Friday 31 October 2014

KERANA RM25

~assalamualaikum~

Walaupon aku malas & agak sibuk dengan kerja umah & kerja di tempat kerja, tetapi aku nak juga update at least 1 bulan 1 entri. and kali ni entry ala-ala nasihat sikit. kan nak jadi baik? hehhehe

Ok, aku nak share satu story ni. Sebenarnya kejadian ni berlaku 2 minggu lepas. Satu hari tu, aku g beli lunch kat kedai mamak ni, then masa nak balik lunch tu aku pon nk start enjin motor & cabut la balik ofis. Nak jadikan cerita, masa aku nk start motor, ada la sorang hamba ALLAH ni datang tegur aku. Dia bagitau dia tengah ada masalah : sekarang ayah dia sakit kat hospital n motor dia rosak. Dia pulak memang ondaway nak gi tengok ayah dia sakit kat hospital & tetiba motor rosak. So, dia tengah tak cukup duit lagi RM25. So, dia mintak la pinjam kat aku & janji akan ganti balik. Dia pon beria-ia tanya kat mana tempat kerja aku supaya senang dia nak pulangkan balik duit yang di pinjam dari aku. Then aku pon bagi la RM10 sebab dalam walet ada RM15 & RM5 aku nak isi minyak motor. Aku bagitau kat pak cik tu nah RM10 ni, saya ikhlas sedekah kat pak cik. Tak payah la nak ganti-ganti pulak. Saya ikhlas ni, tapi saya mintak maaf sebab tak dapat nak bagi RM25. Semoga cepat sembuh ayah pak cik tu. Then, aku mintak diri & cabut balik ofis.

Pada keesokkannya, ofismate aku ni india & on that time esoknya raya deepavali. oleh disebabkan aku lately rajin tolong dia wat paperwork & siapkan dokumen tender dia, so dia bagi DUIT RAYA RM50 kat aku. ahahhaha.. happpyy!!!

So, moral of the story here, walaupon kita susah tapi niat kita ikhlas nak tolong orang semampu kita, ALLAH akan gantikan kebaikan kita dengan kebaikan juga. Jadi, jangan kedekut untuk berbuat baik dengan semua orang tak kira apa bangsa sekali pon.


gambar hiasan