~assalamualaikum~
sapa tahu apa jadi pada tarikh 15.3?? of course la tuan belog ni punya besday! terima kasih banyak-banyak kepada yang wish besday tak kira di FB @ msj.. kita terharu tau sampai nak nangis cuma tak terkeluar ja air mata ni... tak lupa jugak untuk family yang sambut besday kita yang dah besar ni.. walaupon besday kek kita yang buat sendiri.. (dah besar punya pasal, kek kena buat sendiri T_ T).. nanti kita bagi resepi kek besday kita ok? cantik & sedapp tau..
opss, terpuji diri sendiri pulak.
Selain itu, pada tarikh ni juga lah doa rakyat jelata tanah melayu telah dimakbulkan ALLAH swt.. alhamdulillah, bumi telah basah dengan hujan rahmat ALLAH.. hampir 3 bulan (kalau tak silap) hujan tak turun-turun hingga sesetengah kawasan mengalami kekurangan air & terpaksa di catu air. Alhamdulillah penang tak kena catu air. (that why i susah nak tinggalkan penang ni) kuikuikui
Malah, misteri kehilangan kapal terbang MH370 akhir terungai sedikit demi sedikit apabila pegawai Amerika Syarikat berkata beliau tidak menolak kemungkinan pesawat MH370 diterbangkan ke satu kawasan tempat rahsia supaya ia boleh digunakansemula kemudian hari. Agensi berita AP turut melaporkan pesawat MH370 dirampas oleh seseorang yang berpengalaman dalam bidang penerbangan. Sekian berita dipetik dari Metro Ahad.
|
kita tak sebar berita palsu. sumber: Metro Ahad |
Pada 15.3 jugak la kita kena ceramah free dari paksu kita yang baru sampai dari Ipoh. Oleh di sebabkan esok mak tam buat kenduri doa selamat, maka paksusekeluarga datang tido kat rumah. Tengah sembang-sembang, paksu tanya kenapa berhenti keja. Jawapan aku: stress la paksu, boss suka tekan sangat, staff pulak macam-macam punya perangai. Dah la kita baru ja habis belajar, pengalaman nak handle staff pun tak banyak n blablablabla..... setelah penerangan yang maha panjang aku bagi, akhirnya paksu aku tak dapat terima! Paksu mula mukadimahnya, semua tempat keja banyak tekanan. tengok maksu keja gaji RM3000 pon tekanan banyak jugak sampai maksu pon nak behenti. tapi dia sabar n blablablabla.... ternyata alasan aku behenti keja memang tak boleh di terima oleh semua ahli keluarga bila keesokkan harinya aku kena ceramah lagi dengan saudara yang lain. aku pasrah dan sangat tertekan! Tetapi, pada 17.3 akhirnya aku nekad apply keja kat SPA. hampir 7 tahun aku tak apply SPA, akhirnya aku kena apply jugak.. korang-korang sekelian, silalah mintak doa supaya aku cepat dapat kerja.. tekanan sangat dah ni dok rumah tanam anggur tak berbuah-buah pon!
kalau tak, boleh aku jadi pengusaha tanaman anggur yang berjaya.
|
akhirnya 17.3.2014 aku hantar permohonan SPA |
#15.3.2014 pukul 10 malam awak telah selamat menjadi ayah. Tahniah, anak awak share besday dengan kita pulak. ish3 kita tak suka la macam ni awak sebab kita nak lupakan awak sungguh2 ni. Benci sungguh kita kat awak macam ni #
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik-baik je yew.
Terima kasih sudi komen.. ^_^