Monday, 26 December 2016

Hantaran Tunang Simple

assalamualaikum


Post kali ni aku nak share hantaran simple untuk tunang. Memandangkan post hantaran sebelum ni iaitu Hantaran Forrero Roche yang mendapat sambutan mengejutkan 2k viewer, so aku kembali bersemangat untuk share lagi dengan korang di luar sana hantaran tunang yg simple tapi cantik di mata aku. (dimataku bkn dimatamu). Mohon jangan kecam jika dimatamu nampak tak cantik.







Inilah hantaran simple dariku untuk di share dengan korang di luar sana cara-cara nak buatnya. Nak ke tak????

Bahan-bahan:
1. Lolipop
2. Bunga Hiasan
3. Span Bunga
4. Bekas hantaran

Cara-cara:

1. sediakan bekas hantaran. letakkan span bunga di tengah bekas hantaran.


2. cucukkan bunga di sekeliling bekas hantaran.

ni test je. tapi korang kena cucuk bunga di keliling ye!

3. cucukkan pula lolipop-lolipop di bahagian tengah yang telah korang kosongkan tu.
4. Siap!

p/s: Kalau nak nampak gah sikit, tukarkan lolipop tu kepada coklat ferrero corche. Anda cuma perlu cucukkan coklat ferrero corche yg telah di gam dengan lidi supaya mudah mencucuk di span.


2. Hantaran Mashmellow.



Ni untuk hantaran mashmellow pulak. Yang berjiran sebelah tu a.k.a jiran lolipop.

Bahan-bahan:
1. Mashmellow
2. Bunga Hiasan
3. Balang
4. Bakul cantik

Cara-cara:
1. Sediakan bakul.
2. Masukkan mashmellow anda dalam balang cantik
3. Masukkan balang kedalam bakul
4. Hiaskan dengan bunga hiasan
5. Taaaraaa... dah siap! simple.

inilah hasilnya

# selamat mencuba korang!
# selamat bertunang bagi yang nak bertunang tu
# semoga di mudahkan urusan
# semoga bermanfaat


Friday, 8 April 2016

JJCM PENANG: D'SEAFOOD PARADISE TELUK TEMPOYAK

~assalamualaikum~

Harini kita bersiaran untuk rancangan Jalan Jalan Cari Makan sampai kenyang ye kawan-kawan.  Port terbaik untuk kenyangkan perut kali ni ialah D'SEAFOOD PARADISE.  Lokasi ini menjadi pilihan kami sebab nak feeling-feeling romantik makan tepi laut.. konon-kononnye la.. (mohon muntah jejauh erk). Memandangkan dah nama restaurant ni SEAFOOD, so makanannya haruslah SEAFOOD jugak walaupon pakcik di bawah ni tak reti makan seafood sangat.


So, untuk memudahkan korang-korang yang 1st time nak datang menjamu selera kat sini, perkara pertama sekali bila dah parking kenderaan korang tu. jangan la terus cari meja makan & expect ada pelayan (waiter) akan ambik order. Restaurant ni tak da waiter datang meja ambik order (setahu aku la). sebab masa haritu kami datang, ingatkan ada la makcik waiter datang ambik order, sekali kami tanya dia suh order kat depan erk..??? 


Gambar kat atas ni menunjukkan pilihan makanan laut segar yang boleh korang pilih. Lepas pilih, korang boleh pilih jugak nak suh chef masak apa dengan ikan/udang/sotong/kerang/etc yang korang pilih tu. Kami cuma pilih ikan siakap, sotong dan kerang. Ikan siakap kami suh masak 3 rasa, sotong masak goreng kunyit dan kerang rebus. Lepas dah buat pilihan makanan, korang boleh order sekali dengan air dan proceed untuk cari meja. 




our port feeling-feeling romantik kononnya
Memandangkan kami sampai restaurant ni dah nak malam (motif nak tengok sunset tapi xde ponn), korang-korang jangan risau sebab restaurant ni ada surau. Sementara nak tunggu chef bertarung dengan ikan , sotong dan kerang dalam kuali tu, boleh la korang solat magrib dulu dan lepas tu boleh la makan dengan berselera & tanpa risau pasal solat lagi.. 





Untuk harga makanan kami ni ikan siakap 3 rasa, sotong goreng kunyit, kerang rebus, telur dadar, nasi putih untuk 2 orang, sambal belacan dan milo ais 2 ni berharga RM70 (around figure tu sebab include GST). Mungkin korang akan rasa tak berbaloi untuk bayar RM70 bagi 2 orang makan tetapi bila tengok balik makanan yang penuh kat meja tu untuk 2 orang makan, korang rasa boleh ke 2 orang makan macam tu? Bagi aku, macam kami order ni, elok dimakan 3 orang sebab kami makan pon tak habis. Banyakkk kot! Berbaloi baloi sangattt.. Kenyang sampai esok pagi la orang cakap.. 



siap boleh nampak jambatan kedua Penang
Untuk info extra, bersebelahan dengan restaurant ni ada chalet ok. Kot-kot la makan terlebih kenyang dan tak larat nak drive, boleh la check in. Ini cuma cadangan untuk yang dah berkawen dan yang bujang macam kami ni kena paksa rela jugak drive balik umah masing-masing walaupon tak larat drive sebab terlalu kenyang yang amat!. bhahahaha.

Overall, aku puas hati dengan restaurant ni & aku bagi 5 bintang.. Layanan ok, makanan pon ok jugak walaupon sotong tu macam terlebih kunyit.. (maybe chef nak menampakkan yg dia betul-betul masak sotong goreng kunyit, so kunyit must be over than the sotong).. Fasiliti pon terbaik (aku puji sebab ada surau) Lokasi pon memang terbaik dan menepati citarasa kami yang nak feeling romantik tak habis-habis, Parking pon senang jugak sampaikan pak cik di atas tadi siap tertinggal kunci kereta kat meja makan. So, rancangan ni terpaksa bersambung di lain waktu dan kita berjumpa lagi.. tataaaaa... assalamualaikum.


D'SEAFOOD PARADISE, 
JALAN TELUK TEMPOYAK, 11960, PULAU PINANG
OPEN : 12PM -1AM


Friday, 18 March 2016

D.I.Y : HANTARAN COKLAT FERRERO ROCHE

~assalamualaikum semua~

Post kali ni aku nak kongsikan cara-cara nak men D.I.Y hantaran coklat ferrero roche. Well, idea untuk buat hantaran coklat ni datang apabila my BFF sejak sekolah rendah ni nak bertunang. So, sebagai kawan baik dunia akhirat ni, aku akan rasa serba salah kalau tak menyumbang sesuatu untuk majlis hari bahagia kawan BBF aku ni. Then,  aku mula brain storming  sensorang di celah bantal busuk susu si sofea ni haaa..  Lepas dah dapat idea nak bagi sesuatu tu, aku terfikir kawan BBF sorang lagi tu. Untuk buatkan idea nampak gempak gembum sikit, aku berkongsi idea dengan dia. So, terjadilah HANTARAN COKLAT  FERRERO ROCHE. Tambah menjadi idea ni, ofismate baru balik g berjalan di langkawi & dia menyumbangkan kat aku coklat yg tak berapa nak ferrero roche tetapi look exactly similar to real ferrero roche. nahhh kau! rezeki kata orang.

Ok, aku start dengan bahan-bahan dulu. korang perlukan benda yang aku sebut ni.
1. lidi sate
2. gam tembak
3. coklat ferrero roche
4. bunga hiasan
5. bekas
6. span bunga
7. kertas balut bunga (korang cari kat florist)
8. selotape/ dawai halus
9. gam uhu
10. pisau/ gunting
11. kesungguhan & kerajinan (paling PENTING)



cara-cara:

1. korang potong lidi sate mengikut kesesuaian
2. tembakkan gam dengan lidi sate ke arah coklat. pastikan gam lekat dengan kuat di lidi & coklat.

aku buat macam ni je

3. lepas tu, potong kertas balut bunga tu jadi segitiga. rujuk gambar.




4. balutkan coklat td yg dah di gam dengan kertas pembalut. rujuk gambar.




5. kemaskan balutan & gamkan kertas balut tersebut dengan gam uhu.





6. ikatkan dengan selotape atau dawai halus untuk mengelakkan kertas pembalut terbuka (atau pandai-pandai korang nak buat macam mana untuk kemaskan lagi)



7. dah siap bahagian coklat ni. korang kena buat banyak2. ambik bekas macam bekas hantaran, letakkan span bunga dan hiaskan dengan bunga & coklat ferrero roche korang yang dah siap tu.

hasilnya akan jadi macam ni....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



menangis tak tengok hasil yang siap ni???? aku pulak yang sayang nak bagi lepas tengok hasilnya yang cantik menawan dan tertawan ni..  tambah nak menangis bila kawan aku komen kata hantaran kami ni yang paling cantik antara semua.. waaaaaaaaa....
oklah, jom layan gambar majlis pertunangan BFF nama sebenar: siti nur shahiza.

the hantaran pihak girl to boy. eh??

My BFF


Hantaran dari pihak lelaki



my sweet BFF


BFF dengan tunang

Ok, cukuplah setakat tu je gambar yang boleh di upload. Let me recap back their love story. Mohon jangan muntah dah la yew!

Diorang pernah bercinta dulu dan putus di tengah jalan atas sebab yang tak dapat aku bagitau di sini. Lepas tu diorg jumpa balik dan in love again. Then, the guy pon rasa  TAK nak kehilangan tok kali kedua, terus take drastic action minang & bertunang & akan melangsungkan perkahwinan dengan masa terdekat. Insyaallah. tu je nak bagitau! doakan kebahagiaan dorang ye..  (love story diorg buat aku terasa ke tulang sumsum & semua tulang yg ada)

#sorg dah lepas, 2 org tunggu turn#
#selamat bertunang friend#