Sunday 5 January 2014

Resepi : Red Velvet Cake

~assalamualaikum~

sebenarnya dah lama aku dok usha google kek red velvet ni.. nampak mcm sedap dan menarik. so, aku pon menrajinkan diri yang tak berapa rajin ni untuk membaking kek red velvet.. dah bermacam website aku melawat untuk cari resepi, but at last aku give up nak try sebab last year raya aku try buat kek marble tapi tak jadi. sedih! rasa macam membazir ja tepung, telur & bahan2 lain yang dah selamat masuk tong sampah tu.. then, aku decide nak beli tepung kek yang dah siap. ahahha.. aku cuma kena ikut ja resepi kat paket tepung kek tu. contohnya pukul tepung kek tu bersama 5 biji telur, esen vanila sikit, butter dan terus bakar. siap untuk dimakan! senang kan? dah confirm2 kek tu sedap dan menjadi (yelah, dah beli tepung kek segera) pluas murah pulak.

bahan:
tepung kek red velvet (aku beli siap dengan harga RM8.00)
minyak masak 100ml (aku guna olive oil)
air 195ml
*krim cheese 250g
* 1/2 cawan whipping cream
* 1/2 gula kastor
ni la tepung kek segera


bila dah siap pukul tepung kek dengan minyak dan air, bakar adunan tersebut. sementara nak tunggu kek siap, boleh la prepare bahan untuk decorate. pukul bahan-bahan tertanda *. apabila kek dah siap, sejukkan dulu dan potong di bahagian tengah untuk diisi dengan creame cheese yang siap di pukul tadi.

kek yang siap di decorate. (tangan si kecik sofea yg sibuk mencelah)
untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap, simpan kek semalaman di dalam peti sejuk. esok, baru boleh rasa nikmat kek red velvet ni. serius sedapp..

kek red velvet lepas di potong. nyum!

kat mana nak beli tepung kek ni? masa aku praktikal dulu, aku memang baik dengan chef2 especially pastry chef. bila ada masa lapang @ kerja dah habis, aku akan buat2 nak hantar duty roster kat department pastry kitchen. masa tu la aku skodeng chef buat kek dan merisik tempat2 nak dapatkan barang2 buat kek. sesiapa yang tinggal area penang, kedai bahan kek yang murah & menjual pelbagai jenis bahan2 ialah kedai bonjour ( terletak di pulau tikus iaitu berhadapan maybank) dan Home Bakery Ingredient (terletak di sebelah kedai kek Maxim Tanjung Bungah).

#selamat mencuba#



1 comment:

  1. assalamualaikum, nak tanya.. kalo minyak tu kita tukar dengan margerin or butter blh ke

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik je yew.
Terima kasih sudi komen.. ^_^