Friday 24 April 2015

Bertunang tanpa Sedar?

assalamualaikum!!!

Rasa- rasa mesti ramai pernah dengar tentang topik ni. Jadi, memandangkan my lil sister pon akan bertunang bulan depan, aku pon jadi rajin pulak men-google berkenaan "bertunang". Ok, macam mana boleh terjadinya bertunang tanpa sedar ni? Paling mudah apabila pihak lelaki menyatakan keinginan untuk meminang atau merisik wanita itu tanpa pengetahuan wali dan wanita tersebut memberikan persetujuan, Maka secara tidak langsung wanita itu sudah menjadi tunangan lelaki berkenaan. Malah, dikatakan apabila wanita itu menjadi tunangan tanpa sedar, jika ada lelaki lain yang meminangnya, hukumnya adalah HARAM.

Namun, trend zaman sekarang bertunang kena buat majlis kecil-kecilan dan mengadakan sesi sarung cincin oleh bakal mak mertua wanita tersebut.





#so, basically i'm already someone "fiancee"... hehehe
#pray for lil sister#


Friday 17 April 2015

merajuk

well, semalam aku merajuk lagi dengan mak..
kadang-kadang aku pon tak faham dengan diri sendiri yang cepat sangat nak terasa hati..
even, benda simple pon bila mak tegur aku nak menangis..
stress! kalau dengan orang lain, boleh plak buat perangai "hati kering"
bila sendirian, aku terfikir sampai bila aku nak macam ni...
mungkin betul, aku kena move on dengan berperangai macam ni..
orang kalau tak tahu menghargai kita, buat apa nak stay?
so, lebih baik angkat kaki & jalan....

Thursday 16 April 2015

Sumber Modal Memulakan Perniagaan

~assalamualaikum~

Aik, update lagi? Mood nak update pasal bisness tetiba datang tanpa disuruh.. Jadi, jejari yang tak berapa nak halus ni pulak semakin laju menari tango di papan keyboard mengalahkan keyborad-keyboard warrior yang ada sekarang... Ok, stop merapu!

Sekarang aku nak share beberapa sumber modal yang korang-korang boleh apply untuk memulakan perniagaan. Zaman 2015, dimana pada bulan April, kerajaan dengan bangganya telah mengumumkan untuk melancarkan GST 6%. Maka dengan itu, kos sara hidup semakin melambung tinggi sehinggakan ramai rakyat yang semakin kesempitan & merasa tertekan dengan bebanan kos hidup yang tinggi. Kesian kat kitorang-kitorang ni..

So, untuk mengurangkan bebanan tersebut, aku rekemen korang-korang untuk buat bisness. Ini merupakan contoh-contoh badan kewangan yang dapat membantu menyuntik modal perniagaan korang.


1. TEKUN
Sebagai permulaan, kita akan membincangkan tentang pinjaman daripada TEKUN. TEKUN merupakan singkatan kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga dibawah kawalan Kemeterian Pertanian dan Industri Asas Tani. TEKUN ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai sebuah agensi penyaluran modal tambahan yang mudah dan tidak membebankan usahawan Bumiputera di Pulau Pinang. Sejajar dengan peredaran masa, projek TEKUN telah diperluaskan ke seluruh negara untuk kepentingan usahawan Bumiputera yang berminat. Seterusnya untuk memantapkan lagi perlaksanaan ini, sebuah Yayasan TEKUN Nasional ditubuhkan pada 1998 yang dikawal oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Menjelang April 2009, Yayasan TEKUN Nasional telah bertukar nama kepada TEKUN Nasional berikutan dengan penyusunan pentadbiran semula kerajaan yang turut memainkan peranan dalam pembangunan keusahawanan dan memberikan perkhidmatan sokongan.
Pinjaman dengan TEKUN bermula serendah RM 500.00 sehingga RM 50,000.00 dan tempoh bayaran balik adalah antara sebulan hingga lima tahun. Antara syarat-syarat utama untuk membuat permohonan dengan TEKUN adalah pemohon mesti terdiri daripada kaum Bumiputera yang berumur seawal 16 – 65 tahun. Pemohon mesti mempunyai cadangan dan rancangan perniagaan yang berpotensi untuk terus maju. Antara syarat-syarat yang seterusnya, pemohon harus mempunyai lesen atau permit pendaftaran perniagaan yang sah. Bagi pembiayaan di bawah pinjaman RM 5000.00, pemohon tidak perlukan Pendaftaran Perniagaan (SSM). Seterusnya, pemohon mesti mempunyai lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak. Selain itu, pemohon mesti terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan. Pembiayaan sehingga RM 5000.00 boleh dipertimbangan bagi pemohon yang menjalankan perniagaan secara sambilan. Syarat terakhir adalah, pemohonan yang akan disokong adalah pemohon yang sudah menerima pembiayaan tidak melebihi RM 5000.00. Borang pemohonan boleh didapati di pejabat cawangan TEKUN yang berdekatan dengan kediaman atau lokasi perniagaan. Borang yang telah lengkap diisi dengan dokumen yang diminta boleh diserahkan untuk disemak dan dinilai. Selain itu, permohonan dalam talian juga disediakan dengan melayari laman web rasmi TEKUN Nasional.
2. MARA
MARA pula ditubuhkan pada tahun 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1966. MARA adalah singkatan kepada Majlis Amanah Rakyat, sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Misi utama MARA adalah untuk menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk penguasaan ekuiti Bumiputera. MARA memainkan peranan penting dalam perniagaan kaum Bumiputera sesuai dengan objektif agensi ini iaitu untuk membangunkan usahawan berjaya dan inovatif, melahirkan modal insan global dan berintegriti, menyumbang kepada pemilikan ekuiti dan, memudahkan sistem penyampaian. Dengan ini kita dapat melihat sejauh mana MARA menyokong perniagaan terutamanya bagi kaum Bumiputera.
Cara untuk mendapat pembiayaan dan pinjaman dengan MARA adalah dengan menghubungi bahagian Pembagunan Usahawan MARA. Dua skim utama untuk mendapatkan pinjaman perniagaan dengan MARA adalah Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress (SPiKE) dan Skim Pembiyaaan Peningkatan Perniagaan (SPPP). Pinjaman dengan MARA adalah serendah RM 5000.00 sehingga RM 250,000.00. Syarat utama untuk memohon adalah kaum Bumiputera atau berketurunan Melayu berumur 18 tahun ke atas. Pemohon mesti mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi. Selain itu, pemohon mesti menjalankan perniagaan secara sepenuh masa. Syarat yang seterusnya, pemohon hendaklah memberikan sumbangan modal pemohon 10% daripada kos projek. Tambahan lagi, pemohon harus mempunyai lesen atau surat kebenaran daripada pihak berkuasa dan mengemukan cagaran atau jaminan yang mencukupi. Pemohon dikehendaki mengikuti Kursus Keusahawanan jika pengalaman dalam bidang perniagaan kurang daripada enam bulan dan menjalani ujian Psikometri yang telah ditetapkan pihak MARA. Borang pemohonan boleh didapati di pejabat Daerah MARA yang berhampiran.
3. PUNB
Perbadanan Usahawan Nasioanal Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1991 dan merupakan milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputera yang merupakan sebuah badan penyelaras bagi aktiviti pelaburan untuk agensi kerajaan, syarikat dan individu Bumiputera. Fokus utama PUNB adalah untuk membangun usahawan Bumiputera dalam perniagaan strategik dan berpotensi tinggi selaras dengan Dasar Pembangunan Negara untuk melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan dan progresif. Pakej pembangunan keusahawanan bersepadu adalah untuk membantu usahawan Bumiputera dalam bidang peruncitan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pakej-pakej ini dirangka untuk membantu usahawan Bumiputera memantapkan perniagaan, mengekalkan keuntungan dan membentuk perniagaan yang lebih baik.
Antara syarat-syarat permohonan adalah pemohon mesti kaum Bumiputera yang mempunyai hasrat untuk memiliki dan menjalankan perniagaan seperti jujur, berkeyakinan, berdaya tahan, berfikiran positif, kreatif dan berdisiplin selain mempunyai kemahiran dalam komunikasi dan pengurusan. Seterusnya, pemohon mesti menyediakan sekurang-kurangnya 20% dari jumlah pembiyaan dari dari sumber sendiri sekiranya PUNB adalah pembiaya tunggal dalam perniagaan yang dirancang. Selain itu, produk atau perkhidmatan mestilah sedia untuk dipasarkan dan pemohon mesti mempunyai hak pemilikan terhadap pembuatan barang atau perkhidmatan tersebut. Pemohon juga perlu menyediakan model perniagaan dan strategi perlaksanaan yang baik. Pemohon juga perlu merancang strategi keluar yang mantap seperti tebus balik pinjaman, belian balik ekuiti, penggabungan dan pengambil-alihan, penyenaraian awam dan banyak lagi.
Sebagai permulaan, pemohon dikehendaki menyediakan pelan perniagaan yang ringkas atau kertas kerja yang menerangkan perniagaan itu secara keseluruhan. Pelan perniagaan itu perlu disertakan dengan memberi fokus kepada beberapa perkara seperti ringkasan eksekutif, peluang perniagaan, strategi perniagaan dan petunjuk pencapaian, pelan pemasaran, pelan operasi, pengurusan kakitangan dan unjuran kewangan. Selain itu, permohonan dalam talian juga boleh didapati dengan melayari laman web rasmi PUNB dengan memilih butang e-borang.
4. TABUNG EKONOMI BELIA
Tabung Ekonomi Belia memainkan peranan sebagai badan penyelaras program pembangunan ekonomi belia dalam menyokong Dasar Pembangunan Belia Negara dan Wawasan 2020. Selain itu juga berperanan dalam meningkatkan peluang kepada masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan yang memberikan manfaat dari aspek pembangunan perniagaan, perpaduan dan sosio ekonomi. Terdapat dua jenis skim dalam Tabung Ekonomi Belia iaitu Skim Belia Negara (SBN) dan Skim Belia Tani (SBT). SBN menyediakan pembiayaan untuk perkhidmatan pembuatan dan Francais yang disokong oleh Bank Negara Malaysia. Sementara SBT pula menyediakan pembiayaan pengeluaran tanaman jangka pendek, ternakan haiwan, perikanan, industri asas tani dan perkhidmatan tani. SBT pula disokong oleh Bank Pertanian Malaysia, iaitu Agro Bank. Had pinjaman bagi Tabung Ekonomi Belia adalah serendah RM 5000.00 hingga RM 50,000.00 dan tempoh bayaran balik bagi kedua-dua skim ini adalah sehingga tujuh tahun. Bayaran balik boleh dilakukan menerusi institusi kewangan yang dilantik.
Antara syarat-syarat permohonan, pemohon yang berminat mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia berumur 18 – 40 tahun. Pemohon mestilah mendaftar sebagai pemohon dan lulus saringan seperti ujian minat kerjaya dan kecenderungan keusahawanan. Pemohon juga mesti lulus kursus bimbingan rancangan perniagaan. Tujuan pemohon menyuarakan pemohonan adalah untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan sepenuh masa. Selain itu, pemohon mesti menyediakan dua orang penjamin yang mempunyai pendapatan kasar tidak kurang RM 1000.00 sebulan dan tidak mempunyai rekod tindakan hutang dan penjamin juga boleh terdiri daripada ahli keluarga.
Setiap agensi ini mempunyai peranan dan tanggungjawab yang berbeza mengikut keperluan, jumlah wang, jenis perniagaan, skim dan sebagainya. Selain itu, setiap agensi ini juga dikawal oleh badan-badan kerajaan yang terpilih. Namun, matlamat kesemua agensi ini adalah sama iaitu untuk membantu kaum Bumiputera memulakan perniagaan dan menstabilkan kewangan pada masa hadapan. Hanya pemohon yang layak dan terpilih sahaja berpeluang memulakan perniagaan setelah melalui beberapa ujian kelayakan. Selain itu, syarat-syarat yang dikenakan turut mempengaruhi kadar kredibiliti pemohon yang memohon agar modal yang dilaburkan tidak lebur begitu sahaja.
Tidak semua pemohon layak menerima pembiayaan daripada agensi yang dipohon. Mereka terlebih dahulu akan disiasat dan diperiksa kesahihan perniagaannya. Kerana setiap agensi ini mempunyai prosedur yang perlu dipatuhi bagi melayakkan pemohon mendapat pembiayaan yang diminta. Setiap syarat yang dikenakan mesti dipenuhi sebaiknya. Jika tidak, kemungkinan wang pembiayaan yang disalurkan akan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Disitu akan berlaku pembaziran pula. Pembayaran balik wang pembiayaan perlu dilakukan apabila permohonan yang telah ditandatangani disahkan mengikut tempoh masa yang dipersetujui. Maka, setiap pihak akan sentiasa beringat dan berwaspada dengan setiap sen yang dilaburkan.
Kesimpulannya, jika ingin memulakan sesebuah perniagaan, kita mesti merujuk kepada agensi yang sah dan dipercayai untuk mendapatkan pembiayaan. Kemudian, permohonan itu akan diteliti terlebih dahulu untuk memastikan pengaliran wang pembiayaan yang betul dilaksanakan oleh pemohon. Setelah menerima pembiayaan, pembayaran balik mesti dibuat mengikut tempoh yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang terlibat. Maka, kedua-dua pihak akan beroleh keuntungan dan manfaat

Perniagaan Button Badge

~assalamualaikum~

Hi, hari ni aku nak share contoh bisnes yang korang-korang boleh lalukan dengan hanya modal yang rendah!!! iaitu perniagaan Button Badge. 

5 Alasan Kenapa Memilih Perniagaan Button Badge
1. Pasarannya Cukup Besar Dan Meluas
Jika dibandingkan dengan perniagaan stamping, pasaran untuk badge pin memang lebih kecil. Namun jangan berkecil hati kerana tempahan besar mampu datang tiba-tiba, contohnya: saat pilihanraya, kempen, minggu olahraga, persatuan dan lain-lain.
2. Untungnya Tinggi Hingga Ribuan Peratus
Perniagaan Button Badge mampu mengaut keuntungan ratusan hingga ribuan peratus juga.
Contoh: Sebuah pin badge dengan kos pembuatan hanya dari RM0.50, dapat dijual dengan nilai RM5 Secara peratusan, keuntungannya sudah ratusan peratus. Lumayan kan? Jika ada rezeki, kadang kala satu perniagaan mampu mendapat pesanan 50 – 1,000 button badge untuk promosi produk.
3. Risiko Usaha Kecil Kerana Modalnya Rendah
Modal untuk memulakan perniagaan Button Badge juga sangat ringan. Ia cuma memerlukan mesin Button Badge manual tanpa elektrik yang tahan bertahun-tahun lamanya.
4. Balik Modalnya Cepat – Bahkan Dalam Beberapa Hari Sahaja
Perniagaan Button Badge adalah perniagaan kecil dan menengah yang cukup cepat dalam pengembalian modalnya. Keuntungan ratusan hingga ribuan peratus dengan modal ringan membuatkan perniagaan ini cepat mencapai BEP (Break Even Point).
5. Proses Pembuatannya Cepat – Waktunya Cukup Singkat Untuk Dihasilkan
Untuk membuat pin badge, prosesnya sangat mudah dan memerlukan waktu 2 – 3 minit. Setelah anda semakin mahir, maka waktu yang diperlukan untuk membuatnya  akan semakin singkat.
Ada Berapa Jenis Pin Badge Yang Boleh Dibuat ?
1. Button Badge Bulat
2. Button Badge Gantungan Kunci
3. Button Badge Kartun
4. Button Badge Bersegi, Bujur, dan lain-lain
Apakah Idea Aplikasi Button Badge Yang Lain?
Kami menyarankan beberapa idea aplikasi badge nama (lencana) yang di antaranya seperti berikut:
1. Button Badge Promosi Produk / Lokasi Pelancongan.
2. Button Badge Gantungan Kunci Untuk Promos

 lebih info, sila klik di SINI

#untuk idea lain tentang perniagaan, boleh refer di  SINI
#niat di hati ada jugak teringin nak berbisness, tetapi kekangan modal.. So, hanya mampu mencurah idea & ilmu tak seberapa di ruangan blog#

Wednesday 15 April 2015

motivate

assalamualaikum...

Selalunya bila aku kecewa dengan cinta sesama manusia, aku akan menangis sepuas hati..
Then pujuk diri sendiri dengan kata-kata motivasi & baca buku ini.. Yang buatkan lebih tragik, abang-abang aku pon turut terjebak baca buku ni! hahaha... Mungkin dia nak tau apa yang best sangat cerita dalam buku tu sampai berulang-ulang kali aku dok baca.

So,if you in a same situation like me, go read that book too..

Well, aku ni bukan la alim sangat & jahil agama, Maybe some may says go read Al-Quran la.. then you will have a peace.. But, I choose to read this book & I found that peace in it!! Alhamdulillah, I'm ok right now.. Thanks Allah...



p/s: I have a good news: alhamdulillah my lil sister will get engaged next 2 month. Insha ALLAH..
Please pray for her! Thanks  a lot..
Love.. xoxo