Sunday 27 May 2012

my weekend

~assalamualaikum~
weekend datang lagi.. yahoo, dh lama x keluar g berjimba-jimba..
so, this weekend dh plan nk g hiking plus joging dengan adik, sepupu dan kawan sek..
tapi bila dah sampai hari ahad yang di janjikan, semua xnak g plak..
adoii, spoil mood~
last2, pagi2 dah bawak anak buah aka sofea g market beli barang nak masak...
masak popia goreng ja..

sapa reti masak popia?? meh nak share resepi popia goreng ala2 azimah aziz...
bahan-bahan:
taugeh ( ikut suka nak buh banyak mana)
daun kucai ( beli dalam 50 sen)
udang ( boleh guna udang segar @ udang kering)
kulit popia 1 peket
garam
ajinamoto
tepung gandum (sebagai pelekat kulit popia)

cara-cara;
panaskan kuali... masukkan minyak masak sikit
tumiskan semua sayur2 tadi ( taugeh + daun kucai) dan jugak udang..
masukkan sikit ja air dan kacau bahan-bahan tadi... masukkan juga garam dan ajinamoto..
bila agak2 bahan-bahan dah masak, padamkan api dan masukkan bahan-bahan tadi ke dalam mangkuk dan asingkan letak sebelah..( bahan A)
ok, ambik tepung gandum, masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk yang berisi air sikit, kacau bancuhan tepung dan air.. (bahan B)
sekarang, ambik sekeping kulit popia dan letakkan di atas pinggan besar yang rata...
selepas itu, cedukkan sikit bahan2 yang telah di masak tadi iaitu bahan A ke atas kulit popia..
lipat kulit popia dengan bahan-bahan tadi dan gunakan bancuhan tepung + air tadi sebagai pelekat kulit popia supaya kulit popia tidak terbuka...
ulang langkah lipatan kulit popia dengan bahan-bahan tadi sehingga habis..
akhir sekali, panaskan kuali yang berisi minyak masak dan goreng popia yang telah di lipat..
hidangkan popia tadi bersama sos...

hasilnya: popia gorengku


selamat mencuba~



No comments:

Post a Comment

Komen yang baik-baik je yew.
Terima kasih sudi komen.. ^_^