakhir di tempat kejadian. Sedih sangat. aku rasa baru ja tengok dia depan umah salalu datang mai panggil adik ajak keluar dan aku akan sahut "emy tak da" "emy mandi"  walaupun kekadang emy (adik aku) ada ja kat umah, Cuma saja mengusik kawan-kawan dia. Kalau tak silap, last kami melawak-lawak pon sebab dia saja datang kedai mak aku makan laksa & bercerita adik aku bawak girlfriend pi ronda tengok wayang, bla, bla, bla.. Aku pulak masa tu layan ja dia & kawan- kawan dia yang lain. Kesian adik aku yang terasa sangat kehilangan kawan dia. dah takda sapa lagi yang suka mengusik! Semoga roh adik tenang di sana.. Al-Fatihah..


 Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ” Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (HR Muslim).


Wednesday 14 January 2015

semangat yang hilang~

~assalamualaikum~


Pagi tadi bangun tido tengok longgokan tisu di tepi bantal. Aik, bila masa aku menangis ni? Lepas mandi, dengan tak semena-mena air mata laju ja turun. La, menangis lagi? Then, SMS masuk, "imah, satg mai hantar adam p sekolah". Pup, terus laju capai tudung & iron laju-laju. Then, SMS masuk lagi, "xpalah, aku dah hantar adam". So, menangis lagi.

Sejak anak-anak buah tak datang rumah, aku rasa semangat dah tak ada. Sampaikan rasa malas nak balik rumah. Rindu! Sunyi! Bila balik rumah, bukan lagi anak-anak yang sambut, tapi si kucing comot yang datang miau, miau mintak makanan. Sedih habaq hg. Rindu kat pakwe pon tak da sampai macam ni!

Semalam demam (demam rindu mungkin), sakit tekak and badan panas. Sampai rumah, si comot datang miau. aku dukung comot, "comot, awat depa tak mai dah" Menangis pulak dekat comot. Si comot pon "miau, miau, miau" mungkin dia respon "kesian kat hang".  Lepas magrib, telan panadol 2 bijik, then terlelap sat. Sebelum tu, sempat telinga ni tangkap perbualan mak dengan adik.

"ina, satg mai tolong mama sat. kakak hang demam tu" laung si mama
"aik, tadi tengok elok ja baca buku (catatan matlutfi) sambil gelak-gelak" balas si adik.



Then, mungkin si adik nakkan kepastian, terus dia mai check dahi aku. (aku pon buat-buat tido ayam). Lepas dah tido setengah jam macam tu, terus aku rasa badan dah ok, cuma selsema pulak. So, bangun, makan, tengok tv, tolong mama sat n sambung baca buku catatan mat lutfi, & sms orang nilai. Tapi, orang nilai tu sibuk dengan kawan-kawan. Masa dia call aku malas & tak larat nak jawab sebab tak mau dia perasan yang aku tak sihat (nanti kantoi la dengar bunyi selsema ni). But still he didn't realize pon! Then, sebab tak larat dengar bunyi tepon banyak kali & si abang marah-marah tak reti jawab fon, aku pon gagahkan jugak jawab. Sudahnya, malam tu tertido dalam menangis sebab teringat anak-anak, si comot pon tetiba menghilang & si dia yang kurang memahami.

lebih kurang macam ni la muka comot bila aku mengadu kat dia. (tapi comot putih)


#mungkin Tuhan takdirkan kita berjumpa kali kedua untuk awak belajar 'something' dari saya & bukan untuk bersama saya selamanya#
#bulan depan awak g umrah, awak doakan awak dapat jodoh yang baik-baik eh, yang jauh lebih baik dari saya yg complicated ni.janji tau!#
#walaupun aku rindu anak-anak, tapi aku seronok sebab anak-anak dah happy duduk rumah dengan limpahan kasih sayang si abah (my brother) & si mama (ex-kakak ipar)#
#kehilangan sementara orang tersayang buatkan aku sedar bahawa tiada yang kekal dalam dunia ni melainkan DIA#



Friday 9 January 2015

Resepi Brownies to Cupcake Nutella

~assalamualaikum~

Hari ni rajin nak update pasal resepi pulak, walaupon resepi ni sebenarnya dah buat last 2 week kott. ok, dah lupa! Resepi ni aku copy paste dari blog cik epal DISINI.. Mood rajin nak membaking ni pon sebab anak-anak buah kesayangan beta ada kat umah & diorang suka makan. So, kalau ada orang suka makan, kena la ada orang yang suka masak. Baru balance!

Here is the recipe, but this is not secret recipe:

1. Sediakan bahan bahan seperti di bawah ni.
    1 Biji telur
    1/2 cawan nutella
    5 sudu besar tepung serba guna



2. Cara-caranya:
     1. Masukkan telur & nutella dalam mixer. sila abaikan comot-comot nutella di tepi.


 
     2. Pukul sampai lunyai macam ni! dan masukkan tepung & pukul lagi sampai sebati adunan tersebut.



    3. Panaskan oven & susun cupcake paper dalam loyang. masukkan adunan dalm cupcake paper      dan bakar sampai hangus! (ok, tipu) bakar sampai masaklah. kalau dah hangus masuk tong sampah  jawabnya!.


      4. Dah siap bakar, hias cupcake brownies dengan nutella balance dan aku bubuh manik-manik colourful bagi menarik sikit. kan anak-anak buah kesayangan beta nak makan,



# Thanks for reading guys#
# Please try if you dare enough#
#I want to apologize to anybody who feel offence with me. I'm really sorry for being that heartless women. Honestly!#

Thursday 8 January 2015

Salam Jumaat

assalamualaikum!











tazkirah di pagi jumaat
~kekadang tak semua orang sukakan kita, tak semua orang ikhlas dengan kita, tak semua orang faham dengan kita~
~sayang diri sendiri dulu baru sayang orang lain~
~have a mercy & Allah swt bless~
~Allah itu dekat, pohonlah kepadaNYA : Ya Haiyyu, Ya Qaiyyum, dengan rahmatMU daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupon sekelip mata. 

Monday 5 January 2015

Contoh Simple Resign Letter

~assalamualaikum~


Ini dah masuk orang ke tiga minta tolong buatkan surat berhenti kerja. 1st abg no2 yang sekarang dah selamat & seronok bekerja di tempat baru Hotel Golden Sand & my lil sister pon dah berhenti dan sekarang kerja di Hotel Holiday Inn. The last one is kawan baik abang no 2. Now, I nak share contoh resign letter yang sangat simple & senang faham. 



AHMAD BIN MOHAMED YUSOFF
(123456-07-1234)
456, MUKIM 2,
TELOK BAHANG, 11050
PULAU PINANG
_____________________________________________________________

HUMAN RESOURCE MANAGER
PARADISE SANDY BEACH HOTEL               
PULAU PINANG                                                               5TH January 2015                                                                                                                                                                                                                                                                

RE: RESIGNATION LETTER

With reference to the above matter, I would like to tender my resignation letter with effective date on
_____________.


I would like to thank to the management and all the staff here for the wonderful working environment and all the support during my service in Paradise Sandy Beach Hotel.


Thank you.




Regards




(AHMAD BIN MOHAMED YUSOFF)
Recreation Assistant


#thanks for reading guys#