Monday 17 March 2014

Resepi: Garlic Bread & Mushroom Soup

~Assalamualaikum~

Hai semua. hari ni saya nak share resepi yang paling senang di dunia! iaitu roti bawang putih dengan sup cendawan. resepi ni boleh di sediakan untuk menjamu encik somi @ anak2, @ sesiapa sahaja ketika sarapan pagi. Sangat senang dan cepat. Almaklumlah, wanita bekerja sekarang semua nak cepat dan ringkas dan juga sedapp!

Bahan-bahan:
1. roti tak tau nama. tapi beli kat tesco yang panjang tu.
2. bawang putih (kuantiti ikut suka) tapi saya letak 3 biji ja
3. sup cendawan dalam tin cap campbell.
4. mentega

cara-cara:
1. Tumbuk bawang putih @ blend ja.



2. Campurkan bawang putih tadi dengan mentega dan salutkan roti yang telah dipotong dengan campuran mentega bawang putih.



3. Bakarkan roti tadi di atas non-stick pan. Lepas dah bakar, asingkan kejap roti.

4. Panaskan periuk. Masukkan sup cendawan campbell dan air 1 cawan.



5. Biarkan ia mendidih dan tutup api.

6. Hidangkan roti bawang putih anda bersama sup cendawan. Roti ni sedap dimakan apabila anda mencicah bersama sup cendawan tersebut.

garlic bread & mushroom soup saya.

# SELAMAT MENCUBA#
~Lets pray for the safety of passanger MH370. Please come back!!!~


Sunday 16 March 2014

Disebalik Tanggal 15.3...

~assalamualaikum~

sapa tahu apa jadi pada tarikh 15.3?? of course la tuan belog ni punya besday! terima kasih banyak-banyak kepada yang wish besday tak kira di FB @ msj.. kita terharu tau sampai nak nangis cuma tak terkeluar ja air mata ni... tak lupa jugak untuk family yang sambut besday kita yang dah besar ni.. walaupon besday kek kita yang buat sendiri.. (dah besar punya pasal, kek kena buat sendiri T_ T).. nanti kita bagi resepi kek besday kita ok? cantik & sedapp tau.. opss, terpuji diri sendiri pulak.

Selain itu, pada tarikh ni juga lah doa rakyat jelata tanah melayu telah dimakbulkan ALLAH swt.. alhamdulillah, bumi telah basah dengan hujan rahmat ALLAH.. hampir 3 bulan (kalau tak silap) hujan tak turun-turun hingga sesetengah kawasan mengalami kekurangan air & terpaksa di catu air. Alhamdulillah penang tak kena catu air. (that why i susah nak tinggalkan penang ni) kuikuikui

Malah, misteri kehilangan kapal terbang MH370 akhir terungai sedikit demi sedikit apabila pegawai Amerika Syarikat berkata beliau tidak menolak kemungkinan pesawat MH370 diterbangkan ke satu kawasan tempat rahsia supaya ia boleh digunakansemula kemudian hari. Agensi berita AP turut melaporkan pesawat MH370 dirampas oleh seseorang yang berpengalaman dalam bidang penerbangan. Sekian berita dipetik dari Metro Ahad.

kita tak sebar berita palsu. sumber: Metro Ahad
Pada 15.3 jugak la kita kena ceramah free dari paksu kita yang baru sampai dari Ipoh. Oleh di sebabkan esok mak tam buat kenduri doa selamat, maka paksusekeluarga datang tido kat rumah. Tengah sembang-sembang, paksu tanya kenapa berhenti keja. Jawapan aku:  stress la paksu, boss suka tekan sangat, staff pulak macam-macam punya perangai. Dah la kita baru ja habis belajar, pengalaman nak handle staff pun tak banyak n blablablabla..... setelah penerangan yang maha panjang aku bagi, akhirnya paksu aku tak dapat terima! Paksu mula mukadimahnya, semua tempat keja banyak tekanan. tengok maksu keja gaji RM3000 pon tekanan banyak jugak sampai maksu pon nak behenti. tapi dia sabar n blablablabla.... ternyata alasan aku behenti keja memang tak boleh di terima oleh semua ahli keluarga bila keesokkan harinya aku kena ceramah lagi dengan saudara yang lain. aku pasrah dan sangat tertekan! Tetapi, pada 17.3 akhirnya aku nekad apply keja kat SPA. hampir 7 tahun aku tak apply SPA, akhirnya aku kena apply jugak.. korang-korang sekelian, silalah mintak doa supaya aku cepat dapat kerja.. tekanan sangat dah ni dok rumah tanam anggur tak berbuah-buah pon! kalau tak, boleh aku jadi pengusaha tanaman anggur yang berjaya.

akhirnya 17.3.2014 aku hantar permohonan SPA
#15.3.2014 pukul 10 malam awak telah selamat menjadi ayah. Tahniah, anak awak share besday dengan kita pulak. ish3 kita tak suka la macam ni awak sebab kita nak lupakan awak sungguh2 ni. Benci sungguh kita kat awak macam ni #

Sunday 9 March 2014

TIPS KERJAYA: CONTOH COVER LETTER

~assalamualaikum~

hi! hari ni aku nak share contoh cover letter yang aku gunakan untuk mintak kerja. Cover letter ini sebenarnya agak penting dan selalunya digunakan untuk apply kerja melalui e-mel. Sebelum kita nak hantar resume, of course kena ada mukadimah atau pengenalan mengapa kita hantar resume. So, ni la gunanya cover letter! cover letter ni aku google dan ubah mana-mana yang perlu.

Dear Mr/Ms

RE: APPLICATION FOR HR ASSISTANT POSITION

With reference to the above, I have great pleasure in submitting this application letter to your organization to asking about HR Assistant in your organization.

For your information, I am graduated from University Selangor (UNISEL) Shah Alam Selangor in Bachelor of Human Resource Management and having experience in HR for a few month since i just graduated.

My resume which is enclosed contains additional information on my experience and skills. I would appreciate the opportunity to discuss with you and to provide further information about this application. i can be reached any time via cell phone 014-xxxxxx.

I look forward to hearing from you in near future about this application at your convenience.

sincerely
Azimah Binti Aziz

lepas dah letak cover letter ni, korang kena attach sekali resume. cover letter ni boleh juga digunakan untuk apply latihan industri @ praktikal.


#last but not least, let's pray for MH370#

Thursday 6 March 2014

Ceriteraku di LANGKAWI

~assalamualaikum~

Bulan lepas azam 2014 untuk pi jalan-jalan akhirnya termakbul dengan destinasi percutian di Langkawi selama 4 hari 3 malam. Percutian ni dah lama plan sejak bulan 11 lagi dengan officemate tapi disebabkan aku selalu sibuk & susah dapat cuti, maka terjadilah percutian ni di bulan febuari 2014 selepas aku dah selamat berhenti keja. oh, finally!

Kami ke Langkawi dengan flight firefly sebab officemate aku ni mabuk laut, naik flight cuma 35 minit berbanding bot yang mengambil masa 3 jam kau! yang bestnya, naik firefly ada disediakan refreshment iaitu air oren..  sampai ja di Langkawi airport, terus sepupu officemate aku ambik dan kami bermalam ni rumah dia di kawasan Pantai Cenang. Oleh di sebabkan sepupi si officemate ada ramai anak kecik & agak menyukarkan percutian kami, maka officemate pon ajak aku sewa hotel. Pilihan kami ialah AB Motel. AB MOTEL ni terletak di Pantai Cenang, tapi bukan seaview sebab seaview agak mahal & kami nak save bajet, so ambik la at the roadside punya dengan harga RM80 semalam.

ni la bilik kami di AB Motel

Sebenarnya tak banyak tempat sangat yang kami p sebab officemate aku ni dah selalu sangat mai Langkawi kecuali aku ni yang 1st time pijak tanah Langkawi. 1 tips aku nak share: kalau nak bercuti, jangan pi dengan kawan yang dah pernah ke tempat yang kita nak pi sebab si kawan akan boring & the worst thing, dia tak akan pi tempat yang dia dah pernah pi! waaaaa............. ok, tempat yang aku tak pijak di langkawi ialah Dataran Lang, Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa, Makam Mahsuri, Air Terjun yang 7 tingkat tu! (lupa nama) dan beberapa tempat lain. so, most of the time banyak di habiskan di pantai cenang! OMG!!!! menangis aku balik Penang~

Tapi untuk mengelakkan aku rasa worst sangat, aku ajak si officemate ni gi jalan2 jugak & we decided to rent a motorcycle. Then, aku la drivernya dan kami gi jalan2.. sewa motor: RM35 sehari. Aku ingat nak naik public transport ja tapi, Langkawi ni susah kita nak tengok public transport. that why kena sewa car @ motor. save budget, motor jadi pilihan!.

motor yang disewa di kedai berdekatan motel kami


2nd tips: Langkawi agak terkenal dengan coklat murah, so kalau nak murah dan banyak pilihan, kedai Haji Ismail Group menjadi pilihan. tapi kedai ni terletak di Pekan Kuah. Memandangkan kami stay di Pantai Cenang, so perjalanan ke pekan Kuah mengambil masa lebih kurang 45 minit memang jauh tu!!  tapi, demi coklat, sanggup ku redah jugak... ahahhaha. Pantai Cenang ada jugak jual coklat iaitu di Padang Mat Sirat tapi tak sebest di kedai Haji Ismail. memang femes la kedai Haji Ismail di Langkawi ni sampai aku pon dah 3 kali taip nama Haji Ismail!

satu-satunya kedai di padang mat sirat yang menjual coklat
3rd tips: pada sesiapa yang stay di Pantai Cenang, suasana malam di sini agak boring! tak ada aktiviti menarik pon yang boleh di buat melainkan MAKAN! di Pantai Cenang, suasana malamnya lebih kurang macam batu feringghi di malam hari. deretan kedai-kedai bersepah kiri kanan jalan. dah macam pasar malam batu feringhi. So, sapa yang tak berapa minat nak jalan macam tu, boleh la cari hotel yang menawarkan FREE WIFI. at least boleh relak di hotel/motel sambil surf internet.

sedih, AB Motel takda WI-FI!
ok, sekarang layan jelah gambar-gambar di tempat aku dah pijak di Langkawi ni~

1. Cable car- bila aku tengok cable car ni, terus aku gayat dan takut nak naik, punya tinggi mak kau! ni kalau jatuh, sure-sure takkan jumpa mayat dah ni. tapi rasa rugi pulak kalau dah sampai Langkawi tak naik cable car. so, aku pon tawakal ja naik cable car. entry fee cuma RM15 tapi kena tunjuk mykad.

see, takut aku tengok cable car ni


tasik tak ingat nama yang boleh kita tengok dari dalam cable car

ok, dah selamat sampai 1st station


permandangan yg cantik & menggerunkan dari atas 1st station
ni pulak jambatan fresh air kot (aku lupa nama). tapi aku nak naik pon. takut mak!
2. Padang Mat Sirat & Beras Terbakar - kami sampai di padang mat sirat sebelah tengah hari. cuaca di Langkawi ni agak panas sekitar 30'c. Memang tak best shopping dengan berpeluh-peluh ni.

pintu gerbang yang menyambut kedatangan kami. 

ni dia shoplot. shopping time. serius murah
muka penat & berpeluh shopping
ni la kawasan beras terbakar tu
3. Tanjung Rhu - dari Pantai Cenang ke Tanjung rhu mengambil masa lebih kurang 45 minit. as usual, kami naik motor ke sana. walaupon perjalanannya jauh, tapi Tanjung Rhu memang tak menghampakan kami sebab di sambut dengan permandangan yang cantik sangat. Subhanallah!

cantikkan? rasa takmau balik~
ada rumah api lagi kat tanjung rhu. awesome~


4. Pantai Cenang - Pantai yang cantik tapi tak secantik pantai di tanjung rhu.. ahhahaha..

siap pkai topi, panass!
pantai cenang. Langkawi
sunset at pantai cenang
5. Pearl Habour- nothing interesting sangat. tengok kapal layar ja.

kapal yang tunggu untuk belayar

setakat ini saja cerita aku di Langkawi. next time, inshaAllah ada rezeki, boleh mai lagi.. Bye~