Monday, 29 June 2015

RESEPI : BUTTER CAKE MUDAH

~assalamualaikum~

ok, dah lama tak kongsi resepi kan? so, hari ni nak belanja resepi butter cake yang paling senang di dunia. kenapa senang? sebab aku suka masak benda2 yang senang dan yang paling penting sedappp! bahan- bahannya jugak senang bangat..

bahan-bahan: untuk menyenangkan aku, korang kena beli tepung kek butter cake seperti di atas dan boleh baca & hafal bahan-bahan yang diperlukan. di belakang kotak kek tersebut ada di beritahu bahan-bahan dan jugak cara-caranya. senangkan? (motif: malas nak taip 1 per 1)

bahan yang diperlukan : whipping cream, jem & buah strawberi tu untuk garnishing je



bahan yg siap dipukul


kek butter yg siap di bakar


after decorating
well, aku sebenarnya nak decorate kek ni jd macam kat bawah ni. malangnya, buah strawberi tak berapa nak banyak pulak dalam peti sejuk. aku mai campak je apa yang ada dalam peti sejuk tu. ada jem strawberi dan yg putih keliling tu aku paipkan whipping cream yang telah dipukul dalam mixer.

nmpk sangat jauh beza kek aku dengan kek kak azlita yg super cantik!
#selamat mencuba#
#tepung kek nona tu murah & sedap RM8.50 je pon, cuma korang kena beli buttercup & telur 4 biji je#
#aku dah cuba banyak kali & hasilnya memang sedapp#

Tuesday, 23 June 2015

Song Of The Month- Kun Anta

~assalamualaikum~

lately, aku suka dengar lagu ni.. kun anta.. well, lirik dia pon memang meaningful, colourful, motivateful?? eh, ade ke? motivated yg betulnya! haa...

jom layan sesama....





LIRIK VERSI ENGLISH


In order to keep up with them, I imitated their looks and exterior
So I became someone else – just to boast

And I thought that through that I’d gained a fortune
But I found that I’d lost, for these are mere appearances

Chorus:
No, no,
We don’t need wealth to increase in beauty
Our essence is here, in our hearts it shines
No, no
We will not seek to please others with that which we deem unbefitting for ourselves
That is our beauty, rising and ascending above

Oh wo oh, oh wo oh..
Be yourself and you will increase in beauty

I accept people but I don’t imitate them
Except for what I agree with, to satisfy myself

I will just be myself, just the way I am, this is me
My conviction suffices, this is my certainty

(Chorus)

I’ll be what I please to be
I won’t seek their acceptance
I’ll be whom I love to be
Why would I care about their acceptance


VERSI BAHASA MELAYU

Ketika ingin bersaing dengan mereka,
aku telah meniru apa yang ada pada mereka
Lalu aku mula menjadi seperti orang lain, supaya aku boleh berbangga
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan
Namun aku dapati yang aku perolehi hanyalah kerugian. Itulah yang nyata.
Tidak..Tidak...
Kita tidak memerlukan harta, agar bertambah cantik.
Permata kita ada di sini, di dalam hati yang bersinar-sinar
Tidak..Tidak...
kita bukan di terima orang lain dengan apa yang tidak ada.
Kita diterima adalah kerana perbuatan (akhlak) kita.
Itulah kecantikan kita. Yang sangat tinggi dan mulia
Jadilah diri kamu sendiri

pasti akan bertambah lagi kecantikan yang sedia ada
Sungguh aku menerima mereka, dan aku tidak perlu meniru perwatakan mereka
Melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.
Aku akan menjadi diriku sendiri. Seperti diriku sepenuhnya. Inilah aku.
Sifat qanaah sudah cukup untuk ku. Itulah keyakinanku
Aku akan menjadi diriku sendiri, mengikut kemampuan diriku.
Aku tidak perlukan orang lain untuk menerimaku
Aku akan jadi seperti diriku.
Apa yang aku inginkan. Untuk diriku dan bukan untuk keredhoan mereka



#kita diterima kerana akhlak kita# itulah kecantikan sebenar diri kita#
#jadilah diri sendiri#

Friday, 12 June 2015

Mutiara Kata Jumaat

~assalamualaikum~










#quote yang paling aku  ingat sampai bila-bila: Manusia Merancang, Allah Juga Merancang,
Tetapi Perancangan ALLAH tetap yang terbaik! ~ Thank you.

Wednesday, 3 June 2015

MAJLIS: ADIK BERTUNANG

~assalamualaikum~

Alhamdulillah, tanggal 30.5.2015 adik aku dah selamat bertunang dengan jejaka pilihan hati si saiful tu. so, aku dah boleh tarik nafas lega sikit la. tapi tak brapa nak lega jugak sebab dalam masa setahun ni akan sibuk lagi untuk persiapan perkahwinan diorang pulak, sibuk punya sibuk sampai adik sendiri bertunang pun aku tak sempat ambik gambar sekali dengan dia. sedih bak hang! nangis celah pintu... makan pon dah lalu mengalahkan diri sendiri yang bertunang!

ok, majlis ni kami buat kecik-kecik ja & jemputan pon dikalangan adik beradik, jiran sikit, kawan rapat sikit. yang kawan tak berapa rapat tu, tunggu majlis kawen kami jemput la ye! maaf sesangat.. memandang ni 1st time family buat event majlis macam ni, banyak jgak la kekurangannya. harap maaf la kepada tetamu-tetamu yang datang atas kekurangan yang tak disedari. next time, we'll improve on it. promise! yeay..



si adik 



bakal mak cik mertua



dengan tunang



family side lelaki



permandangan hantaran yg digubah sendiri oleh myself. nak jgak mention!
debaran bakal ditunangkan





penambah seri di majlis


oklah setakat ni ja gambar yang boleh ditayangkan. Yang lain terpaksa di simpan atas sebab-sebab tertentu. yang pastinya, gambar aku dengan si dia memang takda & tak sempat pon nak ambik. nangis lagi celah pintu.....

#doakan yang terbaik untuk adik & tunangan#
#kakak kasi chance adik jalan dulu#
#selamat pengantin baru utk roomate yang tak jadi nak pegi majlis di Johor. Nangis celah bantal plak#
#terima kasih untuk semua especially cik tunang tak rasmi. jauh-jauh datang#

Tuesday, 12 May 2015

AIB

zaman sekarang ni,
bila couple & ada masalah sikit, update facebook,blog
buka aib pasangan masing-masing
bila tengah happy, update i love u, i miss u kat wall sidia
nak tunjuk pada semua yang mereka the happiest couple ever.

nanti dah kawen,
ada masalah sikit, update lagi kat facebook,blog
buka lagi aib pasangan
orang luar konon-konon 'simpati'
komen pulak dengan kata-kata emphaty

malangnya:
bila dah putus, cerita lagi kat facebook, kawan-kawan,blog
terbuka lagi aib bekas pasangan.

“Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani

“Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)


#lumrah manusia akhir zaman#
#jaga aib orang, orang jaga aib kita#
#peringatan untuk diri sendiri jugak#
#currently tengah habiskan baca buku dianogsis 2 karya blogger fatin liyana, & others doctor. really touch & motivate#


Friday, 8 May 2015

terapi minda apabila stress

~assalamualaikum~

Selalunya bila stress, memang otak akan jem untuk beberapa minit dan yang pastinya tak kan sampai sejam jem. Jadi, ubat yang selalu aku amalkan bila stress  ialah mengimbau kembali telatah anak-anak yang makin hari makin bijak berkata-kata & juga makin banyak akalnya. Bila teringat balik anak-anak, secara automatik, mood aku turut berubah menjadi lebih ceria. Back to last 2 week before, minggu tu memang sibuk sangat & my supervisor mintak buat OT untuk siapkan jgak that paper work. So, aku pon trus stress sebab tak suka balik rumah lambat & balik waktu malam. Nak jadikan cerita, masa tengah siapkan paperwork tu, aku pon teringat anak-anak especially my sofea. Lately ni dia suka nyanyi lagu "sakitnya tuh di sini". So, masa tengah buat kerja, aku pon buka youtube lagu tu & my supervisor pon dengar la skali. Yang buatkan lebih tragik, tetiba dia perasan pulak mcm lagu tu aku tujukan khas untuk dia. sebab masa dia cakap fon dengan wife dia, dia mention kata aku tengah sakit hati dengan dia sebab dia paksa buat OT. hahaha... kalau terasa, ambik la! walaupon sebenarnya bukan aku sengaja pasang lagu tu untuk dia pon. 




Friday, 24 April 2015

Bertunang tanpa Sedar?

assalamualaikum!!!

Rasa- rasa mesti ramai pernah dengar tentang topik ni. Jadi, memandangkan my lil sister pon akan bertunang bulan depan, aku pon jadi rajin pulak men-google berkenaan "bertunang". Ok, macam mana boleh terjadinya bertunang tanpa sedar ni? Paling mudah apabila pihak lelaki menyatakan keinginan untuk meminang atau merisik wanita itu tanpa pengetahuan wali dan wanita tersebut memberikan persetujuan, Maka secara tidak langsung wanita itu sudah menjadi tunangan lelaki berkenaan. Malah, dikatakan apabila wanita itu menjadi tunangan tanpa sedar, jika ada lelaki lain yang meminangnya, hukumnya adalah HARAM.

Namun, trend zaman sekarang bertunang kena buat majlis kecil-kecilan dan mengadakan sesi sarung cincin oleh bakal mak mertua wanita tersebut.





#so, basically i'm already someone "fiancee"... hehehe
#pray for lil sister#