~assalamualaikum~
Pagi tadi bangun tido tengok longgokan tisu di tepi bantal. Aik, bila masa aku menangis ni? Lepas mandi, dengan tak semena-mena air mata laju ja turun. La, menangis lagi? Then, SMS masuk, "imah, satg mai hantar adam p sekolah". Pup, terus laju capai tudung & iron laju-laju. Then, SMS masuk lagi, "xpalah, aku dah hantar adam". So, menangis lagi.
Sejak anak-anak buah tak datang rumah, aku rasa semangat dah tak ada. Sampaikan rasa malas nak balik rumah. Rindu! Sunyi! Bila balik rumah, bukan lagi anak-anak yang sambut, tapi si kucing comot yang datang miau, miau mintak makanan. Sedih habaq hg. Rindu kat pakwe pon tak da sampai macam ni!
Semalam demam (demam rindu mungkin), sakit tekak and badan panas. Sampai rumah, si comot datang miau. aku dukung comot, "comot, awat depa tak mai dah" Menangis pulak dekat comot. Si comot pon "miau, miau, miau" mungkin dia respon "kesian kat hang". Lepas magrib, telan panadol 2 bijik, then terlelap sat. Sebelum tu, sempat telinga ni tangkap perbualan mak dengan adik.
"ina, satg mai tolong mama sat. kakak hang demam tu" laung si mama
"aik, tadi tengok elok ja baca buku (catatan matlutfi) sambil gelak-gelak" balas si adik.
Then, mungkin si adik nakkan kepastian, terus dia mai check dahi aku. (aku pon buat-buat tido ayam). Lepas dah tido setengah jam macam tu, terus aku rasa badan dah ok, cuma selsema pulak. So, bangun, makan, tengok tv, tolong mama sat n sambung baca buku catatan mat lutfi, & sms orang nilai. Tapi, orang nilai tu sibuk dengan kawan-kawan. Masa dia call aku malas & tak larat nak jawab sebab tak mau dia perasan yang aku tak sihat (nanti kantoi la dengar bunyi selsema ni). But still he didn't realize pon! Then, sebab tak larat dengar bunyi tepon banyak kali & si abang marah-marah tak reti jawab fon, aku pon gagahkan jugak jawab. Sudahnya, malam tu tertido dalam menangis sebab teringat anak-anak, si comot pon tetiba menghilang & si dia yang kurang memahami.
lebih kurang macam ni la muka comot bila aku mengadu kat dia. (tapi comot putih) |
#mungkin Tuhan takdirkan kita berjumpa kali kedua untuk awak belajar 'something' dari saya & bukan untuk bersama saya selamanya#
#bulan depan awak g umrah, awak doakan awak dapat jodoh yang baik-baik eh, yang jauh lebih baik dari saya yg complicated ni.janji tau!#
#bulan depan awak g umrah, awak doakan awak dapat jodoh yang baik-baik eh, yang jauh lebih baik dari saya yg complicated ni.janji tau!#
#walaupun aku rindu anak-anak, tapi aku seronok sebab anak-anak dah happy duduk rumah dengan limpahan kasih sayang si abah (my brother) & si mama (ex-kakak ipar)#
#kehilangan sementara orang tersayang buatkan aku sedar bahawa tiada yang kekal dalam dunia ni melainkan DIA#
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik-baik je yew.
Terima kasih sudi komen.. ^_^