Monday, 25 November 2013

mission in possible

work hard for one reason: HOLIDAY

I wish to go somewhere that I can burn out all my stress, burden and all that makes me feel uncomfortable at all. But, my saving still not enough and I have to wait about a couple of month. oh, please!

On the other hand, I plan to go during winter so that I can play with a bunch of snow. Yes, it was my mission during my old school time. Indeed! playing with snow, take a picture during winter season, wearing jacket like mat saleh, talk with smoke came out from mouth.. I was really amazing.

This time, I want to go with my own pocket money. Not like my trip to Perth, Australia before. That time all the expenses include flight ticket was fully sponsor by my lovely mak teh and family. Thanks a lot. I really thankful and appreciate it. 

I hope my holiday mission was Possible because now there are nothing in possible. I will pray hard and work out for this mission. In Sha Allah. 


Saturday, 23 November 2013

HR Case : ABSCONDED

~Assalamualaikum

kali ini aku nak kongsi ilmu berkaitan dengan Human Resource a.k.a sumber manusia. semoga ilmu ini bermanfaat untuk korang.

#sekiranya seseorang pekerja tidak hadir kerja selama 2 hari atau lebih tanpa memberitahu pihak majikan dan tidak mempunyai alasan yang munasabah, pekerja tersebut di anggap sebagai telah melanggar kontrak perkhidmatannya sepertimana yang termaktub di dalam akta pekerja 1955.
section 15 (2) if the he absent more than 48 hours without prior permission, he better have a "reasonable excuse" for it. And not only that, he better make sure that he has attempted to inform his employer of those "reasonable excuse" prior to or at the earliest opportunity during such absence

 (a) - apabila perkerja telah absconded @ breach his contract of service, pihak majikan berhak menuntut bayaran ganti notis kepada pekerja tersebut dengan menghantar surat permintaan atau di panggil "letter of demand" kepada pekerja tersebut. sebaiknya, surat itu perlu di hantar dengan menggunakan A.R Register dan menyimpan bukti penghantaran surat itu di dalam fail pekerja yang absconded. Ini penting bagi majikan jika ingin menuntut haknya di Pejabat Buruh nanti. Selalunya, pekerja yang dapat surat permintaan tersebut tidak akan membuat bayaran balik ganti notis. Tetapi, apabila majikan menfailkan kes ini di pejabat buruh, pekerja tiada pilihan lain melainkan membayar kepada majikan wang ganti notis. Kepada pekerja di luar sana, please don't absconded!! (ini jika pekerja memang tak datang kerja terus selepas 3 hari berturut-turut)

#jika pekerja tidak hadir selama 2 hari berturut-turut dan hadir pada hari ketiga:
majikan perlulah tidak membenarkan pekerja untuk kembali ke tempat kerjanya. Majikan wajib membuat absent interview dengan pekerja tersebut dan mencatatkan butir-butir perbualan semasa interview di jalankan di dalam kertas A4 dan di akhir interview, kedua-dua pihak perlu menandatangani di setiap muka surat interview yang di catatkan. setelah meng-interview pekerja, majikan perlu menimbangkan reason of absent pekerja tersebut. Jika reason itu munasabah, pekerja boleh kembali bekerja seperti biasa. Jika TIDAK, pekerja tersebut di kehendaki untuk balik ke rumah dan menunggu surat permintaan (letter of demand)  dari majikan dan pekerja itu di kira telah ABSCONDED.

2 bulan lepas aku penah mewakilkan majikan aku untuk menuntut hak di pejabat buruh. aku pon bawak la fail-fail pekerja yang pernah absconded. menurut pegawai di sana, dalam masa sebulan hanya 2 kes sahaja boleh di laporkan. Dalam proses di pejabat buruh pula, pegawai akan menghantar surat kepada majikan untuk berjumpa di pejabat buruh sekian sekian tarikh dan pada masa yang sama turut menghantar surat kepada pekerja yang di adu kes absconded oleh majikan untuk sama berjumpa. Bila majikan dan pekerja telah berjumpa di hadapan pegawai pejabat buruh, penyelesaian akan dibuat. di mana, pekerja perlu membayar ganti notis kepada majikan. di akhir penyelesaian, majikan dan pekerja akan menandatangani MoU.

#Sekian, wasalam#



Friday, 15 November 2013

kenduri

~assalamualaikum~

hari ini merupakan hari yang di tunggu - tunggu oleh majoriti budak sekolah. Esok bermula lah episod cuti sekolah panjang yang hampir sebulan lebih. yaahoooo..... (aku pon secara officially bercuti jd supir hantar adam + adik ke sek)... syokkknya!!!!!!!!!!!!!1

bila cuti sekolah bermula, maka bermula la adegan susun kalendar untuk menghadiri undangan kenduri perkahwinan si polan dengan si polan... super duper syokk dpt mkn nasi minyak wei!!!!

apa yang aku rasa dan perhatikan majlis kenduri zaman sekarang yg maha canggih, zaman 4D, zaman pkai smart phone (aku ja x pkai smartphone) dan blablabla.. zaman sekarang semua nak cepat, express katanya sampai aku pon kadang-kladang tak rasa meriah kenduri even kenduri sebelah rumah... hahhahha (kejam gila).

bukan apa, kebanyakkan sekarang kenduri banyak menggunakan khidmat katering (senang kerja orang cakap). tapi kalau zaman dulu, serius aku rasa memang meriah walaupon kenduri tu rumah kat kampung sebelah... aku ingat lagi, dulu aku penah ikut arwah tok p tolong kat rumah kenduri. tok aku bawak kawan-kawan dia sambil masing-masing pegang pisau di tangan (bukan nak bunuh pengantin tau) tapi nak pegi tolong potong bawang, sayur-sayur, siang ayam dan sebagainya. tuan rumah pon hidangkan air teh o, biskut kering dan macam-macam lagi.

rindu nak merasa kemeriahan kenduri zaman dulu-dulu. meriah + syok + happening gila!!! agak - agak kenduri kawin aku macam mana la rupanya??? ermmm... (sambil merenung masa depan)


#jom kembalikan kemeriahan kenduri dulu-dulu.. tolong menolong amalan mulia#

Tuesday, 29 October 2013

LIFE~

assalamualaikum...

"actually our life is not clear, so we have to make it clear. Did you understand Azimah?"

ini merupakan ayat power dari HR consultant untuk aku yang agak sengal2 ayam. Tapi bila di fikir- fikirkan balik, macam ada maksud tersirat ja yang ingin di sampaikan.

hidup ini sebenarnya tak jelas. jadi, kita kena jelaskan!

 contohnya:
kita tak tahu apa yang bakal berlaku di masa hadapan, jadi kita kena JELASKAN masa hadapan. macam mana nak jelaskan?
semua orang mempunyai cita-cita dan impian hidup. Ini sebenarnya masa hadapan kita! apa kita nak jadi, apa kita nak kerja, gaya hidup yang bagaimana yang kita nak dan bla, bla, bla.... So, untuk jelaskan semua ini, kita kena  berusaha ,work hard, study smart. bila kita dah work out, in sha ALLAH, masa depan kita akan bertambah JELAS... amin.

begitu juga dengan perasaan.
if you love somebody, go and tell them. so that you will clear your feeling and their feeling as well.

* this is our life, MAKE IT CLEAR*




Monday, 7 October 2013

Cuti Sakit = Medical certificate

~assalamualaikum~

entry kali ini aku nak kongsi mengenai Cuti Sakit atau senang cakap MC. tetiba buat entry berbentuk ilmiah bukan kerana  aku buang tabiat atau dapat mimpi mengejut tetapi sekadar ingin berkongsi ilmu yang tak seberapa kerat. Hari ni kat tempat kerja aku ada seorang staff ini selalu MC. bila boss suruh aku kira MC yang dia dah berjaya dapat, aku pon dengan hormatnya bagi tau. " Ms Silviya, for this october, she already have 4 days MC". "i want you to count for whole year, how many days already she have?"  kemudian, aku kembali ke meja kerja dan terus capai personal file si pekerja dan terus kira, 1,2,3, ......15DAYS???. Dengan kalutnya aku pon bagitau Ms Silviya " she already exceed the quota of MC, ms silviya. As per today, she have total 15DAY".  kemudian, ms Silviya pon suruh aku call company punya HR Consultant untuk advice. Then, si consultant a.k.a mr George pon suh aku baca company MC REDUCTION POLICY. Dia sengaja tak mau bagitau jawapan terus kat aku sebab dia aku buat HOMEWORK!!!!
Maka dengan itu, aku pon print out the policy and bawak balik rumah untuk study. balik ja rumah lepas dh settle urusan rasmi a.k.a mandi dan sbgainya, aku pon kusyuk study policy yg selamat di print out di office. punya la sakit hati sebab jawapan yang aku nak, xda dalam policy tersebut!! cittttt..........
kemudian, bermulalah aktiviti meng-google untuk cari jawapan yang di kehendaki boss & en consultation.
ok, sila lihat di bawah untuk MC Entitlement

-Bilangan cuti sakit berbayar yang pekerja berhak:
Bilangan hari bagi cuti sakit berbayar ( jika tidak di masukkan ke dalam hospital) adalah bergantung kepada tempoh perkhidmatan seseorang pekerja itu iaitu:

  • 14 hari jika pekerja telah bekerja kurang dari 2 tahun
  • 18 hari jika pekerja telah bekerja untuk 2 tahun atau lebih tetapi kurang dari 5 tahun
  • 22 hari  jika pekerja telah bekerja untuk 5 tahun atau lebih.
-Hospitalisasi:
Jika pekerja di masukkan ke dalam hospital / wad ( admit wad)  bagi menerima rawatan, maka jumlah cuti sakit ialah 60 hari kesemuanya dalam setahun.

NOTA

  1. Cuti sakit perlu diserahkan kepada majikan dalam tempoh 48jam apabila cuti sakit itu bermula. Maksudnya MC yang kita dapat hanya sah dan boleh diterima pakai dalam tempoh 48jam atau 2 hari. Jika tidak, MC tersebut tidak sah dan tidak boleh di guna pakai sebagai MC.
  2. Cuti sakit bergaji hanya boleh di luluskan sebanyak 14 hari setahun sahaja atau mengikut tempoh perkhidmatan pekerja tersebut.
  3. Sekiranya cuti sakit melebihi kuota yang di tetapkan, makacuti tersebut akan di kira sebagai cuti sakit tidak berbayar atau Unpaid Leave (UPL)


Sekian, ini sahaja maklumat berkenaan MC yang dapat aku cari gali melalui en Google menerusi web-web yang sah dan mengikut akta pekerja 1955.


Saturday, 17 August 2013

tips untuk cerahkan kulit

~assalamualaikum~

post kali ini nak share sikit tips-tips untuk mencerahkan kulit dengan menggunakan bahan semula jadi yang lebih murah dan praktikal. kalau nak cantik, kena lah rajin sikit.. tips ini di ambil dari majalah kesayangan aku, DARA.COM... 

1. TIMUN
Ambil separuh timun yang segar dan kisarkan ia. Titiskan air perahan lemon. Ratakan kesemuanya. Letak di seluruh wajah dan leher anda selama 15 minit. Selepas ini bilas dengan air suam. Lakukannya setiap hari mengikut kerajinan anda..

2.BETIK
Ambil betik yang masih muda, potong dan kisar. Titiskan perahan limau nipis dan oleskan ke wajah dan leher anda. Lakukan seminggu sekali.

3. STRAWBERI
Ambil 5 biji strawberi bersaiz kecik. Kisarkan bersama susu segar. Oles padawajah dan leher selama 15 minit. Bilas dengan air bersih apabila sudah kering. Lakukan 2 kali seminggu.

4.KOPI
Campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun dan tepung sengkuang.Kacau kesemua bahan dan lulurkan ke seluruh wajah atau badan. Gosok perlahan-lahan dan biarkan selama sejam sebelum di bilas dengan air campuran garam. Selepas itu, mandi seperti biasa.

5.BERAS PULUT
Rendam beras pulut hingga lembut dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ke seluruh badan termasuk wajah anda. Apabila separuh kering, gosok kulit anda perlahan-lahan. Bilas hingga bersih. Seeloknya dibuat sebelum mandi.

6. BARLI
Ambil segenggam barli yang telah di goreng tanpa minyak . Tumbuk barli tersebut hingga lumat dan bancuh dengan sedikit perahan limau nipis yang telah di campur dengan air masak. Sapukan bancuhan air tersebut pada seluruh wajah anda.

# selamat mencuba#

Thursday, 15 August 2013

RAYA 2013

Assalamulaikum...

di kesempatan ini, saya AZIMAH BINTI AZIZ menyusun 10 jari memohon maaf andai terkasar bahasa atau apa-apa sahaja perlakuan yang menyakitkan hati mana-mana individu..

semoga raya kali ini memberi seribu keberkatan kepada kita semua...

kita tutup buku lama dan buka buku baru.. buang yang keruh, ambil yang jernih  

with sofea- anak buah kesayangan