sebelum tu, nk ucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan yang mulia ini.. kalau boleh jangan tinggal puasa tau... puasa kali ini agak berbeza dari tahun lepas di mana kondisi kesihatan aku yang agak memberangsangkan... almaklumlah, tahun lepas berpuasa dalam keadaan dah macam orang kurang upaya pulak akibat kemalangan motosikal... seriusly, memang tu lah yang aku rasa.. nak mandi pon susah, sebab tak boleh kena air langsung di bahagian yang luka. bila kena sikit ja air, mula la meraung dalam bilik air.. hanya ALLAH swt ja yang tahu betapa siksanya hidup masa tu.. bukan setakat nak mandi ja sakit, tapi, masa nak solat pon sama... lebih-lebih lagi time nak rukuk dan sujud.. fuhhh, memang menangis la aku solat.. last-last, solat duduk ja yang mampu aku buat.. alhamdulillah, masih boleh mengerjakan kewajipan yang satu tu walaupon bukan dalam keadaan yang normal..
ok, tutup cerita touching + sedih tu..
puasa tahun ni, alhamdulillah sebab semuanya dalam keadaan yang baik-baik saja.. masih di beri kesihatan yang baik untuk mengerjakan ibadah, rezeki yang tak pernah putus dan yang paling penting berada di samping keluarga tersayang. so, kali ini aku dah buat kuih raya serba sikit + ada jugak yg beli, buat persiapan baju raya dan duit raya... ok, kali ni aku dah kerja dan income yang dapat boleh la berkongsi sikit-sikit.. jadi, raya kali ini, dapat la duit raya dari cik mah untuk anak-anak buah tersayang tu.. seronok la pulak rasa dan tak sabar nak tunggu raya!!!