Friday 26 September 2014

exclusive: BAHAYA KULIT KAYU MANIS

~assalamualaikum~

Hai korang! hari ni aku nak share tentang petua orang tua-tua mengenai kulit kayu manis. Rasanya mesti ramai pernah baca @ terdengar @ bergosip pasal cara untuk hilangkan parut-parut degil yang susah nak hilang. especially di muka! Ok, sebenarnya aku adalah TERbaca satu buku ni. Nak tahu buku apa?



Buku PETUA! belek punya belek, sekali tertengok satu petua untuk menghilangkan parut di muka.



Apa lagi, dengan excitednya terus rasa nak cuba dengan harapan dapat la muka secantik artis Nur Fathia. ahahhaha.. Tetapi, malang sekali sebab kat dapur memang takda kulit kayu manis! Sigh. Malam tu tidur pon tak lena sebab memikirkan kat mana nak cari serbuk kulit kayu manis ni. (ok, yg ni aku tipu, sbb nak panjangkn entri). Tak da sampai tidur tak lena! Tidur tetap tidur walaupon sekarang aku dah reduce waktu tidur cuma 7 jam, Kurang sejam kau! Aku ni sejak azali lagi tidur memang kena cukupkan 8 jam, kalau tak memang sawan la esok pagi (yg sawan tu aku tipu)

Memandangkan sekarang aku dah keja area town, so balik kerja boleh la nak singgah shopping complex. Then, aku pon menyimpangkan laluan motor aku ke Tesco Tanjung Pinang semata-mata untuk mencari serbuk kulit kayu manis. ahhaha. Nampak tak betapa aku excitednya aku? aku ni kalau dah datang penyakit excited, memang tak boleh nak tunggu-tunggu dah.

ok, sekarang dah dapat beli serbuk kulit kayu manis. malam tu, terus masuk bilik siap kunci pintu lagi sebab nak test petua. nasib turut menyebelahi aku bila abang tak hantar anak dia kat umah. so, lone ranger la tanpa anak-anak di sisi (pembetulan: bukan anak sendiri tetapi abg aku). sekali lagi pembetulan: bukan lone ranger sangat sebab mak, adik & abang masih ada kat umah cuma tak ada di sisi macam selalu si nonet suka buat iaitu berkepit dengan mak cik dia dan mak cik dia pon suka kepit dia!

Maaf, cerita asal telah jauh menyimpang. Back to the topic again. Setelah mencuba petua tersebut setakat 3 HARI, terus muka aku bertukar menjadi tompok-tompok merah. Tompok-tompok tersebut terbentuk sebab aku cuma calit serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan air di bahagian berparut. Memandangkan muka aku berparut kecil di pipi 3 biji, di dagu 1 biji dan di tepi hidung 1 bijik, maka terjadilah 5 bijik tompok di muka. Kemudian, aku pon sedih & menangis tengok muka yang bertukar jadi macam tu! Tambah sedih lagi apabila aku kena marah dengan mak, abang, adik, saudara-saudari cikebum-cikebum. huhuhu.....

si klik utk lihat tompok2 di mukaku


Lepas kena marah, aku pon terus buang serbuk kulit kayu manis tersebut Mak suruh bubuh lidah buaya. and now the lidah buaya become my new buayafriend & i was so happy! Happy sebab kesan tompok - tompok tersebut semakin berkurangan. Harapan aku biarla terus hilang dari muka aku. I hate u tompok!!!

So, moral of the story: jangan la sebarang-sebarang amalkan petua yang kita tak tahu kemujarabannya. Sebaiknya, bertanyalah kepada yang pakar atau mak-mak kita. Kadang-kadang petua tersebut bagus untuk di amalkan tetapi mungkin badan & kulit kita yang kurang sesuai menyebabkan keradangan kulit. (contohnya: kulit-kulit muka aku dah meradang, itu yg jadi tompok-tompok).

Untuk lebih info, boleh rajinkan baca di sini: http://ckuntum.blogspot.com/2014/07/menghadapi-dan-cara-merawat-muka-yang.html dan di sini jugak ye kawan-kawan.http://www.vemale.com/topik/tanaman-obat/42002-inilah-efek-samping-kayu-manis.html

Last but not least, terima kasih banyak-banyak kepada yang concern pasal diri aku especially bila si tompok mula bertenggek di muka. sampaikan mamak kedai pak din pon boleh perasan perubahan mukaku yg sangat obvious tu. TQ la mamak. Lupa, TQ jugak kat mamak roti canai & kedai makan yg selalu senyum2 bila aku datang kedai. TQ lagi untuk mak aku yg selalu marah-marah, marah tu tanda sayang. Me heart you mama!!!


Nah, ni hadiah untuk korang sebab sudi baca entri aku yg panjang lebar & agak merapu sikit. I salute you all.

tabikk spring!!!





No comments:

Post a Comment

Komen yang baik-baik je yew.
Terima kasih sudi komen.. ^_^