Friday, 23 October 2015

Majlis : Weeding ceremony Cousin

~assalamualaikum~

Nk throwback majlis sepupu perempuan kawen jap. Majlis berlangsung di Dewan Masyarakat Penyayang Pulau Pinang. Majlis ni bagi aku macam weeding of the year bagi family side mak aku. Sebab memang kami lama dah tunggu si sepupu ni kawen. hihihi..





marvelous weeding cake




maksu ina & shahirah


tuan rumah : mak tam & pak tam












cousin....


si nonet suci sofea


si nonet dgn abg & kakak



















#selamatpengantinbarukakdeana#
#semogabahagiakejannah#

Tuesday, 20 October 2015

Advice 1

Don't get married just to please others...

Once you are ready, go for it.



Thursday, 15 October 2015

MASALAH



3-4 harini kepala serabut dengan masalah. kekadang masalah tu bukan aku "punya", tetapi bila org lain yg bermasalah stay closed dengan aku, so secara automatiknya aku jadi berserabut. bila berserabut macam ni, hormon-hormon pon jadi tak stabil. so I think I need to go for this:-















OR THIS:-
.
.
.
.
.
.
.
.
.











OR BETTER FOR THIS ONE:-

.
.
.
.
.
.
.
.
.










MAYBE THIS IS THE ONE:-

.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.








OR TO CUT COST, I SHOULD GO LIKE THIS:


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




#pesan UKE, kalau nak mengadu masalah, mengadulah dengan orang yang boleh selesaikan masalah.
#Jangan  mengadu dengan semua orang yg kekadang nak jaga tepi kain orang & akan menjaja keburukan kita kat orang lain#

Tuesday, 29 September 2015

1

i love a man who try everything to get what he want.

#haydarspirit#
#novel13jamA380#

Saturday, 29 August 2015

Tips: DIY/ Gubah Hantaran

~assalamualaikum~

cuti sekolah makin hampir, so makin banyak lah majlis kenduri-kenduri yang kena attend. Bagi yang akan mengadakan majlis perkahwinan atau pertunangan, mesti akan pening kepala untuk menggubah hantaran. Tetapi bagi yang ada bajet besar, just tempah kat wedding planner, bayar dan siap. Untuk yang taknak membazir, atau bajet tak berapa nak banyak, boleh menggubah sendiri hantaran.

Now, hakak nak share hakak punya cara gubah hantaran yang super duper senang & cantik. As you know, baru-baru ni adik hakak bertunang & hakak la yang menggubah hantaran beliau yang cerewet yang amat tu! tension hakak niiii....

Hakak tension la sebab adik hakak tu punya cerewet, memang hakak kekadang tak boleh tahannn... Dah bermacam design hantaran hakak tunjuk nak buatkan untuk dia, tetapi dengan slamber biawaknya dia REJECT... hancur hati hakak ni... menangis dengan bantal busyukk...

Oklah, hakak taknak merapu panjang-panjang, meh la hakak nk tunjuk sikit hantaran yang hakak gubah untuk adik tersayang ni.


ok, kalau rasa hantaran hakak ni cantik, high 5 sikit.. at last, adik hakak setuju la dengan design yang ni.. hakak pon boleh tidur dengan lenanya..

cara nak gubahnya senang je,

bahan yang diperlukan:
 1. bunga tisu boleh refer kat SINI
 2. daun tiruan
 3. stelefom 4 segi
 4. renda
 5. kertas pembalut

cara-cara

1. balut stelefom dengan kertas pembalut dengan kemas.
2. lilitkan bahagian tepi stelefom dengan renda yang cantik.
3. letakkan barang hantaran atas stelefom.

coklat cadbury tengah tunggu turn untuk dicucuk bunga-bunga cinta

4. cucukkan bunga tisu dan daun sebagai hiasan.


so, siap dah hantaran korang.

hantaran adik hakak



selamat mencuba!

#maaf dengan penulisan yang agak OVER kali ni#






Thursday, 20 August 2015

HR: CARA UNTUK BAYAR CARUMAN KWSP PEKERJA

 
~assalamualaikum~

Post kali ni aku nak berkongsi mengenai cara-cara untuk membayar caruman KWSP pekerja-pekerja. Mungkin ada yang dah tahu dan tak tahu, so aku cuma nak share la ilmu sekangkang kera ini untuk yang masih tak tahu dan newbie macam aku.

Ok, benda pertama sekali, korang kena ada senarai nama pekerja-pekerja yang korang nak bayar KWSP untuk bulan tersebut contohnya bulan 8. Lepas tu korang kena download borang A. 

Borang A

Dah ada borang A ni, korang isi bahagian yang perlu seperti nama penuh pekerja, no IC dan kadar caruman yang perlu di bayar dan bahagian bawah sekali isi jugak nama korang & particular yang diminta dan cop company.

Bila dah siap dan lengkap isi borang A, boleh terus proceed dengan bayaran. Untuk buat bayaran, korang memerlukan borang seperti kat bawah ni. 



Borang ni boleh didapati di mana-mana bank yang berdaftar untuk buat bayaran KWSP. So, aku pakai borang dari Public Islamic Bank jelah sebab dekat dengan tempat kerja & senang pak cik runner g bayarkan. Ok, korang isi particular yang diminta dalam borang ni dan attach sekali cek untuk buat bayaran & mintak pak cik runner @ despach tolong g bayar kat kaunter bank tersebut. Oppss... attach jugak dengan borang A yang mula-mula korang dah siap isi. Lepas dah bayar, pak cik runner akan bagi kat korang borang bank td yang mengesahkan bayaran dah buat. 

Then, korang dah boleh nafas lega sebab KWSP pekerja-pekerja dah siap bayar.



#sekadarberkongsiilmu#


Friday, 7 August 2015

NASIHAT I


Jangan terlalu banyak angan-angan,
kerana ia tetap akan menjadi angan-angan kosong.
Sebaiknya, berusahalah untuk menjadikan angan-angan itu suatu kenyataan.

Tidak perlu terlalu mendadak & agresif
berusahalah secara konsisten.

#walk your talk#
#hidup memerlukan pengorbanan#
#cinta perlu pengorbanan juga#