Thursday 5 December 2013

stress

~assalamualaikum~

Beberapa minggu lepas aku ada kes yang kena handle kat pejabat perhubungan industri a.k.a IR office. Lepas settle pasal kerja dengan pegawai IR tu, kami sembang2. Agak bertuah jugak dapat sembang dan dalam masa yang sama berkongsi ilmu dengan pegawai tu. Almaklumla aku ni, budak mentah lagi dalam bidang HR ni dan si pegawai tu pulak dah berpuluh tahun berkecimpung dalam bidang ni. Jadi, ilmu yang di kongsi amat la bernilai harganya. Banyak jugak tips2 yang dia bagi untuk aku freshie ni.

Nak di jadikan cerita, dia ada invite aku p kursus HR dalam bahagian benefit, compensation, IR case. Dia sempat bagi pamplet suh ak tunjuk dan pujuk boss bagi aku p kursus tu jugak. Dalam pada tu, sempat pulak dia bagi nasihat sinis (kalau boss awak tak bagi pekerja dia pegi mana2 kursus, saya syorkan awak cari kerja lain sebab tempat kerja awak tu tak ada peningkatan dan pembangunan kerjaya untuk pekerjanya). Agak deep dan mengandungi maksud tersirat jugak la nasihat si pegawai tu..

Aku pon agak berkobar-kobar la nak p kursus yang dikatakan si pegawai tu. Sampai ja ofis, aku terus discusss dengan boss pasal kes IR tadi dan aku selitkan jugak la pasal nk g kursus tu. Lepas tayang muka kesian kat boss dengan harapan dia nk bagi kebenaran aku g kursus,last2 dia cakap NO. YOU NO NEED TO GO BECAUSE WE ALREADY HAVE CONSULTANT. HE WILL TEACH YOU EVERYTHING ABOUT HR. Ok, aku dah agak jawapan ni yang aku akan dapat. So, pasrah dan redha la.

Oleh di sebabkan aku bukan la rela hati terima sangat dengan jawapan boss bagi, aku pon mula rasa tak seronok kerja lagi dengan company tu. So, aku start apply kerja tempat lain dengan harapan akan ada benefit dan career improvement + development nanti. Insyaallah. Lepas lebih kurang 2 minggu selepas tragedi merajuk dengan boss, aku dapat call dari company tett offer suh mai interview post HR Assistant. Aku pon semangat la nak p. Tapi sebabkan boss pulak tak mai office kelmarin, so aku tak dapat nak apply cuti. Dah tu, interview tu pulak hari ini khamis 5.12.2013. memang FRUST la!!!!

Seriusly, aku dah tension kerja dan agak stress jugak dengan kerja dan pekerja kat tempat aku kerja ni. Kalau tak fikirkan family, dah lama aku angkat kaki. Ya Allah, lemahnya iman aku ni!

~aku harap akan ada sinar baru dalam kerjaya aku di masa hadapan~


No comments:

Post a Comment

Komen yang baik-baik je yew.
Terima kasih sudi komen.. ^_^