Tuesday, 22 January 2013

PENGHUTANG

~assalamualaikum~

ok kawan-kawan, ari ni kita nak cakap pasal hutang...
wah2, dh mcm cikgu sekolah la pulak.. oppsss........
by the way, aku memang ada HUTANG!!! walawei betul la..
dah la aku x berapa suka hutang-hutang ni... actually, aku ni cepat lupa bab2 mcm ni...
so, untuk mengelakkan dari di soal di akhirat nanti pasal hutang yang tak berbayaq, bila berhutang aku akan cepat2 bayaq.. takut lupa!!
bila dah habis belajar, dah dapat degree + HUTANG PTPTN...
ni la masalah yang selalu bermain-main dalam kepala otak..
macam mana nak settle hutang PTPTN?
tetiba aku teringat yang aku penah melawak dengan adik aku pasal hutang PTPTN ni...
"aku kawen nanti, hantaran aku hang tau berapa?"
adik aku buat muka blurr... "mana aku nak p tau kat hang.. "
"hehhe... aku nak mintak dia settlekan hutang PTPTN aku la"
maka, adik aku pon gelak sakan dengan jawapan aku...
"gila la hang ni akak, sapa la nak kawen dengan hang nanti? ahahha"
bila di fikir-fikir balik, ada ka manusia yang buat macam tu?
ermmm......
bermacam-macam idea yang tak masuk akal pon penah menerjah kotak fikiran tentang cara-cara untuk menyelesaikan hutang ni.. walaupon sekarang aku dah kerja, orang cakap dah boleh bayar la hutang PT nanti.. tapi otak aku ni masih tak boleh nak terima yang aku kena divide my salary for PT loan.. Oh My Gaji!
so, at the end mentol dalam otak mula menyalakan lampu tanda idea baru diterima.. alamak, dah macam cerita kartun astro ceria pulak... ok, stop kartun2...
aku mula terfikir untuk buat part time job to settle my ptptn loan.. but what part time job i can do?? sales girls at shopping complex? sold top up? meniaga burger maybe? or do online business?
but then, i think i want to join venture in online business.... ahahhaha
but still, what kind of thing i want to sold? or maybe sold a services?
idea-idea tersebut masih lagi dalam pertimbangan sebab bukan mudah untuk memulakan business online ni.. banyak aspek perlu di ambil kira.. buntu sekejap!
but, but... last few days, i went to mamak stall to buy my faverit magazine.. guess what?? i love reading DARA.COM... hey, hey, bukan nak cakap pasal majalah dara.com ni, tapi nak share info tentang business online.. moh kita tengok jap:

Tips Pemasaran Perniagaan Internet
1. wujudkan laman sosial seperti facebook, blog, etc..
2. mesti buatkan orang jelas dengan diri kita seperti produk @ perkhidmatan yang kita tawarkan.
3. gunakan fungsi foto dan video sebaik-baiknya.
4. gunakan bahasa @ cara penulisan yang boleh di fahami.
5. gunakan fungsi tagging sebaik-baiknya tetapi tag mereka yang berkaitan sahaja.
6. pelbagaikan bentuk penulisan di facebook

semoga info ni dapat memberi sikit sebanyak manfaat untuk kita semua dan lebih-lebih lagi yang nak join business online.. nak lebih info, sila beli sendiri majalah dara.com edisi febuari.. hehhehee.. RM5 ja pon...


Berhati-hatilah dalam berhutang. Sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari. (HR. Ibnu Babawih dan Al-Baihaqi)

Roh seorang mukmin masih terkatung-katung (sesudah wafatnya) sampai hutangnya di dunia dilunasi. (HR. Ahmad)

Sebaik-baik kamu ialah yang paling baik dalam membayar hutangnya. (HR. Bukhari)

ni baru 3 aku buh hadis pasal hutang.. seriusly, aku takut x sempat nak bayar hutang sebelum ajal datang jemput... so, kepada sesiapa terutamanya aku, sila la bayar hutang-hutang yang tertangguh tu..  

~`wasalam~








Wednesday, 16 January 2013

hati berbicara~

~assalamualaikum~

dh lama tak update blog... sebenarnya banyak benda yang nk tulis tapi bila buka blog, terus idea yg mencurah2 mcm air terjun lata kijang pon hilang...
ok, back to the main topic.. seperti mana yg sedia maklum, aku boleh di kategorikan sebagai baru habis belajar walaupon x berapa nak baru. last praktikal ialah hari raya aidilfitri... Bila dah habis belajar mesti lah sibuk nak membina kerjaya... macam orang lain jugak, aku pon merancang masa depan untuk mempunyai kerjaya. so, aku berusaha semampu yang boleh mencari peluang kerja di negeri tercinta... ahahhaha.. sebenarnya, aku sayang nak tinggalkan penang + keluarga!!!!OMG..
maka dengan itu, aku pon mohon kerja kat penang walaupon kerja tersebut tak setaraf dengan latar belakang pendidikan yang aku ada.. tapi aku tak kesah pon.. yang penting aku boleh dapat pengalaman bekerja... yelah, sekarang ni, kalau nak mohon kerja mesti nak pengalaman!!! kadang2, aku terfikir " macam mana nak dapat pengalaman kalau majikan tak bagi peluang kat fresh graduate macam aku ni kerja dan gain that experience?"  kebanyakkan iklan jawatan kosong kat surat khabar mesti nak seseorang yang ada pengalaman kerja..  bila aku fikir balik, majikan yang iklankan jawaan kosong tu, dia nak individu yang berpengalaman, maksudnya dia nak someone yang penah berkerja @ sedang bekerja dan nak upgrade pangkat @ sedang bekerja dan nak cari kerja yang lebih baik dari kerjaya sekarang... so, individu macam aku ni kena la apply kerja yang khas untuk fresh graduate contohnya macam pelatih pengurusan atau pembantu someone or something yang related dengan jawatan untuk yang baru join working environment.. kalau dah fresh graduate, tak kan nak mintak kerja jadi manager? comfirm2 kena reject awal- awal.. ahahhaa...
memandangkan aku kerja kat penang aka stay dengan keluarga, maka berduyun lah pertayaan dari kawan-kawan, jiran-jiran, saudara-saudari, cikebob-cikebob... ahahhaha... tentang kerja aku sekarang... tapi aku memilih untuk berahsia dari semua orang kecuali keluarga dan kawan rapat.. motif berahsia??? aku pon tak tau sebab apa aku nak berahsia sangat tentang kerjaya yang aku sandang ni... hihihihi....
sebenarnya, aku kecik hati + perut + mata + dan segala-galanya aku rasa kecik.. aku rasa aku ni bodoh + kerdil +++++ dan aku pon tak tau nak + apa lagi.. aku terasa sangat-sangat bila sepupu @ saudara tanya pasal kerja aku.. lebih-lebih lagi bila keluar ayat macam ni " kak imah ni buat penat ja belajar pandai-pandai tapi kerja tuttt ja".... pappppppppp............... aku rasa macam kena hempap dengan batu yang maha berat!!!! tacing tahap dewa beb!!! pandai sangat kah aku dengan hanya last cgpa lepas 3 tapi tak dapat dekan ni walaupon rasa macam nak terkam ja dekan tu suh bagi jugak award dekan... astafirullah~ kadang-kadang rasa nak jeritt ja " zaman sekarang bukan senang nak dapat kerja"... kat tempat kerja aku berlambak yang graduate dari U yg triple hebat dari aku... UUM, USM, UiTM dan aku ni hanya graduate dari UNISEL ja beb...  apa-apa pon aku bersyukur dengan rezeki yang ALLAH bg.. at least aku kerja dan tak menyusahkan keluarga, alhamdulillah..
anyway, i will keep improving myself to be better person day-to-day thru the right path with the doa to ALLAH + doa from my mom... in sya allah...
#Allah merahsiakan masa depan, Untuk menguji kita agar berprasangka baik, Merencana dengan baik, Berusaha yang terbaik, Serta bersyukur dan bersabar.. ingat, Pertolongan Allah itu mungkin tidak datang terlalu cepat dan mungkin juga tidak datang terlalu lambat.. Tetapi pertolongan Allah itu selalu datang pada saat yang tepat...#

~doa memohon kekuatan, kemuliaan dan kesejahteraan~
Ya ALLAH, sesungguhnya aku ini lemah, kuatkanlah dengan redhaMU kelemahanku itu, sesungguhnya aku ini hina, angkatlah darjatku. sesungguhnya aku ini miskin, berilah kekayaaan padaku.  Ya ALLAH, yang amat Pengasih dan Penyayang kepada hambaNya. 


                         


Wednesday, 19 September 2012

kerjaya

~assalamualaikum~
dah lama x update blog + on9 muka buku membuatkan ramai kawan-kawan mula bertanya ke mana hilangnya minah sengal sorang ni... ok, alhamdulillah ada lagi yg concern pasal aku.. TQ kawan-kawan...
lepas habis sesi 15 minggu berpraktikal di shangri-la golden sand resort dan beraya sepuas ati, akhirnya aku memengang jawatan baru iaitu PENGANGGUR...ahahaha
setelah cukup sebulan aku menanam anggur yg aku sendiri tau xkan berbuah, aku akhirnya apply kerja...
jadi, aku sekarang tengah tunggu dapat kerja...
kawan-kawan, doakan aku cepat dapat kerja tau... TQ...




Saturday, 11 August 2012

tips cantik

~assalamualaikum~

ehem, ehem, ehem.. tetiba rasa nk terbatuk pulak baca tajuk entri sendiri.. tips cantik???? cantikkah aku sampai nk share2 tips cantik kalah selibriti2.. ahahaha... anyway, everybody is beautiful in their own ways.. agree?? tahniah utk diri sendiri sbb kita semua sememangnya CANTIK..( big clap) ...  ALLAH swt dah ciptakan manusia ni sebaik-baik kejadian dan cukup sempurna.. jadi tak perlu lah nk suntik sana, suntik sini utk nampak lebih cantik.. bila kita bersyukur dengan segala nikmat yg ALLAH bg, hati kita akan rasa bahagia dan tenang.. yang membuatkan manusia x tenang + bahagia ialah sebab KUFUR NIKMAT = tak BERSYUKUR.. bila timbulnya rasa x puas hati dengan rupa paras, sifat fizikal dan lain2, mula la nk melakukan benda yg ALLAH larang.. PLEASE STOP DOING THAT!!!!
come, I share some tips to make you beauty + gorgeous... lets try it, yeahhh

1. jangan malas cuci muka, lebih2 lagi yang suka make-up. lepas make-up, sila cuci muka anda sbb bahan kimia yg wujud dalam alat kosmetik akan merosakkan muka anda dan blh mempercepatkn proses penuaan..

2. jangan malas pakai masker. klau malas jugak at least seminggu sekali kena pakai masker, bkn lama pon, 15-20 minit je..

3. jangan malas pakai sunblock bila keluar rumah. lebih-lebih lagi, kita yg tinggal kat negara yg iklim agak panas dan lembap sepanjang tahun + cuaca sekarang agak panas.  So utk mengelakkan dari sinar UVA + UVB, pakai lah sunblock. tak kisah la brand apa sekali pon. janji dapat menghindarkan kulit dari sinaran UV..

4. jangan malas pakai losyen.. losyen ni banyak kelebihan selain daripada dapat melembutkan kulit.. pakai, jangan tak pakai... the best losyen skrg,losyen vaselline..

5. jangan malas menjaga kebersihan rambut, walaupon anda berhijab. rambut tu mahkota wanita.. so, jaga rambut baik2 dengan  rajin mencuci rambut seminggu 3 kali dan pakai jugak conditioner utk lembutkan rambut.. klau terlebih rajin, pakai la hair leave on pulak.. ^_^

6. jangan malas solat.. sebab wajah orang yang solat dan tak solat berbeza. wajah orang yang solat lebih berseri-seri dengan cahaya iman terpancar di wajah. muka orang tak solat ni, akan nampak kusam + tak bermaya..

yang paling penting, jangan malas menjaga akhlak dan peribadi. hiasi diri anda dengan melakukan perkara-perkara positif dan tak melanggar suruhan ALLAH.. kecantikkan sebenar lahir dari dalaman. bila hati + akhlak cantik, secara automatiknya wajah yang tak cantik pon akan nampak cantik..





Friday, 10 August 2012

masalah

~assalamualaikum~

masalah, masalah, masalah....
masalah adalah satu benda yg common dalam hidup. manusia juga memang tak kan dapat lari daripada menghadapi masalah.. cuma jenis masalah yang dihadapi mungkin berbeza, samada masalah besar atau masalah kecikkk... some says that, dengan masalah ia dapat mematangkan manusia.. betul ke???
samada betul ataupon tidak, sebenarnya yang membuatkan manusia itu matang adalah dari segi cara seseorang individu mengatasi masalah yang dihadapi. just like this simple example, you forgot to do your assignment and today have to pass up. so, what should you do????
either copy your friends assignment @ try to finish up by your own and it submit late?? that your choice..
walau apa2 pon thinks first before you do something.. think the effect in future and present.

macam situasi yang aku hadapi semalam (PERINGATAN: JGN TIRU AKSI INI), esok lect nak datang visit,tapi slide presentation aku x siap lagi. balik keja memang kelam kabut siapkan jugak mlm tu sbb kena print slide untuk dijadikan handout lect refer.. berbekalkan pepatah yg selalu aku remind diri "hendak seribu daya, tak nak seribu dalih" dan aku memang nak markah yg bagus untuk presentation, aku kerahkan saraf2 otak untuk mengeluarkan buah fikiran yg maha bernas utk presentation aku. alhamdulillah, it work!!!
tapi, masalah lain pulak datang bila aku dh siap sekitar jam 10.30 mlm, aku xda PRINTER!!! waaaaaaaaaaaaa... tambahan pulak kaki aku yg excident x brapa baik elok + aku fobia bwk mtr jauh2 dah + abg aku x bg bwk mtr dia lagi keluar jauh2, so aku TERPAKSA mintak tolong abg hantar g batu feringgi utk print... so, selesai sudah masalah aku.. hari ni, aku dh berjaya present projek paraktikal aku dengan jayanya.. markah?? hanya lect + ALLAH yg tahu.. apa2 pon, aku dh try my bestt. aku hanya berdoa + redha dengan markah yg bakal aku dpt.. tapi, jauh disudut hati, "kalau lah aku prepare lebih awal, mungkin aku boleh buat yg lebih baikk". so, moral of story, JANGAN TANGGUH KERJA!!!..

meh layan video matlutfi jap.. serius lawak tp ada hidden message yg sgt berguna.. take note pleaseee...



Monday, 23 July 2012

about heart

because i know that no body perfect,
and i don't know what will coming in future,
i willing to accept all your weaknesses,
i willing to forget all your past story,
i willing to accept the way you are,
every day i pray for our happiness
i pray and hope one day we can stay together until jannah..
but then, ALLAH know better than me and us
ALLAH give what i need not what i want.
so, now i have to stay strong and redha with all ALLAH give
i believe in ALLAH..
ALLAH will not take the thing we love instead of replace it with better than before..


pray & hope for better life ahead