~assalamualaikum~
Ok, aku memang tak pandai nak bermukadimah bagai. Apa yang aku nak share ialah tentang macam mana aku nak buat dengan baju aku yang banyak dalam almari. eh, cerita pasal baju pulak? amboi sangat... pernah juga aku terfikir nak buka online shop jual baju-baju yang aku dah tak nak pakai walaupon masih elok. Tapi, ada ke yang nak membeli walaupon dengan harga yang murah? Then, idea tu tergantung setakat tu ja....
Second plan ialah nak bagi je kat orang dengan cara mengiklankan baju-baju dekat blog @ fb tetapi mereka kena bagi alamat, baju apa yang mereka nak dan bayar duit pos. On the spot aku poskan. (kira macam nak bagi free tapi kos pos sendiri yg bayar ) tapi macam biasa idea tu tergantung-gantung & melayang-layang dalam kepala je. The third plan ialah menderma kepada rumah anak yatim tetapi aku pulak tak reti nak & tak tahu macam mana prosedur nak menderma baju-baju tu. Baju aku pulak bukannya banyak mana sangat. The fourth is aku nak bagi kat sedara-sedara but the sad thing is, my cousin ni tak nak.
Hari ni aku buka blog, terkejut aku tengok blog FATIN LIYANA. salute & tabik springg kat fatin liyana & the gang kerana berjaya menyalurkan baju-baju beliau ke arah yang lebih baik. Kalau nak tahu ceritanya, sila ke blog http://honeykoyuki.blogspot.com/2014/08/drop-shop-at-fl-carboot-sale-for-gaza.html. So inspired aku baca cerita beliau & aku pon tak terfikir sampai macam tu sekali. Kira macam buat charity work la. Entah bila la aku pon nak melibatkan diri dalam kerja-kerja amal macam tu. May ALLAH swt bless you and your friends always.
Ok, tak nak sedih -sedih sebab tak dapat nak buat charity work yang vogue macam tu. Meh aku nak share satu benda yang korang boleh buat untuk menebus kembali kesedihan korang yang tak dapat mencharitykan diri. Sempena raya Quran yang tak lama lagi kian menghampir ni, korang boleh juga membantu golongan yang memerlukan melalui program qorban sebegini. semoga bermanfaat.
anjuran AQSA SYARIF |
klik gambar untuk lebih jelas |
~wasalam and thanks for reading~
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik-baik je yew.
Terima kasih sudi komen.. ^_^