Saturday 23 November 2013

HR Case : ABSCONDED

~Assalamualaikum

kali ini aku nak kongsi ilmu berkaitan dengan Human Resource a.k.a sumber manusia. semoga ilmu ini bermanfaat untuk korang.

#sekiranya seseorang pekerja tidak hadir kerja selama 2 hari atau lebih tanpa memberitahu pihak majikan dan tidak mempunyai alasan yang munasabah, pekerja tersebut di anggap sebagai telah melanggar kontrak perkhidmatannya sepertimana yang termaktub di dalam akta pekerja 1955.
section 15 (2) if the he absent more than 48 hours without prior permission, he better have a "reasonable excuse" for it. And not only that, he better make sure that he has attempted to inform his employer of those "reasonable excuse" prior to or at the earliest opportunity during such absence

 (a) - apabila perkerja telah absconded @ breach his contract of service, pihak majikan berhak menuntut bayaran ganti notis kepada pekerja tersebut dengan menghantar surat permintaan atau di panggil "letter of demand" kepada pekerja tersebut. sebaiknya, surat itu perlu di hantar dengan menggunakan A.R Register dan menyimpan bukti penghantaran surat itu di dalam fail pekerja yang absconded. Ini penting bagi majikan jika ingin menuntut haknya di Pejabat Buruh nanti. Selalunya, pekerja yang dapat surat permintaan tersebut tidak akan membuat bayaran balik ganti notis. Tetapi, apabila majikan menfailkan kes ini di pejabat buruh, pekerja tiada pilihan lain melainkan membayar kepada majikan wang ganti notis. Kepada pekerja di luar sana, please don't absconded!! (ini jika pekerja memang tak datang kerja terus selepas 3 hari berturut-turut)

#jika pekerja tidak hadir selama 2 hari berturut-turut dan hadir pada hari ketiga:
majikan perlulah tidak membenarkan pekerja untuk kembali ke tempat kerjanya. Majikan wajib membuat absent interview dengan pekerja tersebut dan mencatatkan butir-butir perbualan semasa interview di jalankan di dalam kertas A4 dan di akhir interview, kedua-dua pihak perlu menandatangani di setiap muka surat interview yang di catatkan. setelah meng-interview pekerja, majikan perlu menimbangkan reason of absent pekerja tersebut. Jika reason itu munasabah, pekerja boleh kembali bekerja seperti biasa. Jika TIDAK, pekerja tersebut di kehendaki untuk balik ke rumah dan menunggu surat permintaan (letter of demand)  dari majikan dan pekerja itu di kira telah ABSCONDED.

2 bulan lepas aku penah mewakilkan majikan aku untuk menuntut hak di pejabat buruh. aku pon bawak la fail-fail pekerja yang pernah absconded. menurut pegawai di sana, dalam masa sebulan hanya 2 kes sahaja boleh di laporkan. Dalam proses di pejabat buruh pula, pegawai akan menghantar surat kepada majikan untuk berjumpa di pejabat buruh sekian sekian tarikh dan pada masa yang sama turut menghantar surat kepada pekerja yang di adu kes absconded oleh majikan untuk sama berjumpa. Bila majikan dan pekerja telah berjumpa di hadapan pegawai pejabat buruh, penyelesaian akan dibuat. di mana, pekerja perlu membayar ganti notis kepada majikan. di akhir penyelesaian, majikan dan pekerja akan menandatangani MoU.

#Sekian, wasalam#



4 comments:

  1. Assalamualaikum saya nak bertanya pekerja dpt absconded dpt gaji tak??

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum saya nak bertanya pekerja dpt absconded dpt gaji tak??

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum saya n ak bertanya, pekerja yang dapat absconded dapat gaji tak?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum saya n ak bertanya, pekerja yang dapat absconded dapat gaji tak?

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik je yew.
Terima kasih sudi komen.. ^_^