Friday 26 September 2014

exclusive: BAHAYA KULIT KAYU MANIS

~assalamualaikum~

Hai korang! hari ni aku nak share tentang petua orang tua-tua mengenai kulit kayu manis. Rasanya mesti ramai pernah baca @ terdengar @ bergosip pasal cara untuk hilangkan parut-parut degil yang susah nak hilang. especially di muka! Ok, sebenarnya aku adalah TERbaca satu buku ni. Nak tahu buku apa?



Buku PETUA! belek punya belek, sekali tertengok satu petua untuk menghilangkan parut di muka.



Apa lagi, dengan excitednya terus rasa nak cuba dengan harapan dapat la muka secantik artis Nur Fathia. ahahhaha.. Tetapi, malang sekali sebab kat dapur memang takda kulit kayu manis! Sigh. Malam tu tidur pon tak lena sebab memikirkan kat mana nak cari serbuk kulit kayu manis ni. (ok, yg ni aku tipu, sbb nak panjangkn entri). Tak da sampai tidur tak lena! Tidur tetap tidur walaupon sekarang aku dah reduce waktu tidur cuma 7 jam, Kurang sejam kau! Aku ni sejak azali lagi tidur memang kena cukupkan 8 jam, kalau tak memang sawan la esok pagi (yg sawan tu aku tipu)

Memandangkan sekarang aku dah keja area town, so balik kerja boleh la nak singgah shopping complex. Then, aku pon menyimpangkan laluan motor aku ke Tesco Tanjung Pinang semata-mata untuk mencari serbuk kulit kayu manis. ahhaha. Nampak tak betapa aku excitednya aku? aku ni kalau dah datang penyakit excited, memang tak boleh nak tunggu-tunggu dah.

ok, sekarang dah dapat beli serbuk kulit kayu manis. malam tu, terus masuk bilik siap kunci pintu lagi sebab nak test petua. nasib turut menyebelahi aku bila abang tak hantar anak dia kat umah. so, lone ranger la tanpa anak-anak di sisi (pembetulan: bukan anak sendiri tetapi abg aku). sekali lagi pembetulan: bukan lone ranger sangat sebab mak, adik & abang masih ada kat umah cuma tak ada di sisi macam selalu si nonet suka buat iaitu berkepit dengan mak cik dia dan mak cik dia pon suka kepit dia!

Maaf, cerita asal telah jauh menyimpang. Back to the topic again. Setelah mencuba petua tersebut setakat 3 HARI, terus muka aku bertukar menjadi tompok-tompok merah. Tompok-tompok tersebut terbentuk sebab aku cuma calit serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan air di bahagian berparut. Memandangkan muka aku berparut kecil di pipi 3 biji, di dagu 1 biji dan di tepi hidung 1 bijik, maka terjadilah 5 bijik tompok di muka. Kemudian, aku pon sedih & menangis tengok muka yang bertukar jadi macam tu! Tambah sedih lagi apabila aku kena marah dengan mak, abang, adik, saudara-saudari cikebum-cikebum. huhuhu.....

si klik utk lihat tompok2 di mukaku


Lepas kena marah, aku pon terus buang serbuk kulit kayu manis tersebut Mak suruh bubuh lidah buaya. and now the lidah buaya become my new buayafriend & i was so happy! Happy sebab kesan tompok - tompok tersebut semakin berkurangan. Harapan aku biarla terus hilang dari muka aku. I hate u tompok!!!

So, moral of the story: jangan la sebarang-sebarang amalkan petua yang kita tak tahu kemujarabannya. Sebaiknya, bertanyalah kepada yang pakar atau mak-mak kita. Kadang-kadang petua tersebut bagus untuk di amalkan tetapi mungkin badan & kulit kita yang kurang sesuai menyebabkan keradangan kulit. (contohnya: kulit-kulit muka aku dah meradang, itu yg jadi tompok-tompok).

Untuk lebih info, boleh rajinkan baca di sini: http://ckuntum.blogspot.com/2014/07/menghadapi-dan-cara-merawat-muka-yang.html dan di sini jugak ye kawan-kawan.http://www.vemale.com/topik/tanaman-obat/42002-inilah-efek-samping-kayu-manis.html

Last but not least, terima kasih banyak-banyak kepada yang concern pasal diri aku especially bila si tompok mula bertenggek di muka. sampaikan mamak kedai pak din pon boleh perasan perubahan mukaku yg sangat obvious tu. TQ la mamak. Lupa, TQ jugak kat mamak roti canai & kedai makan yg selalu senyum2 bila aku datang kedai. TQ lagi untuk mak aku yg selalu marah-marah, marah tu tanda sayang. Me heart you mama!!!


Nah, ni hadiah untuk korang sebab sudi baca entri aku yg panjang lebar & agak merapu sikit. I salute you all.

tabikk spring!!!





Friday 19 September 2014

people who inspired me: Jamie Oliver

assalamualaikum


siapa minat memasak? sila angkat tangan.... siapa kenal chef handsome jamie oliver? sila duduk diam-diam sebab dia merupakan my idol in cooking line.haahhaha... (kenal yang hensem & hot je kan, memang tak boleh belah langsung)

mula-mula aku pon memang tak kenal siapa la mamat yang bernama jamie oliver ni. bila baca novel the wedding breaker a.k.a novel yang di adaptasi menjadi cerita ariana rose yang super duper fames pon ada sebut nama si jamie ni, aku pon mula datang perangai insist nak tahu yang memang tak boleh tunggu esok-esok, terus g tanya pak cik google kau!

aku tak kenal kau, tp kau kenal aku.. so peliks!
sekali pak cik google tu jawab, memang terkejut la tengok mr handsome ni. dah la hensem, pandai masak pulak tu. masakan dia memang awesome la kan. menangis tengok dia masak. sangat relax dan main campak-campak je dah siap. kalau aku masak tak da nak campak-campak, siap timbang-timbang bagai. sangat perfectionist! bukan apa, takut silap sukat jadi lain pulak dan membazir je.

style tak aku masak? ko ade?
dan sekarang mula la nak rajin-rajinkan diri ke dapur main masak-masak dan campak-campak. ahahaha. kalau mak tanya, chef jamie la ajar. kalau dulu dan sekarang dan selama-lamanya, aku suka tengok masterchef, tak kisah la masterchef malaysia, australia, canada @ the latest is masterchef professional, sekarang boleh tambah satu lagi chanel jamie oliver 15 minute cook. hahhaha...nanti-nanti aku update resepi-resepi versi jamie oliver.

yang buatkan aku tambah kagum dengan dia ni, setiap masakan dia ada diberitahu jumlah kalori. so, it good untuk yang berdiet. bukan setakat si jamie je aku kagum, tapi most of the omputih people la aku suka cara diorang fikir. contohnya, setiap apa yang dimasak diorang tahu jumlah protein, sugar, fat and so on. kalau kita tengok carta diet harian, contohnya, setiap hari badan memerlukan xxxx protein, xx karbohidrate, dan dari situ kita boleh rancang pemakanan harian kita. 

tambah satu lagi info, si jamie ni juga ada fight case dengan mc donald (ala-ala lawyer pulak) yang menyatakan hamburger yang dihasilkan sebenarnya dari low quality. si rujuk http://www.realfarmacy.com/chef-jamie-oliver-proves-mcdonalds-burgers-unfit-for-human-consumption/ atau http://jezkemp.blogspot.com/2014/05/hamburger-chef-jamie-oliver-proves.html


PESANAN PENAJA

why eat outside food while we can cook in just 15 minute!