Tuesday, 29 October 2013

LIFE~

assalamualaikum...

"actually our life is not clear, so we have to make it clear. Did you understand Azimah?"

ini merupakan ayat power dari HR consultant untuk aku yang agak sengal2 ayam. Tapi bila di fikir- fikirkan balik, macam ada maksud tersirat ja yang ingin di sampaikan.

hidup ini sebenarnya tak jelas. jadi, kita kena jelaskan!

 contohnya:
kita tak tahu apa yang bakal berlaku di masa hadapan, jadi kita kena JELASKAN masa hadapan. macam mana nak jelaskan?
semua orang mempunyai cita-cita dan impian hidup. Ini sebenarnya masa hadapan kita! apa kita nak jadi, apa kita nak kerja, gaya hidup yang bagaimana yang kita nak dan bla, bla, bla.... So, untuk jelaskan semua ini, kita kena  berusaha ,work hard, study smart. bila kita dah work out, in sha ALLAH, masa depan kita akan bertambah JELAS... amin.

begitu juga dengan perasaan.
if you love somebody, go and tell them. so that you will clear your feeling and their feeling as well.

* this is our life, MAKE IT CLEAR*




Monday, 7 October 2013

Cuti Sakit = Medical certificate

~assalamualaikum~

entry kali ini aku nak kongsi mengenai Cuti Sakit atau senang cakap MC. tetiba buat entry berbentuk ilmiah bukan kerana  aku buang tabiat atau dapat mimpi mengejut tetapi sekadar ingin berkongsi ilmu yang tak seberapa kerat. Hari ni kat tempat kerja aku ada seorang staff ini selalu MC. bila boss suruh aku kira MC yang dia dah berjaya dapat, aku pon dengan hormatnya bagi tau. " Ms Silviya, for this october, she already have 4 days MC". "i want you to count for whole year, how many days already she have?"  kemudian, aku kembali ke meja kerja dan terus capai personal file si pekerja dan terus kira, 1,2,3, ......15DAYS???. Dengan kalutnya aku pon bagitau Ms Silviya " she already exceed the quota of MC, ms silviya. As per today, she have total 15DAY".  kemudian, ms Silviya pon suruh aku call company punya HR Consultant untuk advice. Then, si consultant a.k.a mr George pon suh aku baca company MC REDUCTION POLICY. Dia sengaja tak mau bagitau jawapan terus kat aku sebab dia aku buat HOMEWORK!!!!
Maka dengan itu, aku pon print out the policy and bawak balik rumah untuk study. balik ja rumah lepas dh settle urusan rasmi a.k.a mandi dan sbgainya, aku pon kusyuk study policy yg selamat di print out di office. punya la sakit hati sebab jawapan yang aku nak, xda dalam policy tersebut!! cittttt..........
kemudian, bermulalah aktiviti meng-google untuk cari jawapan yang di kehendaki boss & en consultation.
ok, sila lihat di bawah untuk MC Entitlement

-Bilangan cuti sakit berbayar yang pekerja berhak:
Bilangan hari bagi cuti sakit berbayar ( jika tidak di masukkan ke dalam hospital) adalah bergantung kepada tempoh perkhidmatan seseorang pekerja itu iaitu:

  • 14 hari jika pekerja telah bekerja kurang dari 2 tahun
  • 18 hari jika pekerja telah bekerja untuk 2 tahun atau lebih tetapi kurang dari 5 tahun
  • 22 hari  jika pekerja telah bekerja untuk 5 tahun atau lebih.
-Hospitalisasi:
Jika pekerja di masukkan ke dalam hospital / wad ( admit wad)  bagi menerima rawatan, maka jumlah cuti sakit ialah 60 hari kesemuanya dalam setahun.

NOTA

  1. Cuti sakit perlu diserahkan kepada majikan dalam tempoh 48jam apabila cuti sakit itu bermula. Maksudnya MC yang kita dapat hanya sah dan boleh diterima pakai dalam tempoh 48jam atau 2 hari. Jika tidak, MC tersebut tidak sah dan tidak boleh di guna pakai sebagai MC.
  2. Cuti sakit bergaji hanya boleh di luluskan sebanyak 14 hari setahun sahaja atau mengikut tempoh perkhidmatan pekerja tersebut.
  3. Sekiranya cuti sakit melebihi kuota yang di tetapkan, makacuti tersebut akan di kira sebagai cuti sakit tidak berbayar atau Unpaid Leave (UPL)


Sekian, ini sahaja maklumat berkenaan MC yang dapat aku cari gali melalui en Google menerusi web-web yang sah dan mengikut akta pekerja 1955.