Saturday, 17 August 2013

tips untuk cerahkan kulit

~assalamualaikum~

post kali ini nak share sikit tips-tips untuk mencerahkan kulit dengan menggunakan bahan semula jadi yang lebih murah dan praktikal. kalau nak cantik, kena lah rajin sikit.. tips ini di ambil dari majalah kesayangan aku, DARA.COM... 

1. TIMUN
Ambil separuh timun yang segar dan kisarkan ia. Titiskan air perahan lemon. Ratakan kesemuanya. Letak di seluruh wajah dan leher anda selama 15 minit. Selepas ini bilas dengan air suam. Lakukannya setiap hari mengikut kerajinan anda..

2.BETIK
Ambil betik yang masih muda, potong dan kisar. Titiskan perahan limau nipis dan oleskan ke wajah dan leher anda. Lakukan seminggu sekali.

3. STRAWBERI
Ambil 5 biji strawberi bersaiz kecik. Kisarkan bersama susu segar. Oles padawajah dan leher selama 15 minit. Bilas dengan air bersih apabila sudah kering. Lakukan 2 kali seminggu.

4.KOPI
Campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun dan tepung sengkuang.Kacau kesemua bahan dan lulurkan ke seluruh wajah atau badan. Gosok perlahan-lahan dan biarkan selama sejam sebelum di bilas dengan air campuran garam. Selepas itu, mandi seperti biasa.

5.BERAS PULUT
Rendam beras pulut hingga lembut dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ke seluruh badan termasuk wajah anda. Apabila separuh kering, gosok kulit anda perlahan-lahan. Bilas hingga bersih. Seeloknya dibuat sebelum mandi.

6. BARLI
Ambil segenggam barli yang telah di goreng tanpa minyak . Tumbuk barli tersebut hingga lumat dan bancuh dengan sedikit perahan limau nipis yang telah di campur dengan air masak. Sapukan bancuhan air tersebut pada seluruh wajah anda.

# selamat mencuba#

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik-baik je yew.
Terima kasih sudi komen.. ^_^