~assalamualaikum~
Bulan lepas azam 2014 untuk pi jalan-jalan akhirnya termakbul dengan destinasi percutian di Langkawi selama 4 hari 3 malam. Percutian ni dah lama plan sejak bulan 11 lagi dengan officemate tapi disebabkan aku selalu sibuk & susah dapat cuti, maka terjadilah percutian ni di bulan febuari 2014 selepas aku dah selamat berhenti keja. oh, finally!
Kami ke Langkawi dengan flight firefly sebab officemate aku ni mabuk laut, naik flight cuma 35 minit berbanding bot yang mengambil masa 3 jam kau! yang bestnya, naik firefly ada disediakan refreshment iaitu air oren.. sampai ja di Langkawi airport, terus sepupu officemate aku ambik dan kami bermalam ni rumah dia di kawasan Pantai Cenang. Oleh di sebabkan sepupi si officemate ada ramai anak kecik & agak menyukarkan percutian kami, maka officemate pon ajak aku sewa hotel. Pilihan kami ialah AB Motel. AB MOTEL ni terletak di Pantai Cenang, tapi bukan seaview sebab seaview agak mahal & kami nak save bajet, so ambik la at the roadside punya dengan harga RM80 semalam.
|
ni la bilik kami di AB Motel |
Sebenarnya tak banyak tempat sangat yang kami p sebab officemate aku ni dah selalu sangat mai Langkawi kecuali aku ni yang 1st time pijak tanah Langkawi. 1 tips aku nak share: kalau nak bercuti, jangan pi dengan kawan yang dah pernah ke tempat yang kita nak pi sebab si kawan akan boring & the worst thing, dia tak akan pi tempat yang dia dah pernah pi! waaaaa............. ok, tempat yang aku tak pijak di langkawi ialah Dataran Lang, Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa, Makam Mahsuri, Air Terjun yang 7 tingkat tu! (lupa nama) dan beberapa tempat lain. so, most of the time banyak di habiskan di pantai cenang! OMG!!!! menangis aku balik Penang~
Tapi untuk mengelakkan aku rasa worst sangat, aku ajak si officemate ni gi jalan2 jugak & we decided to rent a motorcycle. Then, aku la drivernya dan kami gi jalan2.. sewa motor: RM35 sehari. Aku ingat nak naik public transport ja tapi, Langkawi ni susah kita nak tengok public transport. that why kena sewa car @ motor. save budget, motor jadi pilihan!.
|
motor yang disewa di kedai berdekatan motel kami |
2nd tips: Langkawi agak terkenal dengan coklat murah, so kalau nak murah dan banyak pilihan, kedai Haji Ismail Group menjadi pilihan. tapi kedai ni terletak di Pekan Kuah. Memandangkan kami stay di Pantai Cenang, so perjalanan ke pekan Kuah mengambil masa lebih kurang 45 minit memang jauh tu!! tapi, demi coklat, sanggup ku redah jugak... ahahhaha. Pantai Cenang ada jugak jual coklat iaitu di Padang Mat Sirat tapi tak sebest di kedai Haji Ismail. memang femes la kedai Haji Ismail di Langkawi ni sampai aku pon dah 3 kali taip nama Haji Ismail!
|
satu-satunya kedai di padang mat sirat yang menjual coklat |
3rd tips: pada sesiapa yang stay di Pantai Cenang, suasana malam di sini agak boring! tak ada aktiviti menarik pon yang boleh di buat melainkan MAKAN! di Pantai Cenang, suasana malamnya lebih kurang macam batu feringghi di malam hari. deretan kedai-kedai bersepah kiri kanan jalan. dah macam pasar malam batu feringhi. So, sapa yang tak berapa minat nak jalan macam tu, boleh la cari hotel yang menawarkan FREE WIFI. at least boleh relak di hotel/motel sambil surf internet.
|
sedih, AB Motel takda WI-FI! |
ok, sekarang layan jelah gambar-gambar di tempat aku dah pijak di Langkawi ni~
1. Cable car- bila aku tengok cable car ni, terus aku gayat dan takut nak naik, punya tinggi mak kau! ni kalau jatuh, sure-sure takkan jumpa mayat dah ni. tapi rasa rugi pulak kalau dah sampai Langkawi tak naik cable car. so, aku pon tawakal ja naik cable car. entry fee cuma RM15 tapi kena tunjuk mykad.
|
see, takut aku tengok cable car ni |
|
tasik tak ingat nama yang boleh kita tengok dari dalam cable car |
|
ok, dah selamat sampai 1st station |
|
permandangan yg cantik & menggerunkan dari atas 1st station |
|
ni pulak jambatan fresh air kot (aku lupa nama). tapi aku nak naik pon. takut mak! |
2. Padang Mat Sirat & Beras Terbakar - kami sampai di padang mat sirat sebelah tengah hari. cuaca di Langkawi ni agak panas sekitar 30'c. Memang tak best shopping dengan berpeluh-peluh ni.
|
pintu gerbang yang menyambut kedatangan kami. |
|
ni dia shoplot. shopping time. serius murah |
|
muka penat & berpeluh shopping |
|
ni la kawasan beras terbakar tu |
3. Tanjung Rhu - dari Pantai Cenang ke Tanjung rhu mengambil masa lebih kurang 45 minit. as usual, kami naik motor ke sana. walaupon perjalanannya jauh, tapi Tanjung Rhu memang tak menghampakan kami sebab di sambut dengan permandangan yang cantik sangat. Subhanallah!
|
cantikkan? rasa takmau balik~ |
|
ada rumah api lagi kat tanjung rhu. awesome~ |
4. Pantai Cenang - Pantai yang cantik tapi tak secantik pantai di tanjung rhu.. ahhahaha..
|
siap pkai topi, panass! |
|
pantai cenang. Langkawi |
|
sunset at pantai cenang |
5. Pearl Habour- nothing interesting sangat. tengok kapal layar ja.
|
kapal yang tunggu untuk belayar |
setakat ini saja cerita aku di Langkawi. next time, inshaAllah ada rezeki, boleh mai lagi.. Bye~
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik-baik je yew.
Terima kasih sudi komen.. ^_^