Saturday, 14 July 2012

AZAM~

~assalamualaikum~
tak lama lagi kita akan menyambut bulan ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan.. insyaallah..
jadi, aku nak buat azam baru, azam baru tak semestinya bila masuk tahun baru masihi ja baru boleh buat azam.. ulang sekali lagi, TAK SEMESTINYA.... ok? ahakz...
insyaallah semoga aku dapat penuhi azam yang aku buat.. aminnn
ya ALLAH, bantulah aku untuk memperbaiki akhlak dan peribadi supaya aku jadi muslimah yang sebenar-benarnya.. insyaallah..
tetiba aku teringat satu ayat yang aku baca kat FB..

" apabila kita hendak berubah ke jalan ALLAH, insyaallah ALLAH akan menghadirkan seseorang yang baik akhlaknya juga untuk turut membantu kita ke jalanNYA"...

1) CUKUPKAN SOLAT 5 WAKTU
2) TAK NAK TINGGAL SOLAT SUNAT TERAWIH.. selagi boleh..
3) LUPAKAN CINTA LAMA
4) MENJADI ANAK/KAKAK/KAWAN YANG BAIK UNTUK SEMUA~
5) UBAH AKHLAK & PERIBADI








#please pray for my changes to become a good muslimah... thanks, may ALLAH bless you#


Friday, 13 July 2012

GIRL SECRET~

~assalamualaikum~
datang bulan, period, haid, bendera merah, bulan mengambang dan sewaktu dengannya adalah membawa maksud yang sama...
tapi, bila si PERIOD ni datang, dia datang dengan package yang bestt sgt... period + period pain..
sapa yang penah rasa sakit senggugut mesti faham kan rasa sakit tu...
ada yang sakit sampai tak boleh bangun, muntah-muntah, dan macam-macam lagi..
alhamdulillah, aku tak mengalami period pain yang teruk sampai kena telan ubat bagai...  syukur
tapi hari ni lain sikit tetiba senggugut yang datang memang buatkan aku rasa nak menjerit satu dunia...
nasib baik masa senggugut tu aku tengah membusy-kan diri update file untuk BOSS g meeting dengan GM dan BOSS pulak tak da dalam office.. so, terbantut kejap kerja... alahaiiiiiii, x cool nya aku.. terus rasa macam budak-budak yang baru 1st day datang bulan.. oh, damm!!
selalunya bila datang senggugut ni, aku memang TAK AKAN buat kerja langsung.. duduk diam-diam ala2 budak skema.. hahhaha
kat office pulak hari ni banyak kerja dan membuatkan aku banyak mengguna anggota kaki + tangan + otak + mulut ++++++ korg plus la sendiri... hahaha
bila banyak kerja ni tak rasa masa jalan macam siput... sedar-sedar dah nak balik... yehaaaaa
5 minit nak balik, aku pon cepat-cepat shutdown komputer, tukar pakai selipar dan angkut beg comel + cabut la balik...


ok, ni nak kongsi tips mengurangkan sakit senggugut :
1) berzikir, cuba bertenang dan jangan terlalu fokus kepada sakit.
2) makan makanan yang mengandungi vitamin B1 seperti daging, bijirin sarapan, daging
3) rendam hirisan air halia dalam air panas dan biarkan sejuk. kemudian, minum.
4) urut di bahagian perut, belakang, dan pinggang.
5) amalkan minum air sejuk setaip pagi selepas bangun tidur
#selamat mencuba#




saja uplaod gambar masa kat perth tanda aku RINDUU sgt nk g lagiii


 



 
 
 

Wednesday, 11 July 2012

Jaga Muka

~assalamualaikum~
angin tak da ribut tak da tetiba datang mood rajin nak manjakan muka..
termasuk hari ni dah 2 minggu tak manja2, gedik2kan muka sendiri..
so, ari ni dengan rajinnya, aku majakan muka dengan masker buatan sendiri yang ekonomi, tak payah beli kat watson or guardian.. kat kedai mamak pon boleh beli...
kedai mamak ada jual masker?????
hahahaha... kedai mamak ada jual telur, magie, beras, blablablabla...
oh yes.. sebab umah jauh nak g guardian or watson bagai, aku pon g kedai mamak untuk beli TELUR...
buat masker pakai telur ja ok?... JIMATT duit~
lagipon guna masker yang diperbuat daripada telur ni banyak khasiat.. tapi guna yang PUTIH ja tau..
khasiat masker putih telur ni ia boleh menghilangkan black & whitehead, mengurangkan kesan parut, mengecilkan liang-liang roma, dan menegangkan kulit muka..
caranya senang ja, tempek putih telur kat muka dengan menggunakan kapas muka, then biar sampai 30 minit.. lepas 30 minit, silalah basuh muka anda dengan air..
#selamat mencuba#
kalau zaman sekolah dulu rajin ja nak manja-manja muka...
tapi guna barang tradisional ja..
tempek mask daripada buah tomato, tenyeh @ tempek lendir daun lidah buaya...
seriusly, memang banyak khasiat guna daun aloe vera ni.. yang penting dia boleh hilangkan parut2...

feverit mask sebab ada bau lemon..

Monday, 9 July 2012

REUNION TIME

~assalamualaikum~
pada sabtu lepas bersamaan dengan 7.7.2012 aku dengan kawan2 kelas sek teknik buat gathering aka reunion bertempat di pantai batu feringgi...
so, ari jumaat tu semua dah sibuk cari barang untuk event esok..
memandangkan jumaat aku bercuti-cuti, maka dengan itu si BAD si kwn baik + jahatku pon mesej ajak temankan dia & mekna (amalina) memborong kat tesco..
lepas smbhyg jumaat dia pon datang umah ambik aku + mekna utk memborong barang...
lebih kurang 2 jam lebih memborong ayam + barang perap + sosej +++ kat tesco seri pinang, si basri (ketua kelas) pon datang buat muka penat + lapar..
jadi, kami semua pon g makan kat McD basri belanja.. TQ encik ketua kelas~
keesokkannya, pagi2 hujan turun dengan lebatnya...
dalam hati dah cakap jangan la hujan smpai pukul 10.30...
last2 dalam pukul 8 lbh, bad pon mesej.. apalagi, mengadu la kat dia pasal hujan.. hahahha
lepas berkonflik kejap pasal cuaca x menentu, pkul 11 lbh bad pon sampai utk ambik aku...
dia datang ditemani naim.. so, kami bertiga sampai awal dan siap2 barang yang patut..
lebih kurang setengah jam, kawan2 yang lain pon sampai...
so, layan gambar2 la pulak.. malas nak bercerita panjang... layannnnnnnnnnnnn

bad pasang khemah


barang-barang ber BBQ






hidupkan api pulak


wani bakar ayam


makan time




mekna 

aku membuli kibob yg comel




basri

eliza (aku slalu tiru lukisan dia)

sebenarnya  byk lagi nk uplaod gambar, tapi berukband dh slowww... awww
cukup la kot byk ni ja..
okbai~

Thursday, 5 July 2012

1st S.T.E.P

~assalamualaikum~
kali ni nak buat sesi luahan rasa hati, jantung, perut, asofagus (betul ke ejaan ni???), limfa, usus kecik, usus besar dan macam2 lagi organ dalaman yang ada.. hahaahaha
tetiba cakap pasal benda dalam pulak.... erm.....
kadang2 apa yang kita tengok secara luaran x semestinya lahir dari dalaman..
contohnya kita tengok orang tu happy ja walaupon sebenarnya dalam hati, hanya ALLAH yang tahu makna  tersirat di sebalik wajah nan ceria tu..
walaupon hati ni agak2 terluka tapi sampai bila nak layan rasa hati yang terluka ni?
hidup harus diteruskan meskipon pelbagai dugaan datang..
bukan namanya manusia kalau hidup x ditimpa masalah..
yang penting cara nak handle masalah tu sendiri....
setiap penyakit ada ubatnya, begitu jugak masalah pasti ada jalan penyelesaian..
jadi, penyelesaian yang diambil bukan untuk kepentingan diri sendiri tapi untuk kepentingan semua...
sebenarnya perit nak memulakan langkah baru tapi setiap perjalanan memerlukan langkah pertama..
LANGKAH PERTAMA!!!






biar hati yang SATU itu retak menjadi dua untuk seketika kerana apabila sudah sampai JODOH, dua hati akan bertemu dan menjadi satu....

ALLAH menitipkan KELEBIHAN disetiap KEKURANGAN,
menitipkan KEKUATAN disetiap KELEMAHAN,
menitipkan SUKACITA di setiap DUKACITA,
menitipkan HARAPAN disetiap KERAGUAN,
ALLAH berjanji semua itu akan INDAH PADA WAKTUNYA....
#janji ALLAH itu PASTI~



Saturday, 30 June 2012

bawang oh bawang...

~assalamualaikum~
aik, apesal plak buat tajuk entri pasal bawang ni??
walaupon sebenarnya banyak yg nak dikongsi dalam belog kesayangan ni, tapi bila dah buka terus idea nak menulis entri hilang..
so, entri kali ni nak share ilmu di dapur pulak..
sapa suka kopek bawang? mesti ramai tak suka kan? yelah setiap kali kopek bawang mesti menangis2..
menangis bukan sebab sebak @ sedih tapi sebab bawang tu sendiri..
ada yang nak kopek bawang siap pakai cermin mata la, macam2 lagi..
sama jugak masa kena tumbuk bawang, mesti bawak senjata untuk mata..
senjata2 termasuk jugak la, cermin mata hitam, tudung periuk la... lalallalala
ok, stop mengarut lebih2...
sekarang nk share ilmu macam mana untuk hilangkan pedih mata masa handle bawang2 ni..
sebelum nk kopek bawang, bawang kena rendam dengan air dalam besen untuk beberapa minit..
lepas, sila la kopek bawang-bawang anda untuk dimasak....
#selamat mencuba#


bawang besar yang buatkan mataku pedih taip kali nak kopek

Friday, 1 June 2012

bad day

~assalamualaikum~
ari ni boleh di kategorikan sebagai "bad day" aku...
ya ALLAH, stress gila ari ni.. start dari pagi td sampai.............. tak tau sampai bila
mula2 macam biasa pagi pagi bancuh air susu, tapi xleh minum plak sebab panas sangat..
lepas bersiap, terus tunggu bas nak g training.. last2 bas plak xda.. tambah plak hujan lebat basah kaki seluar..
disebabkan bas lambat, so masuk ofis pon lambat... waaaaaaaaaaaaa

kat ofis/ golden sand resort
buat kerja-kerja macam biasa
break time, g cafe staff makan.. tapi maybe chef ari ni bad mood, so masak pon x sedap..
jadi, aku pon x habis makan.. cuma ratah ayam + minum air anggur..
sambung buat kerja.. tetiba mr wong aka HR manager suh tolong fotostat tapi suh buat 2 kertas jd 1 copy..
alamak, mana reti buat!!! tapi test jgak buat, last2 jadi tapi lambat sikit smpai la mr wong kena cari aku kat bilik fotostat.. adoiiii, stresssssssssss
15 minit nak balik, miss lee aka HR director plak mintak tolong fax dan scan document union meeting..
unfortunately, mesin fax meragam.. time nak guna la dia meragam..
last2 scan dulu baru try fax balik.. nasib baik dh ok.. tapi kertas terkonyot sikit sbb mesin fax meragam..
waaaaaaaaaaaaaaa.. :(

balik kerja:
tunggu bas punya lama sampai 45 minit tercongok macam org gila.........
siap tepon abg, adik mai ambik...
tapi bila abg nk datang ambik, terus bas ada...
dalam bas, terus mesej abg cakap xyah datang ambik...

#ujian ALLAH swt#