Saturday, 9 February 2013

BUKAN ANAK AKU~

~assalamualaikum~

memandangkan ari ni aku offday, so aku merajinkan diri utk p market. tujuan sebenar p market bukanlah untuk membeli ikan, sayur, ayam apatah lagi daging ataupon sotong. tapi niat aku ialah nak cari sehelai tudung untuk di pakai semasa kenduri kawan baik aku minggu depan. oleh disebabkan mak aku dah selamat sampai ke market lebih awal dari aku, maka aku pon bawak si kecik sofea sebagai peneman p market. sedang aku membelek-belek tudung yang sesuai dengan baju yang bakal aku pakai, sofea pon sibuk belek tudung sampai dia terjatuh. adoiii, spoil!!! aku pon berlari mendapatkan sofea dan memujuk supaya dia tak menangis lagi.. sedang aku sibuk pujuk sofea, si abg penjual tudung pon bertanya, " ni anak ka?"  aku pon jawab, " bkn, ni anak abg. kak ipaq dgn abg keja, tu yang kena jaga dia sat"  sipenjual tudung pon menyambung lagi, " ooo... anak abg, ingatkan anak sendiri. sebab tengok muka muda lagi, takkan dah kawen?... ermm... " aku hanya mampu tersenyum ja...
lepas selesai membeli tudung, aku pon masuk market beli barang makan dan terus balik. semasa dalam perjalanan balik, kepala aku menerewang memikirkan kata-kata si penjual tudung tadi.. mesti orang kampung dok ingat sofea anak aku,sebab selalu berkepit dengan aku. kalau cuti kerja, memang aku tepon abg suh hantar sofea kat umah sebab aku nak jaga.. kadang-kadang, tak payah tepon. dengan sendirinya abang akan hantar ketiga-tiga anak dia kat umah..

*tetiba teringat kata-kata anis my kawan baik, "mah, aku tak sabaq nak tunggu hg kawen. kalau ada anak, mesti anak hg comei-comei sebab anak abang hang semua comei'..
alhamdulillah... mintak-mintak anak aku lagi comei la dari anak-anak abang aku.. ahhaha

sekian, wasalam....









No comments:

Post a Comment

Komen yang baik-baik je yew.
Terima kasih sudi komen.. ^_^