~assalamualaikum~
Short story SWEETHEART by Evelyn Rose ini memang best & aku sangat suka!! Ok, nak tahu kenapa aku suka sangat cerita ni sampai berulang kali baca pon tak jemu? Of kos la jalan ceritanya yang menarik dan paling penting sekali banyak pengajaran especially about love/relationship rules. Meh aku nak review serba sikit mengenai SWEETHEART ni. Memang sweetheart la..
Cerita ini mengenai Ilhan Arisa seorang yang bijak, cantik, ulat buku & hard-core person. Dia juga adalah product from divorce family which means dia ni keras hati & commitment phobic. Fath Azmi pula seorang yang kacak & bijak. Mereka mula berkawan di zaman A-Level & mereka adalah rakan sekelas. Jadi, basically cerita banyak mengenai persahabatan mereka & di bantu oleh beberapa watak sampingan iaitu kawan-kawan lain seperti Zack, Raihana, Saffar dan lain-lain. Di kolej, Zack menaruh hati pada Ilhan & telah melakukan pelbagai cara untuk menarik perhatian Ilhan & turut meminta bantuan Fath. Malangnya Fath tidak mahu menolong Zack kerana bagi Fath, Ilhan bukanlah taste Zack. Tetapi, dalam satu pertemuan di cafe dimana waktu itu, Zack sedang melamar Ilhan di hadapan Fath tetapi Ilhan tidak memberi jawapan. Selepas itu, Zack pon meminta diri kerana ada panggilan dari kawan-kawan. Jadi, tinggallah Ilhan berdua bersama Fath. mereka berbual-bual dan Fath juga telah mencurah banyak tips kepada Ilhan. So, di sinilah bermulanya persahabatan antara Ilhan & Fath kerana masing-masing mula berasa senang untuk berkawan. Sejak dari situ, mereka mula menjadi sahabat baik & terus menjadi sahabat hinggalah 10 tahun pun berlalu. Dalam masa 10 tahun tersebut, Fath tetap menjadi guru kehidupan (sahabat BFF) kepada Ilhan walaupon Fath mempunyai girlfriend & Ilhan melanjutkan pelajaran di England dalam PHD. Setelah Ilhan habis PHDnya, mereka bertemu lagi & Fath telah meluahkan perasaannya kepada Ilhan dan berhasrat untuk menjadikan Ilhan isterinya. Then, mereka pun berkahwin & hidup bahagia.
*Ok, nampak macam simplekan? Tetapi dalam cerita ini, banyak statement yang best aku captured & it really touched my heart... Antaranya:
1. scene sewaktu di surau di mana Ilhan berbisik pada dirinya sendiri "hmm... kalau fath di jodohkan dengan aku... bertuahnya badan" Lupa yang ada satu masa dalam setiap waktu, doa kita akan dimakbulkan oleh DIA. Doa yang terus naik ke langit tanpa halangan.
2. scene di mana Ilhan melihat kehidupannya di zaman remaja yang perlu bersusah mengejar ilmu. Lumrah kalau mahu sesuatu yag lain bila dewasa kelak, waktu remaja dia perlu berkorban sedikit. bukan lama & susah. dari berfoya-foya waktu remaja & susah hingga tua melarat habis hingga ke anak cucu, Biarlah dia berkorban dulu sekarang. Hari baik & hari dia boleh berjimba akan muncul jua nanti.
3. scene di mana Fath pernah bercakap " all this puppy love hardly last. I live with reality & I make my girlfriend understand that too"
4. pengajaran : Jangan patah hati @ frust menonggeng bila kekasih tinggal sebab macam Fath pujuk Ilhan ni " you're safe Ilhan, be grateful that you're not wasting your time. There is someone better for you & God knows best..."
5. pengajaran : mengenai JODOH. scene apabila Ilhan pencen dari berkasih sayang dengan lelaki. Ilhan mula sedar bahawa Jodoh tidak perlu di kejar begitu. kalau Tuhan sudah takdirkan, It will come crawling to you. There is no need to chase for something which you know isn't real. Like running for shadow. You'll never grab it. So, let's God do His jobs & she focused on hers".
6. scene di mana Fath nasihat Ilhan "perempuan yang baik tidak bercampur dengan lelaki, tidak mencari perhatian. Well reserved!"
7. Scene ini paling aku suka: sewaktu Fath menelefon Lisa (kekasih fath) untuk minta putus. "Lisa, I'm sorry. My mom want me to marry another girl" - ayat biasa seorang lelaki yang cuba melepaskan diri. habis-habis emak yang dapat nama.
8. statement menarik: " at the end of the you akan kawin dengan your best friend sebab bagi you boy friend never last & not designed to understand you while best friend last forever"
9. Scene & statement best: sewaktu Fath melamar Ilhan. dan Ilhan berdoa. " Ya Rahman, andai dia yang KAU pilih, mudahkanlah urusannya nanti..." bisik Ilhan dalam hati. istikharah itu bukan hanya solat 2 rakaat tetapi apa-apa perbuatan termasuk doa yang meletakkan perkiraan sesuatu pada hemat DIA yang Maha Tahu. Bertanya ALLAH sebelum buat keputusan. Tuhan lebih tahu hati Fath. Biarlah urusan itu Tuhan yang tentukan.
10.scene menarik : sewaktu ayah Ilhan bertanya Fath mengenai tanggungjawab sebagai suami. " insya ALLAH ayah, Fath usahakan jadi yang terbaik untuk Ilhan". "bukan yang terbaik di mata Ilhan saja Fath, tapi pada pandangan ALLAH... Hanya dengan cara itu kamu layak menjadi pembimbing... Meletakkan ALLAH pada tangga teratas dalam setiap keputusan yang kamu buat. Kalau ikutkan Ilhan, dia manusia. Ada kurangnya dia. Kita lelaki, Jangan ikut telunjuk isteri tapi ikut telunjuk ALLAH swt."
11. part paling touched: syarat untuk berkahwin dengan Ilhan ialah : Ilhan tak minta hantaran mahal tetapi dia minta Fath hafal 1 Al-Quran dalam tempoh mereka berkahwin. tapi masa hari perkahwinan, dia minta fath baca surah al-Kahfi & an-Nisa sebelum akad nikah & present pada audience mengenai surah al-Kahfi.
* nak lagi best, silalah baca the whole story dekat SINI !!!!
*TQ kak Iman sebab tulis cerita ini. Sangat inspired & touched. Tulis la lagiiii......
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik-baik je yew.
Terima kasih sudi komen.. ^_^