~assalamualaikum~
Bergerun tak dengar tajuk yang kemain tu? Takut tak? Anyway, aku baru je kehilangan insan-insan (bukan kesayangan la) yang tak tau nak cakap macam mana. 2 kehilangan dalam 1 minggu. haruslah terkejut kan! 1st kawan sekolah teknik balik pulau. Namanya Mohamad Jefri dan kami kat sekolah panggil dia JJ. Aku pulak bukan rapat sangat pon dengan dia. cuma school mate omputih kata. Well, aku baru perasan yang dia penah wish selamat hari raya & maaf zahir dan batin kat aku. (motiff sangat nak bagitau korang).So, xda benda pun yang harus di minta maaf sebab aku tak penah pulak gaduh-gaduh @ gaduh manja sekali pon dengan dia. Menurut kawan-kawan yang lain, arwah menghidap barah darah & di masukkan ke icu kangar & menghembuskan nafas yang terakhir di sana. Berita ini sangat mengejutkan aku & kawan-kawan yang lain sebab dia sebelum ni sihat walafiat. Tapi, ajal tak mengenal sakit atau sihat kerana Mati itu pasti!!! Semoga Allah merahmati , dan mencucuri rahmat ke atas roh kau jeff! Ya Allah, Engkau ampunkan segala dosa-dosa kawanku ini, Engkau jauhkanlah azab siksa kuburnya. Amin... Al-Fatihah!
Ahad lalu adik lelaki aku tetiba kalut mintak kunci motor sebab nak pi tengok kawan dia yang kemalangan di hujung batu ( jalan nak masuk ke telok bahang). Kemalangan yang agak teruk jugak. Motor berlanggar motor. Kawan adik aku nama dia Hafis akhirnya menghembus nafas terakhir di tempat kejadian. Sedih sangat. aku rasa baru ja tengok dia depan umah salalu datang mai panggil adik ajak keluar dan aku akan sahut "emy tak da" "emy mandi" walaupun kekadang emy (adik aku) ada ja kat umah, Cuma saja mengusik kawan-kawan dia. Kalau tak silap, last kami melawak-lawak pon sebab dia saja datang kedai mak aku makan laksa & bercerita adik aku bawak girlfriend pi ronda tengok wayang, bla, bla, bla.. Aku pulak masa tu layan ja dia & kawan- kawan dia yang lain. Kesian adik aku yang terasa sangat kehilangan kawan dia. dah takda sapa lagi yang suka mengusik! Semoga roh adik tenang di sana.. Al-Fatihah..
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ” Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (HR Muslim).
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik-baik je yew.
Terima kasih sudi komen.. ^_^