Saturday, 21 March 2015

MAJLIS: Sepupu Bertunang

~assalamualaikum~

Alhamdulillah, semalam selamat sudah sepupuku Muhammad Afham bertunang dengan pilihan hatinya Nurul Shazwani. Memandangkan sepupu tinggal di Johor dan tunangnya orang Penang, so last monday pak jang & family dah datang umah penang untuk buat segala preparation bertunang. Jadi, aku selaku tuan rumah ni agak letih la jugak. tapi seronok tak terkata, sebab ramai-ramai pakat tolong sikit-sikit buat preparation. Memandangkan juga kami (family mom side) majoriti stay kat Telok Bahang so sorang 1 family buat hantaran bagi kat sepupu. Tapi, yang tolong touch-up hantaran semua tu kerja mak tam & kak Diana. Rombongan ke rumah perempuan ada dalam 6 kereta. konvoi ramai-ramai. oklah, jom layan gambar pulak...

tuan blog


mak & adik
rombongan masuk mengadap

adik a.k.a driver of the day










Beautiful wani.. cousin fiancee




sister with cousin & fiancee

Oklah, setakat tu je boleh cerita. yang pastinya, insya Allah lagi 2 tahun bersatulah cousinku ini dengan fiancee tercinta.. masing-masing belajar tak habis lagi.. :(
happy engagement cousin!!! semoga di permudahkan urusan seterusnya.. harap banyak bersabar dalam tempoh bertunang ni.. orang kata banyak dugaannya. orang kata juga, kalau dah jodoh, tak kemana!!


#well, aku masih di ofis siapkan kerja yang tertunggak.. berat hati tadi nak datang wat keja.. lagi2 nak tinggalkan family yang ramai kat umah tu.#


Thursday, 12 March 2015

Holiday!!!

~assalamualaikum~

rasanya dah lama tak pergi bercuti & rasa nak g bercuti untuk tennagkan fikiran & bebanan kerja. stress!!. so, jom terjahh. MATTA Fair!!





Tuesday, 17 February 2015

Review Short Story: SWEETHEART by Evelyn Rose

~assalamualaikum~


Short story SWEETHEART by Evelyn Rose ini memang best & aku sangat suka!! Ok, nak tahu kenapa aku suka sangat cerita ni sampai berulang kali baca pon tak jemu? Of kos la jalan ceritanya yang menarik dan paling penting sekali banyak pengajaran especially about love/relationship rules. Meh  aku nak review serba sikit mengenai SWEETHEART ni. Memang sweetheart la..

Cerita ini mengenai Ilhan Arisa seorang yang bijak, cantik, ulat buku & hard-core person. Dia juga adalah product from divorce family which means dia ni keras hati & commitment phobic. Fath Azmi pula seorang yang kacak & bijak. Mereka mula berkawan di zaman A-Level & mereka adalah rakan sekelas. Jadi, basically cerita banyak mengenai persahabatan mereka & di bantu oleh beberapa watak sampingan iaitu kawan-kawan lain seperti Zack, Raihana, Saffar dan lain-lain. Di kolej, Zack menaruh hati pada Ilhan & telah melakukan pelbagai cara untuk menarik perhatian Ilhan & turut meminta bantuan Fath. Malangnya Fath tidak mahu menolong Zack kerana bagi Fath, Ilhan bukanlah taste Zack. Tetapi, dalam satu pertemuan di cafe dimana waktu itu, Zack sedang melamar Ilhan di hadapan Fath tetapi Ilhan tidak memberi jawapan. Selepas itu, Zack pon meminta diri kerana ada panggilan dari kawan-kawan. Jadi, tinggallah Ilhan berdua bersama Fath. mereka berbual-bual dan Fath juga telah mencurah banyak tips kepada Ilhan. So, di sinilah bermulanya persahabatan antara Ilhan & Fath kerana masing-masing mula berasa senang untuk berkawan. Sejak dari situ, mereka mula menjadi sahabat baik & terus menjadi sahabat hinggalah 10 tahun pun berlalu. Dalam masa 10 tahun tersebut, Fath tetap menjadi guru kehidupan (sahabat BFF) kepada Ilhan walaupon Fath  mempunyai girlfriend & Ilhan melanjutkan pelajaran di England dalam PHD. Setelah Ilhan habis PHDnya, mereka bertemu lagi & Fath telah meluahkan perasaannya kepada Ilhan dan berhasrat untuk menjadikan Ilhan isterinya. Then, mereka pun berkahwin & hidup bahagia.

*Ok, nampak macam simplekan? Tetapi dalam cerita ini, banyak statement yang best aku captured & it really touched my heart...  Antaranya:

1. scene sewaktu di surau di mana Ilhan berbisik pada dirinya sendiri "hmm... kalau fath di jodohkan dengan aku... bertuahnya badan" Lupa yang ada satu masa dalam setiap waktu, doa kita akan dimakbulkan oleh DIA. Doa yang terus naik ke langit tanpa halangan.

2. scene di mana Ilhan melihat kehidupannya di zaman remaja yang perlu bersusah mengejar ilmu. Lumrah kalau mahu sesuatu yag lain bila dewasa kelak, waktu remaja dia perlu berkorban sedikit. bukan lama & susah. dari berfoya-foya waktu remaja & susah hingga tua melarat habis hingga ke anak cucu, Biarlah dia berkorban dulu sekarang. Hari baik & hari dia boleh berjimba akan muncul jua nanti.

3. scene di mana Fath pernah bercakap " all this puppy love hardly last. I live with reality & I make my girlfriend understand that too"

4. pengajaran : Jangan patah hati @ frust menonggeng bila kekasih tinggal sebab macam Fath pujuk Ilhan ni " you're safe Ilhan, be grateful that you're not wasting your time. There is someone better for you & God knows best..."

5. pengajaran : mengenai JODOH. scene apabila Ilhan pencen dari berkasih sayang dengan lelaki. Ilhan mula sedar bahawa Jodoh tidak perlu di kejar begitu. kalau Tuhan sudah takdirkan, It will come crawling to you. There is no need to chase for something which you know isn't real. Like running for shadow. You'll never grab it. So, let's God do His jobs & she focused on hers".

6. scene di mana Fath nasihat Ilhan "perempuan yang baik tidak bercampur dengan lelaki, tidak mencari perhatian. Well reserved!"

7. Scene ini paling aku suka: sewaktu Fath menelefon Lisa (kekasih fath) untuk minta putus. "Lisa, I'm sorry. My mom want me to marry another girl" - ayat biasa seorang lelaki yang cuba melepaskan diri. habis-habis emak yang dapat nama. 

8. statement menarik: " at the end of the you akan kawin dengan your best friend sebab bagi you boy friend never last & not designed to understand you while best friend last forever"

9. Scene & statement best: sewaktu Fath melamar Ilhan. dan Ilhan berdoa. " Ya Rahman, andai dia yang KAU pilih, mudahkanlah urusannya nanti..." bisik Ilhan dalam hati. istikharah itu bukan hanya solat 2 rakaat tetapi apa-apa perbuatan termasuk doa yang meletakkan perkiraan sesuatu pada hemat DIA yang Maha Tahu. Bertanya ALLAH sebelum buat keputusan. Tuhan lebih tahu hati Fath. Biarlah urusan itu Tuhan yang tentukan.

10.scene menarik : sewaktu ayah Ilhan bertanya Fath mengenai tanggungjawab sebagai suami. " insya ALLAH ayah, Fath usahakan jadi yang terbaik untuk Ilhan". "bukan yang terbaik di mata Ilhan saja Fath, tapi pada pandangan ALLAH... Hanya dengan cara itu kamu layak menjadi pembimbing... Meletakkan ALLAH pada tangga teratas dalam setiap keputusan yang kamu buat. Kalau ikutkan Ilhan, dia manusia. Ada kurangnya dia. Kita lelaki, Jangan ikut telunjuk isteri tapi ikut telunjuk ALLAH swt."

11. part paling touched: syarat untuk berkahwin dengan Ilhan ialah : Ilhan tak minta hantaran mahal tetapi dia minta Fath hafal 1 Al-Quran dalam tempoh mereka berkahwin. tapi masa hari perkahwinan, dia minta fath baca surah al-Kahfi & an-Nisa sebelum akad nikah & present pada audience mengenai surah al-Kahfi. 

* nak lagi best, silalah baca the whole story dekat SINI !!!!
*TQ kak Iman sebab tulis cerita ini. Sangat inspired & touched. Tulis la lagiiii......

Monday, 9 February 2015

Wordless Tuesday

If you're always think negative,
then, people will think negative about you too!



#Being out of norm#

Monday, 26 January 2015

Resepi Apom Polka Dot

~assalamualaikum~

Last Sunday sepupu aku jemput g umah. dia buat majlis hari jadi anak dia. Tapi, dia bagitau lambat. So, malas nak g tesco cari hadiah. Segan la g umah sedara dengan tangan kosong. Kalau g tesco sekali pon, aku tak tau nak beli apa as gift. En pakwe cakap, beli je hadiah patung frozen. Malangnya, anak sepupu aku ni lelaki, takkan nak main patung frozen kott?? Last last aku ambik keputusan untuk buat apom polka dot. boleh makan ramai-ramai. So, aku bagi 1 tupperware apom polka dot untuk majlis hari jadi anak dia. Balance adunan, aku buat untuk family makan. Malangnya, anak buah kesayangan tak sempat makan. dah habis! sedihhh....

sofea: 'cik mah ooo cik mah'.......
aku: 'awat adik?'
sofea: 'cik mah, apom habis dah ka?'
aku: "ala, adik mai lambat.... xpalah, nanti cik buat lain kat adik na... sorry... (sambil cium sofea)

So, meh nak share resepi apom polka dot aku yang sedap dan mudah untuk dibuat.

Bahan-bahan:

2.5 cawan tepung gandum *
1.5 cawan gula halus *
3/4 cawan susu segar *
3 sudu kecik baking powder *
1 sudu kecil ovallette *
3 biji telur
1 sudu esen vanila
pewarna
papercup

Cara-Cara

1. Masukkan semua bahan- bahan yang bertanda * ke dalam mixer. pukul sebati sehingga 5-6 minit.
2. Bahagikan adunan kepada 2 adunan dan masukkan pewarna yang di sukai
3. Pipekan adunan kedalam papercup dan buat dot dot.
4. Kukus adunan hingga masak
5. Siap untuk di makan.

preparation sebelum di pipekan kedalam papercup

proses nak buat dot-dot

apom yang gemuk & gebu.. sedappp

dot dot yang dah berkedot...

#Selamat Hari Jadi Razif & adik#
#Sedihh my motor excident kelmarin#
#Dugaan Tahun baru 2015#

Wednesday, 21 January 2015

MATI itu PASTI!

~assalamualaikum~

Bergerun tak dengar tajuk yang kemain tu? Takut tak? Anyway, aku baru je kehilangan insan-insan (bukan kesayangan la) yang tak tau nak cakap macam mana. 2 kehilangan dalam 1 minggu. haruslah terkejut kan! 1st kawan sekolah teknik balik pulau. Namanya Mohamad Jefri dan kami kat sekolah panggil dia JJ. Aku pulak bukan rapat sangat pon dengan dia. cuma school mate omputih kata. Well, aku baru perasan yang dia penah wish selamat hari raya & maaf zahir dan batin kat aku. (motiff sangat nak bagitau korang).So, xda benda pun yang harus di minta maaf sebab aku tak penah pulak gaduh-gaduh @ gaduh manja sekali pon dengan dia. Menurut kawan-kawan yang lain, arwah menghidap barah darah & di masukkan ke icu kangar & menghembuskan nafas yang terakhir di sana. Berita ini sangat mengejutkan aku & kawan-kawan yang lain sebab dia sebelum ni sihat walafiat. Tapi, ajal tak mengenal sakit atau sihat kerana Mati itu pasti!!! Semoga Allah merahmati , dan mencucuri rahmat ke atas roh kau jeff! Ya Allah, Engkau ampunkan segala dosa-dosa kawanku ini, Engkau jauhkanlah azab siksa kuburnya. Amin... Al-Fatihah!


Ahad lalu adik lelaki aku tetiba kalut mintak kunci motor sebab nak pi tengok kawan dia yang kemalangan di hujung batu ( jalan nak masuk ke telok bahang). Kemalangan yang agak teruk jugak. Motor berlanggar motor. Kawan adik aku nama dia Hafis akhirnya menghembus nafas terakhir di tempat kejadian. Sedih sangat. aku rasa baru ja tengok dia depan umah salalu datang mai panggil adik ajak keluar dan aku akan sahut "emy tak da" "emy mandi"  walaupun kekadang emy (adik aku) ada ja kat umah, Cuma saja mengusik kawan-kawan dia. Kalau tak silap, last kami melawak-lawak pon sebab dia saja datang kedai mak aku makan laksa & bercerita adik aku bawak girlfriend pi ronda tengok wayang, bla, bla, bla.. Aku pulak masa tu layan ja dia & kawan- kawan dia yang lain. Kesian adik aku yang terasa sangat kehilangan kawan dia. dah takda sapa lagi yang suka mengusik! Semoga roh adik tenang di sana.. Al-Fatihah..


 Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ” Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (HR Muslim).


Wednesday, 14 January 2015

semangat yang hilang~

~assalamualaikum~


Pagi tadi bangun tido tengok longgokan tisu di tepi bantal. Aik, bila masa aku menangis ni? Lepas mandi, dengan tak semena-mena air mata laju ja turun. La, menangis lagi? Then, SMS masuk, "imah, satg mai hantar adam p sekolah". Pup, terus laju capai tudung & iron laju-laju. Then, SMS masuk lagi, "xpalah, aku dah hantar adam". So, menangis lagi.

Sejak anak-anak buah tak datang rumah, aku rasa semangat dah tak ada. Sampaikan rasa malas nak balik rumah. Rindu! Sunyi! Bila balik rumah, bukan lagi anak-anak yang sambut, tapi si kucing comot yang datang miau, miau mintak makanan. Sedih habaq hg. Rindu kat pakwe pon tak da sampai macam ni!

Semalam demam (demam rindu mungkin), sakit tekak and badan panas. Sampai rumah, si comot datang miau. aku dukung comot, "comot, awat depa tak mai dah" Menangis pulak dekat comot. Si comot pon "miau, miau, miau" mungkin dia respon "kesian kat hang".  Lepas magrib, telan panadol 2 bijik, then terlelap sat. Sebelum tu, sempat telinga ni tangkap perbualan mak dengan adik.

"ina, satg mai tolong mama sat. kakak hang demam tu" laung si mama
"aik, tadi tengok elok ja baca buku (catatan matlutfi) sambil gelak-gelak" balas si adik.



Then, mungkin si adik nakkan kepastian, terus dia mai check dahi aku. (aku pon buat-buat tido ayam). Lepas dah tido setengah jam macam tu, terus aku rasa badan dah ok, cuma selsema pulak. So, bangun, makan, tengok tv, tolong mama sat n sambung baca buku catatan mat lutfi, & sms orang nilai. Tapi, orang nilai tu sibuk dengan kawan-kawan. Masa dia call aku malas & tak larat nak jawab sebab tak mau dia perasan yang aku tak sihat (nanti kantoi la dengar bunyi selsema ni). But still he didn't realize pon! Then, sebab tak larat dengar bunyi tepon banyak kali & si abang marah-marah tak reti jawab fon, aku pon gagahkan jugak jawab. Sudahnya, malam tu tertido dalam menangis sebab teringat anak-anak, si comot pon tetiba menghilang & si dia yang kurang memahami.

lebih kurang macam ni la muka comot bila aku mengadu kat dia. (tapi comot putih)


#mungkin Tuhan takdirkan kita berjumpa kali kedua untuk awak belajar 'something' dari saya & bukan untuk bersama saya selamanya#
#bulan depan awak g umrah, awak doakan awak dapat jodoh yang baik-baik eh, yang jauh lebih baik dari saya yg complicated ni.janji tau!#
#walaupun aku rindu anak-anak, tapi aku seronok sebab anak-anak dah happy duduk rumah dengan limpahan kasih sayang si abah (my brother) & si mama (ex-kakak ipar)#
#kehilangan sementara orang tersayang buatkan aku sedar bahawa tiada yang kekal dalam dunia ni melainkan DIA#