Monday 17 March 2014

Resepi: Garlic Bread & Mushroom Soup

~Assalamualaikum~

Hai semua. hari ni saya nak share resepi yang paling senang di dunia! iaitu roti bawang putih dengan sup cendawan. resepi ni boleh di sediakan untuk menjamu encik somi @ anak2, @ sesiapa sahaja ketika sarapan pagi. Sangat senang dan cepat. Almaklumlah, wanita bekerja sekarang semua nak cepat dan ringkas dan juga sedapp!

Bahan-bahan:
1. roti tak tau nama. tapi beli kat tesco yang panjang tu.
2. bawang putih (kuantiti ikut suka) tapi saya letak 3 biji ja
3. sup cendawan dalam tin cap campbell.
4. mentega

cara-cara:
1. Tumbuk bawang putih @ blend ja.



2. Campurkan bawang putih tadi dengan mentega dan salutkan roti yang telah dipotong dengan campuran mentega bawang putih.



3. Bakarkan roti tadi di atas non-stick pan. Lepas dah bakar, asingkan kejap roti.

4. Panaskan periuk. Masukkan sup cendawan campbell dan air 1 cawan.



5. Biarkan ia mendidih dan tutup api.

6. Hidangkan roti bawang putih anda bersama sup cendawan. Roti ni sedap dimakan apabila anda mencicah bersama sup cendawan tersebut.

garlic bread & mushroom soup saya.

# SELAMAT MENCUBA#
~Lets pray for the safety of passanger MH370. Please come back!!!~


No comments:

Post a Comment

Komen yang baik-baik je yew.
Terima kasih sudi komen.. ^_^