Thursday 6 August 2015

Life Update

~assalamualaikum~

Rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua pembaca blog ni.. So, kita kosong-kosong la ye.. Well, memandangkan musim raya ni, mesti la korang-korang (termasuk aku) rajin attend rumah terbuka & buat rumah terbuka sendiri. Jadi, bila dah ber-open house ni, maka perut-perut  pon akan open jugak  dengan pelbagai jenis makanan sampaikan semua makanan sumbat masuk dalam perut. Alhamdulillah... lega rasa dapat makan sedap-sedap selepas sebulan berpuasa kan..

Sama macam aku jugak la, sebelum ni aku main makan je ape yang tuan rumah hidangkan kecuali makanan yang aku tak minat macam ada susu @ cheese & kumpulan makanan bersusu. Tetapi, sejak dua menjak ni, tetiba datang satu keinsafan dalam diri untuk tidak lagi menzalimi diri sendiri dengan makan makanan yang tidak berapa nak seimbang. Menzalimi diri ni maksud aku, bila aku makan makanan yang berlemak banyak, penyakit yang berkaitan dengan kolestrol akan hinggap di badan & susah untuk dinyahkan. So, badan aku akan rosak dengan penyakit-penyakit.  huhuhu.. sedih!

Rasa keinsafan ni jugak mula mendatang apabila maksu aku di masukkan ke wad akibat kanser pangkal rahim & mak aku pulak ada jangkitan kuman di mata kanan dan mata kiri ada selaput. Setahu aku, penyakit-penyakit ni berpunca daripada pemakanan seharian seseorang. So, start from now aku insaf! Aku dah mula nak cari sayur, buah-buahan & air masak untuk ditambahkan dalam menu harian. Setiap hari aku mesti bawak botol air & no more minuman berkarbonat (which aku gantikan dengan mimun jus buah). Tambah pulak ofismate aku baru mengandung, so dengan aku sekali terjebak untuk ikut cara orang mengandung makan (healty food).


piramid makanan

memandangkan aku dah lama tak exercise, so sekarang jugak aku nak g exercise!  setiap hujung minggu aku akan peruntukan masa untuk exercise. kalau tak g joging, aku akan buat kerja-kerja rumah yang memerlukan aku berpeluh berliter liter keluar dari badan.  yess!

Sebenarnya tak susah pon nak kawal makan & hidup secara sihat ni. cuma nak kawal nafsu makan je yang susah. Tetapi, kalau kita dah tanamkan azam nak sihat, secara automatik kita akan mengamalkan cara hidup sihat ni. Lagi satu, ni selalu orang salah faham. sebenarnya tabiat makan banyak ni bukan buatkan seseorang tu gemuk. Cuma yang menggemukkannya ialah, jenis makanan yang kita makan. Contohnya, aku ni boleh di kategorikan sebagai kuat makan. Tetapi makan yang aku makan ialah buah, bijirin, & makanan snek sihat. So, makanan yang aku makan tu memang tak menggemukkan badan aku ye kawan-kawan.



# So, marilah kita sama-sama amalkan cara hidup yang lebih sihat untuk kesejahteraan di masa akan datang! (ceeewaahh sangat ayat tu)



No comments:

Post a Comment

Komen yang baik-baik je yew.
Terima kasih sudi komen.. ^_^