Sunday 27 May 2012

my weekend

~assalamualaikum~
weekend datang lagi.. yahoo, dh lama x keluar g berjimba-jimba..
so, this weekend dh plan nk g hiking plus joging dengan adik, sepupu dan kawan sek..
tapi bila dah sampai hari ahad yang di janjikan, semua xnak g plak..
adoii, spoil mood~
last2, pagi2 dah bawak anak buah aka sofea g market beli barang nak masak...
masak popia goreng ja..

sapa reti masak popia?? meh nak share resepi popia goreng ala2 azimah aziz...
bahan-bahan:
taugeh ( ikut suka nak buh banyak mana)
daun kucai ( beli dalam 50 sen)
udang ( boleh guna udang segar @ udang kering)
kulit popia 1 peket
garam
ajinamoto
tepung gandum (sebagai pelekat kulit popia)

cara-cara;
panaskan kuali... masukkan minyak masak sikit
tumiskan semua sayur2 tadi ( taugeh + daun kucai) dan jugak udang..
masukkan sikit ja air dan kacau bahan-bahan tadi... masukkan juga garam dan ajinamoto..
bila agak2 bahan-bahan dah masak, padamkan api dan masukkan bahan-bahan tadi ke dalam mangkuk dan asingkan letak sebelah..( bahan A)
ok, ambik tepung gandum, masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk yang berisi air sikit, kacau bancuhan tepung dan air.. (bahan B)
sekarang, ambik sekeping kulit popia dan letakkan di atas pinggan besar yang rata...
selepas itu, cedukkan sikit bahan2 yang telah di masak tadi iaitu bahan A ke atas kulit popia..
lipat kulit popia dengan bahan-bahan tadi dan gunakan bancuhan tepung + air tadi sebagai pelekat kulit popia supaya kulit popia tidak terbuka...
ulang langkah lipatan kulit popia dengan bahan-bahan tadi sehingga habis..
akhir sekali, panaskan kuali yang berisi minyak masak dan goreng popia yang telah di lipat..
hidangkan popia tadi bersama sos...

hasilnya: popia gorengku


selamat mencuba~



Sunday 20 May 2012

aku dan susu

~assalamualaikum~
ni nak cerita pasal susu.. sapa suka minum susu?? sedapp ke susu??
adoii, minuman paling nak dielakkan sekali ialah susu..
seriusly, azie x suka susu..
mungkin sebab masa kecik2 dulu, putus minum susu badan mama awal. so sampai sekarang fobia susu..
sejak berpraktikal ni, azie cepat letih.. balik pukul 5 petang dan malam dalam pukul 9 lebih @ 10 mlm dah ghaib tido..
so, lepas tu tiap ari selalu tengok adik minum susu dan agak terpengaruh sikit la dengan iklan susu anleane kat tv.. last2 g tesco, cari jugak susu tapi bukan susu yang warna putih tapi susu macam ni ja

ni la susu perisa coklat yg x berkesempatan nak minum

yess, oleh sebab x suka susu tapi cari susu yang ada perisa coklat.. hahaha
tapi, bila sampai rumah kena marah sebab susu yang ada tak habis minum tapi beli baru pulak..
last2 mama bancuh jugak susu untuk azie tapi bukan susu coklat.. kuang3..
terpaksa la minum dengan hati yang tak rela.. maaaaaaaa
#harap2 lepas minum susu hari2 badan dah tak letih dan boleh tido lewat sikit.. #

jiwang lagi~


Berikan ku peluang terakhir sekali lagi
Untuk membukti kasih sejujurnya di hati
Maafkan seandainya cintaku tidak sempurna
Kaulah insan pertama berpacaran dengan ku
Dan bersama ku mahu masa depan yang kukuh
Maafkan seandainya ku masih amatur cinta
Luahkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik
Bukan dengan sengaja tidak cukup prihatin
Ku harap kau bersabar dan rasa lebih yakin
Maafkan seandainya masih amatur cinta
Luahkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik
Maafkan seandainya masih amatur cinta
Luahkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta oo pencinta terbaik



Friday 18 May 2012

Gelagat family golden sand

~assalamulaikum~
wah2 dah lama x update belog.. maklum la sekarang dah jadi wanita bekerjaya..
walaupon hanya kerjaya practical student.. hahaha
sangat la sibuk, balik umah dah penat dan tak ada masa nak belek2 belog ni..
alolo, siannya... ari ni, walaupon dah berazam nk tido awal tapi nak jgak update 1 entri...
ok, kat tempat praktikal azie ada close family.. abg no 3, sepupu aka abg junaidi, mak sedara aka mak tam..
walaupon dh 2 minggu pijak lantai dan mhirup air cond free kat golden sand, azie x penah lagi jumpa abg & mak sedara.. tapi sepupu aka abg junaidi memang selalu jumpa sebab dia rajin masuk ofis comel azie.. ( bajet kunun2 ofis sendiri plak)..
abg junaidi ni memang jenis peramah and mostly ramai jgak staff kenal dia.. termasuklah jgak staff kat HR department.. nak di jadikan cerita, 1st time dia masuk ofis azie, dia cakap dengan HR officer kat situ @ kak som.. "kak som, ni sepupu saya (tangan menunjuk ke arah azie) jangan wat leceh dengan dia kak som"
macam tu la ayat abg junaidi memberi peringatan utk kak som supaya jaga azie elok2 & jangan buat masalah kat azie.. ( dalam hati dah kembang2) haha.. caringnya sepupu-ku sorg ni..
kak som gelak2 je bila abg junaidi cakap macam tu sebab dia dah tahu abg junaidi ni memang suka menyakat.. kak som pon menambah " kalau wat leceh jugak, awat?".. abg junaidi hanya gelak ja.. hahahaha.. nasib baik x gelak guling2..


part 2
kali ni pasal manager HR kesayangan azie plak..
nama dia mr wong, org cina dari sarawak( dah nama pon wong, mesti la cina)... hahaha
seriusly azie tabik dengan mr wong ni..sebab dia sangat la menjaga staff bawahan.
yang tak boleh blah, mr wong panggil azie ADIK.. adoii, segan siutt...
kalau dia lalu kat meja azie dia mesti tanya, " adik, adik ok ka? ada masalah ka?"
wah2, kalah abg sendiri.. boleh buat abg angkat la.. untung2 dapat ikut balik sarawak.. (dasar suka berjalan)
mr wong ni sangat peramah dan suka buat joke.. lagi-lagi kalau ada kak som, memang meriah la ofis..
kelmarin miss lee aka HR director cakap ari ni semua xyah makan kat staff cafe, kita keluar makan ramai2 kat luar.. nasib baik miss fiona @ training manager bawak keta besar, so muat la staff HR 6 org..
sebenarnya lunch kali ni big boss nak belanja tapi mr wong jadi hero menggantikan miss lee..
mungkin sebab ari ni dia nak balik kampung @sarawak, so dia yang belanja..
kenyang makan free mr wong belanja.. miss lee cakap, tunggu mr wong penang kita keluar makan lagi nak celebrate mr wong balik.. hahhaha...
macam2 la gelagat diorg ni.. sebelum nak g makan, miss lee dah cakap " azimah, you have to adopt our culture, we always like this"
means, diorg memang jenis gila2.. terbaikkk la.. azie memang suka macam tu, kalau tak, stress ja keja & tak best plak keja dengan environment yang kaku..

*entri akan bersambung bila free lagi*
thanks for reading
I LOVE GOLDEN SAND FAMILY <3 <3 <3

Wednesday 2 May 2012

tabiat turun temurun

~assalamualaikum~
hye3... jom kongsi tabiat korg yg jadi turun temurun..
cth, tabiat suka gigit kuku, isap ibu jari kaki ke ( ade ke?? ), ect..
mcm azie dari kecik suka usung @ bawak bantal busuk..
walaupon bantal busuk tu sebesar2 bantal yg ada, mmg pegi mana akan bawak.. hhahaha
kalau xda la bantal tu memang x senang duduk la..
bila teringat mama cerita yang masa tu azie baru umur 3 thn kot, arwah abah bwk jalan naik mtr, tapi bantal busuk pon kena bawak sekali, dah la besar bantal busuk azie time tu.. memang sabar banyak la abah layan anak perempuan dia sorg ni.. hahaha.. thanks abah~
bukan tu je, tapi lagi teruk azie suka gigit hujung bantal..
bajet hisap susu ducth lady coklat plak.. padahal, xda rasa apa pon.. kuang3..
bila dh besar, habit tu still xleh buang..
tp yg gigit2 hujung bantal dh xda la.. tp buat habit baru.. suka menangis2 kat bantal.. hahaha

byk kenangan dgn bantal busuk ni.. :p

tabiat ber-bantal busuk ni turun @ berjangkit kat anak buah yg hensem... adam..
blh plak berjangkit2 eh?? hahaha...
tp seriusly, mmg betul berjangkit... tergelak azie tgk adam.. lagi terok dari mak cik dia...
lagi besar, lagi busuk.. hahahha... mmg gelak guling3...
dh tu fotostat sebijik macam azie, ala yg suka gigit hujung bantal..
bila tgk adam dgn bantal busuk dia, memang terkenang diri sendiri..
macam mana la azie masa kecik dulu?? nasib baik anak perempuan..
tp adam lelaki, hilang darjah kehenseman dia bila bawak bantal busuk.. adoiii...
kalau dtg umah kdg2 dia akan bawak bantal busuk dia, so azie akan usik la.. buat2 sembunyi kejap bantal dia, bila dia sedar bantal turun temurun dia dh xda mula mcm org hilang anak.. hahhaha..
menangis 1 rumah.. adoii, nasib baik la turun tabiat bantal busuk ni..
kalau turun @ ikut perangai mak cik dia yg suka berjalan ni, memang botak la abang azie~

adam hensem



Tuesday 1 May 2012

manusia makluk ciptaanNYA yg unik

~assalamualaikum~
sapa manusia kat sini?? sila angkat kaki... hahhaha
manusia?? sapa manusia??

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. [13] Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. [14] Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.. ( AL MUKMINUN 12)..







bila bercakap mengenai manusia, manusia ni sebenarnya makluk yang paling unik dan sebaik-baik makluk ciptaanNYA.. manusia dianugerahkan dengan akal untuk berfikir tetapi haiwan, tumbuhan x diberikan akal..
so, gunakan anugerah berharga yang ALLAH bagi dengan sebaiknya...
manusia yang di ciptakan ALLAH juga berbeza-beza.. tarikh lahir kita sendiri pon berbeza..
walaupon sama hari, tetapi minit & saat tetap berbeza.. even kembar pon ada yang beza...
ALLAH maha besar...
kesimpulannya semua ciptaanNYA adalah berbeza & xda 1 pon yg sama...
bila wujudnya variasi, kita sebagai manusia kena terapkan nilai2 murni cthnya tolak ansur, hormat menghormati, dan lain2...
contohnya bila berhadapan dengan orang yg lbh tua, kita kena salam.. sbg tanda kita hormat walaupon sebenarnya peribadi kita tak brapa baik.. tapi, ini tak bermakna kita hipokrit!!!
macam tu jgak bila bergaul dengan kawan2...
lagi2 kawan baik.. sebab kita dah kenal dia lama, jadi kita dah masak dengan perangai dia..
contohnya, kwn kita seorg yg panas baran, suka marah.. klau nak nasihat orang mcm ni, kita kena guna psikologi @ cara yang lembut.. baru dia boleh terima nasihat
bkn dengan marah2, mmg x la dia nak dengar.. last, ada jgak yg mkn penampar.. hahaha...
kadang2 bila berhadapan dengan manusia spesis mcm tu kita banyak kena bersabar, tolak ansur..
baru la blh hidup dengan aman.. peace yooo...
tapi ni tak bermaksud kita hipokrit.. cuma x nak bergadoh.. wat pe nak gado2?? xda pekdah pon!!!
mcm tu jgak dengan org lain, dia dh tahu kita perangai mcm sekian2, so dia kena la bijak dengan treat kita sekian2.. hahha...
tengok cth mcm ni.. manusia ni ada 4 unsur iaitu tanah, api, angin, air...
kalau A api, kita x boleh treat dia dgn jd api.. tapi jadilah air atau tanah..
kalau api + api = terbakar.. hahhaha...
so, conclusion, use our brain to treat people not emotion...
emotion will burn you~