~assalamualaikum~
Seperti yang semua tahu, hari ni merupakan hari berkabung untuk negara Malaysia sempena tragedi pesawat MH 17. Jadi, marilah kita bersama-sama berdoa dan sedekahkan al-fatihah kepada arwah mangsa. Walaupon kita tiada kena mengena atau saling tidak mengenali mangsa, tetapi sebagai ikatan saudara seISLAM, adalah baik untuk kita sedekahkan al-fatihah untuk arwah. Semoga keluarga mangsa tabah & sabar.
"Sesungguhnya kami milik ALLAH swt dan kepadaNYA kami kembali. Ya ALLAH, aku pasrah kepadaMU atas musibah ini, maka berilah kami pahala dan gantilah dengan yang lebih baik. Amin..
Ingatlah bahawa mati itu pasti tetapi kita yang tak tahu bila dan bagaimana kita akan kembali menghadap DIA yang maha Pencipta. .
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik-baik je yew.
Terima kasih sudi komen.. ^_^