Tuesday, 31 December 2013

Welcome 2014

~assalamualaikum~

Akhirnya tahun 2013 telah melabuhkan tirainya. Hari ini merupakan permulaan bagi tahun 2014. Semoga tahun 2014 memberi lebih banyak kegembiraan, kenangan yang lebih manis dan kejayaan di dunia dan di akhirat. Bila masuk tahun baru, semua mula pasang azam tahun baru, termasuklah aku walaupon azam tahun lepas masih ada yang tak tercapai, in sha Allah harap tahun ni dapat capai.

last day kerja untuk 2013, ayat last dari boss memang menyentuh ulu hati aku. sentap! "Azimah, you are too naive, what can I say please change. Don't just simply believe what peole say (especially staff kat sini la). "yes, ms silviya, I will change it, thanks for advice". nampaknya, azam tahun baru aku, aku kena berubah untuk tak jadi naive sangat~ ahahhaha..

sometimes,aku fikir jugak aku ni terlalu lurus sangat ka? cepat percaya cakap orang ka? maybe sebab tu aku senang kena tipu dengan kata-kata palsu semata si jejaka. puiii!ahahaha... tapi memang betul cakap boss aku dan si advisor mr George (aku rasa si george ni la banyak mempengaruhi pemikiran aku) aku ni memang lurus.  sepatutnya, aku tak boleh terus percaya dengan orang sebab kita tak tahu hati dan niat seseorang tu. mungkin dia manis mulut sebab nak ambil hati kita or cakap konon-konon dia betul2 sakit sampaikan kena p ambik MC padahal dia sebenarnya tak sakit cuma malas nak mai kerja. Oh, dunia zaman sekarang, so cruel & scary!

Tahun 2014, umur aku dah masuk 25 tahun. tetiba rasa nak gelak pon ada bila teringatkan aku nak mengakhiri zaman bujang di usia 25. motif: ikut sunah nabi dan tak nak jadi anak dara tua! kuikuikui. tapi bila peralihan zaman, sekarang ni usia 25 sudah di kira awal untuk berkahwin. as for me now, aku nak kejar cita-cita dulu iaitu to be a good HR practiser. In sha Allah~


last word: happy new year everyone, may Allah bless us always. Be a good muslim & muslimah!

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik-baik je yew.
Terima kasih sudi komen.. ^_^