Saturday, 28 December 2013

Review Novel: Di Sisimu Aku

~Assalamualaikum~

Sejak akhir-akhir ini, lambakan drama tv banyak yang diadaptasi dari novel. Termasuklah drama Setia ke hujung nyawa yang pernah hot suatu ketika dahulu. Sejak daritu, aku mula confident dengan penulis Fatin Nabila. Then, bila aku g kedai buku untuk beli novel, aku terus capai novel hasil karya penulis Fatin Nabila yang bertajuk " Di Sisimu Aku".


Sinopsis versi aku: cerita memang kelas A la! cerita berkisar mengenai Qeena yang kematian ibu ayah dan dibela oleh keluarga angkatnya. Qeena dalam diam mempunyai perasaan terhadap abang angkatnya sendiri iaitu Aman kerana sikap Aman yang protective, baik hati, bijak, dan handsome juga. Tanpa di sedari, Aman turut menyimpan perasaan yang sama tetapi masing-masing hanya mampu memendam perasaan tersebut. cerita bertambah menarik dengan kehadiran gadis cantik yang baru berpindah di kawasan perumahan mereka bernama Zeyra. Aman mula beralih perhatian terhadap Zeyra sehingga Qeena merasa cemburu. Konflik bermula apabila keluarga angkatnya mengalami masalah kewangan dan Qeena terpaksa bekerja di rumah Zeyra. Selang beberapa bulan, Qeena di ambil oleh bapa saudaranya untuk di pelihara demi menebus kesalahan lampau nenek Qeena terhadap Ibu Qeena. Jadi, Aman dan Qeena berpisah. Dapatkah Aman dan Qeena bersatu kembali? Bagaimana kesudahan cerita cinta Qeena terhadap Aman? Kalau dah JODOH, memang akan bersatu kembali~ Cepat, beli novel ni bagi peminat novel di luar sana.. BEST, BEST,BEST!

Sekian, selamat membaca~

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik-baik je yew.
Terima kasih sudi komen.. ^_^